Wahabi Benci Tahlilan


Copy & Paste Sebab Huraian ini menarik. Sumber telah tidak dapat dikesan.
Nak buat Tahlil silakan. Sekiranya tak buat tahlil tak mengapa. Yang membid'ahkan sesatkan tahlil ni kerja wahhabi. 


Ulamak nusantara dahulu menjadikan kenduri arwah sebagai program untuk dakwah umat Islam berkumpul beramai-ramai, kenal jiran tetangga dan dalam majlis tersebut membaca sebahagian ayat al Quran seperti :


1. Surah al Fatihah 
2. Surah Yaasin 
3. Surah Al Ikhlas (baca 3 kali surah al Ikhlas ada fadhilat yang besar termasuk pengisian surah ini yang pada akhir ayatnya mensucikan Allah dari diserupakan dengan makhluk. Bahkan seorang sahabat Rasulullah suka membaca surah ini SETIAP KALI solat fardhu)
4. Surah Al Falaq, Surah an Naas 
5. Surah al Baqarah (permulaan surah al Baqarah dan beberapa ayat akhir Surah al Baqarah)


Membaca zikruLlah secara berjemaah (sabit dalam hadith yang sahih zikir berjemaah beramai-ramai dan orang yang bermaksiat juga memperolehi manfaat bila duduk bersama majlis zikir) iaitu :


1. La ilaha illaLlah  (dalam hadith sahih mafhumnya siapa yang membaca la ilaha illallah semasa akhir hidupnya pasti akan masuk syurga)
2. SubhanaLlah 
3. Ya Allah. 
4. AstaghfiruLlah 
5. Berselawat (kelebihan selawat ke atas Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam amat banyak, bahkan Allah dan malaikatNya berselawat ke atas nabi)
6. Berdoa beramai-ramai (sabit dalam hadith hasan mengenai perbuatan Rasulullah berdoa beramai-ramai) agar amalan yang dilakukan seperti di atas hadiahnya pahalanya diberikan kepada simati. (ijmak ulamak doa untuk orang-orang yang sudah mati bermanfaat bagi mereka dan pahalanya sampai kepada mereka dan sampai pahala bacaan alQuran merupakan qaul muktamad dalam mazhab asy syafie)


Imam Al-Qurtubi pula berpendapat akan keharusan menghadiahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati kerana membaca Al-Qur’an termasuk dalam Sedekah. Dan sedekah memang akan sampai kepada si mati.


عَنْ أَبِى ذَرٍّ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ « يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْىٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى ».


Ertinya:Daripada Abu Dzar daripada Nabi SAW bahawa beliau telah bersabda: Setiap pagi ada kewajipan bersedekah untuk setiap ruas. Maka setiap ucapan Tasbih adalah sedekah. Setiap ucapan Tahmid adalah sedekah. Setiap ucapan Tahlil adalah sedekah. Dan setiap ucapan Takbir adalah sedekah. Menganjurkan kebaikan adalah sedekah. Mencegah kemungkaran adalah sedekah. Dan memadai dari itu semua solat dua rakaat sunat Dhuha.
(Riwayat Muslim) 


 Tazkirah Al-Qurtubi Imam Al-Qurtubi. 


Memberi makan kepada jiran tetangga adalah sedekah. Dan ia merupakan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. 


Kenduri arwah yang dikatakan larangan oleh ulamak nusantara adalah mitos dari wahhabi. Kerana ISU UTAMA  yang MAKRUH kan adalah jamuan makan yang diberikan oleh ahli keluarga jenazah SEKIRANYA ahli keluarga TERPAKSA/DIBEBANKAN mengeluarkan wang bagi tujuan menyediakan makanan, hutang mayyit yang belum selesai, menggunakan harta anak yatim.  Termasuklah MAKRUH bukan maksudnya HARAM. Bahkan hukum MAKRUH akan terangkat apabila perkara-perkara berkenaan tidak berlaku. 


Di Malaysia, umat Islam bukan meratap di dalam majlis tahlil. Wahhabi selalu melakukan penipuan ini kononnya berlaku RATAPAN (merobek-robek pakaian, tidak menerima taqdir) di dalam majlis tahlil.  Bahkan umat Islam  juga menyumbangkan wang sumbangan kepada keluarga simati, tolong masakkan makanan, saudara terdekat dan jiran tetangga bersama-sama sediakan makanan untuk jiran yang datang. 


Di zaman ini umat Islam semakin berpecah belah disebabkan parti, kedudukan, pangkat, nama. Apa yang menyatukan umat Islam ? Berapa ramai yang rajin untuk membaca ayat al Quran setiap hari ? Berapa banyak amalan sunnah yang dihidupkan dalam kehidupan kita seharian ?


Ajaran Wahhabi tidak memberikan solusi kepada persoalan ini. Sebab Wahhabi adalah agen pemecah belah umat Islam. Cukup dengan takfir, tasyreek dan tabdi' yang dilakukan oleh mereka terhadap majoriti ulamak dan umat Islam dalam tulisan dan kuliah mereka. Hingga yang hanya ada jaminan masuk syurga adalah Wahhabi sahaja. Majoriti ulamak dan umat Islam pergi ke mana ?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://matsomherbs.blogspot.com/2024/11/wahabi-benci-tahlilan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Benci Tapi Sudah Kecil Hati

Bukan Benci Tapi Sudah Kecil Hati

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 376 hits
Assalamualaikum Korang pernah rasa macam ni tak Atau pernah terjadi dalam kehihupan korang SA sedang laluinya bukan masalah rumahtangga tapi lebih kepada masalah pergaulan di tempat kerja Apa yang SA buat adalah menjauhkan diri dari terliba...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd