Wahai Asri Lebih Baik Masuk Politik Jangan Hanya Pandai Komen Sahaja









Mufti kena terjun, berenang dalam kolam politik

Oleh ZOLKHARNAIN ABIDIN / February 22, 2022

Fikir saya, Mufti Perlis perlu terjun ke dalam kolam politik. Suaranya sebagai mufti sebuah negeri terkecil dengan taraf jawatan Jusa C (?) tidak membawanya ke mana-mana. Laungnya tenggelam timbul dalam pelbagai keriuhan di sana-sini.

Hal ini penting supaya dia benar-benar berada pada posisi yang suaranya bukan sekadar didengar tetapi dilaksana.

Dalam posisinya sekarang, hanya kelihatan peminat setianya yang begitu ghairah menzahirkan sokongan untuknya dalam apa jua isu yang dia ketengahkan.

Pihak-pihak lain yang lebih berautoriti kelihatan biasa-biasa saja. Sokongan pengikut setianya tidak membawanya ke mana-mana kecuali mendapat isyarat suka yang banyak di media sosial.

Mungkin di Perlis suaranya didengar dalam banyak hal, tetapi kedudukan itu tidak menjadikan suaranya didengar pada tahap tertinggi di peringkat Persekutuan.

Dia perlu berada pada posisi yang lebih tinggi, sekurang-kurangnya menteri untuk membolehkan harapannya tercapai. Jika tidak, banyak lagi pihak yang akan menjadi mangsa kebencian pengikut setianya kerana suaranya tidak disokong atau tidak didengar.

Ada beberapa pilihan untuk beliau terjun ke dalam kolam politik:

1) Masuk Pas dan saya percaya Pas akan memberinya kerusi Parlimen boleh menang di Kelantan.

2) Masuk BN. Ini agak sukar kerana ramai pemimpin BN yang kurang selesa dengannya.

3) Masuk Bersatu. Ini lebih serasi dan mudah hasil hubungan akrabnya dengan Mahiaddin.

Kenapa saya tak sebut masuk Keadilan atau AMANAH? Saya fikir saya tidak perlu sebut sebab, pada tahap ini, hal itu mustahil boleh berlaku.

Tapi kalau dia mahu mencuba, tiada mana-mana pihak yang menghalang. Namun, jika semuanya tidak mungkin, dia boleh tubuh parti sendiri. Dalam tempoh singkat, pengikut setianya akan menyertai parti pimpinannya di seluruh negara. Percayailah saya.

Ini penting. Saya bukan main-main atau cuba mempersendanya. Ini lontaran fikir yang jujur. Dia perlu mencontohi dua sahabat karibnya yang berjaya di dalam kolam politik iaitu Maszlee Malik dan Juanda Jaya.





Dr Azri bersama rombongan Pondok Darul Ulum Jerteh diketuai mudir, Abd Hadi Yaakob baru-baru ini.

Mereka berjaya berada pada posisi yang menjadikan suara mereka didengar dan dilaksana meskipun dalam ruang yang terbatas, namun lebih baik daripada sekadar ruang yang dimiliki oleh seorang mufti.

Ya, ada ruang lain selain terjun dalam kolam politik seperti menjadi Ketua Setiausaha Negara atau Ketua Hakim Negara atau Ketua Polis Negara.

Tapi saya yakin posisi itu memerlukan keajaiban tahap mega untuk boleh dicapainya. Satu-satunya pilihan yang relevan, boleh dicapai dan sesuai untuk orang sepertinya ialah terjun dan berenang di dalam kolam politik.

Saya harap dia melihat cadangan ini secara serius. Sebab, selagi mana suaranya tidak didengar dan diterima sepenuhnya, saya bukan risaukan dirinya, tetapi saya risaukan para pengikut setianya.

Ribuan pengikutnya atau dalam istilah yang lebih kasar pentaksubnya sudah melangkau batas-batas rasional dalam berbeza pandangan.

Saya terbaca satu kiriman, orang yang tidak menyetujui mufti dihukum “kafir” oleh “pengikutnya”. Ya, saya tahu itu bukan kehendak mufti dan saya tahu beliau tidak bersetuju dengan tindakan itu, tetapi secara realitinya, hal itu berlaku.

Saya juga tahu mufti tidak mampu nak kawal seluruh pengikutnya kerana dia tidak ada bidang kuasa untuk itu, namun wajarkah hal itu dibiar berlarutan?

Ini fikir saya yang pernah saya lontar suatu masa lalu. Jika Mufti Perlis mahu melihat buah fikir dan usahanya beroleh hasil maksimum, hanya terjun kolam politik sebagai langkah paling relevan untuk masa ini.

Dia tidak boleh marah mana-mana pemimpin parti politik yang dilihat tidak menyokongnya atau tidak bersama-sama dengannya dalam beberapa isu kritikal negara. Hal itu biasa kerana, itulah orang politik.

Sekian, luahan jujur Zola.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/wahai-asrilebih-baik-masuk-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muda Hanya Seperti Teratai Lebih Baik Ph Putuskan Saja Hubungan Dengannya

Muda Hanya Seperti Teratai Lebih Baik Ph Putuskan Saja Hubungan Dengannya

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 232 hits
Apa yang sepatutnya harus dilakukan kepada Muda berikutan kenyataan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memberi amaran kepada PKR bahawa akan berlaku pertembungan antara kedua dua parti jika rundingan pembahagian kerusi menemui kegagalan Mes...
Kos Prn Johor Rm96 Juta Lebih Baik Guna Untuk Turunkan Harga Ayam Akmal

Kos Prn Johor Rm96 Juta Lebih Baik Guna Untuk Turunkan Harga Ayam Akmal

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 237 hits
Pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya semalam bahawa kos melaksanakan Pilihan Raya Negeri Johor pada Mac ini sebanyak RM96 juta amat mengejutkan Bagi Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir kos sebanyak itu tidak seharusnya dibazirkan sekiranya...
Pembantu Rumah Warga Indonesia Diberi Layanan Lebih Baik Di Singapura Berbanding Malaysia Duta Besar Indonesia

Pembantu Rumah Warga Indonesia Diberi Layanan Lebih Baik Di Singapura Berbanding Malaysia Duta Besar Indonesia

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 225 hits
The ReporterDuta Besar Indonesia Hermono dalam temubualnya bersama Free Malaysia Today mendedahkan pembantu rumah warga Indonesia di Malaysia banyak menerima layanan buruk dari majikan berbanding di negara Singapura yang boleh dikatakan ham...
Mencegah Kehadiran Penyakit Adalah Lebih Baik Dari Merawatnya

Mencegah Kehadiran Penyakit Adalah Lebih Baik Dari Merawatnya

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 200 hits
Assalamualaikum dan Selamat Tengahari Hai Pembaca semua Setiap insan pasti inginkan This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
Hiburan Lebih Baik Banteras Sijil Halal Palsu Netizen Persoal Ppim Anjur Kempen Tukar Logo Halal Malaysia

Hiburan Lebih Baik Banteras Sijil Halal Palsu Netizen Persoal Ppim Anjur Kempen Tukar Logo Halal Malaysia

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 199 hits
Tular di media sosial apabila sebuah poster kempen tukar logo Halal Malaysia yang dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang mencetuskan perdebatan netizen Dalam poster tersebut PPIM berhasrat untuk mengklasifikasikan logo halal...
Hiburan Laptop Mac Atau Windows Lebih Baik Ikuti Panduan Pakar Mengenai Pilihan Terbaik Mengikut Penggunaan

Hiburan Laptop Mac Atau Windows Lebih Baik Ikuti Panduan Pakar Mengenai Pilihan Terbaik Mengikut Penggunaan

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 198 hits
Pening untuk membeli komputer riba terbaik bagi kegunaan kerja atau sekadar pengunaan harian Pastinya anda akan membuat penyelidikan atau mencari info info berkaitan komputer riba yang diingini terlebih dahulu sebelum membelinya kerana terd...
Jangan Hanya Jahit Koyak Sendiri

Jangan Hanya Jahit Koyak Sendiri

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 189 hits
JANGAN HANYA JAHIT KOYAK SENDIRI Assalammualaikum wbt Jaga periuk nasi masing masing Jaga tepi kain masing masing Ya jaga masing masing namun ada ketikanya juga kita perlu saling sama sama menjaga demi kebaikkan bersama juga Lihat orang cub...
Usahawan Tunjuk Duit Kepok Kepok Sekali Lhdn Masuk Komen Perl1

Usahawan Tunjuk Duit Kepok Kepok Sekali Lhdn Masuk Komen Perl1

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 319 hits
Sejak kebelakangan ini makin kerap golongan usahawan memuat naik video sedang mengira wang hasil jualan perniagaan mereka dalam kuantiti yang banyak Baru baru ini menjadi perhatian pengguna media sosial apabila tular sebuah rakaman yang mem...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas