Wabak Beguk Kini Menular Ibu Ayah Tolong Alert Tingkatkan Langkah Pencegahan


Beguk atau mumps ialah penyakit yang berlaku akhir-akhir ini. Ibu bapa perlu tahu dan peka tentang penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus pada kelenjar liur. Paling menyedihkan ia boleh menyebabkan cacat pendengaran, penglihatan, bengkak selaput otak & tisu otak. Ia juga malah boleh menyebabkan kemandulan!
Ibu ayah perlu peka sekiranya pipi anak tiba-tiba membengkak dan dia mengadu sakit. Kesakitan yang dirasai boleh menyebabkan proses menelan menyakitkan. Hendak menelan air liur pun sakit!
Penularan ini dikaitkan dengan ibu bapa yang gagal membawa anak mereka mendapatkan imunisasi. Atau ada ibu bapa yang sengaja tidak membenarkan anak mereka divaksinkan yang akhirnya menyebabkan penularan. Dr Amirul Amzar telah  berkongsi info mengenai perkara ini.

PENULARAN WABAK BEGUK (MUMPS) Mumps atau beguk adalah sejenis jangkitan virus pada kelenjar air liur. Virus ini menular melalui udara dan sentuhan terutamanya batuk dan bersin.
Virus ini menyebabkan bengkak pada kelenjar air liur dan berpotensi menyebabkan pelbagai komplikasi. Antara komplikasi yang biasa berlaku adalah kecacatan pendengaran, bengkak pada testis atau ovari, bengkak selaput otak dan bengkak tisu otak. Dan bengkak pada testis dan ovari ini boleh menyebabkan KEMANDULAN.
Komplikasi-komplikasi ini lebih cenderung berlaku pada golongan dewasa yang dijangkiti namun kanak-kanak yang dijangkiti masih terdedah kepada risiko ini. Oleh itu tindakan mengkuarantinkan pesakit beguk adalah amat penting.
Mumps boleh dicegah dengan pengambilan vaksin MMR yang dijadualkan pada usia 9 bulan serta 12 bulan. Vaksin ini mempunyai keberkesanan melindungi jangkitan mumps setinggi 96%.
GOLONGAN ANTIVAKSIN MENINGKATKAN RISIKO JANGKITAN Antara faktor yang menyebabkan peningkatan kes mumps di Malaysia adalah peningkatan golongan antivaksin. Golongan ini menolak vaksin seterusnya meruntuhkan herd immunity.
Bagi mempunyai perlindungan kelompok yang berkesan terhadap mumps, peratusan vaksinasi perlulah mencapai 75-86%. Jika semakin ramai yang menolak vaksin, peratusan ini semakin sukar dicapai dan wabak akan mula berlaku.

VAKSIN MMR KEBERKESANANNYA IALAH 96% Ada ibu bertanya, anak saya dah pernah ambil vaksin tetapi masih kena beguk. Perlu difahami keberkesanan vaksin MMR untuk mumps adalah 96%, bukan 100%.
Bermakna walaupun sudah ambil vaksin, masih ada risiko sebanyak 1-5% dalam kalangan yang mengambil vaksin, antibodi yang dibentuk tidak mencukupi untuk melindungi daripada jangkitan ini.
HERD IMMUNITY Jadi bagaimana mahu pastikan perlindungan tercapai? Jawapannya adalah dengan memastikan herd immunity tercapai. Herd immunity berfungsi untuk melindungi kelompok yang mengambil vaksin tapi gagal menghasilkan antibody (1-5%), serta ia juga melindungi mereka yang tidak boleh mengambil vaksin seperti kurang daya tahan disebabkan kemoterapi atau alahan komponen vaksin yang teruk.
GOLONGAN ANTIVAKSIN MENINGKATKAN RISIKO JANGKITAN Oleh itu, tindakan antivaksin menolak vaksin bukan sahaja membahayakan diri mereka, malah menyebabkan risiko pada orang lain walaupun orang lain itu telah divaksin.
Oleh itu, saya menyarankan kita menyeru rakan-rakan kita yang antivaksin untuk sama-sama kembali menjalankan tanggungjawab mereka dan memperkasakan semula herd inmunity.
Bacaan lanjut untuk herd immunity boleh diperolehi di pos saya yang berikut https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211867565066684&id=1297458864
Sumber: Dr Amirul Amzar, Medical Mythbusters Malaysia, M3
6 INFO MENGENAI BEGUK (MUMPS) Penyakit beguk disebabkan oleh jangkitan virus Paramyxovirus. Pesakit akan mengalami demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, hilang selera makan dan bengkak serta sakit di kelenjar parotid (kelenjar air liur). Jangkitan boleh tersebar melalui titisan cecair pernafasan dan air liur serta melalui sentuhan objek yang tercemar dengannya. Pesakit biasanya akan sembuh sepenuhnya selepas dua hingga tiga tiga minggu. Pemberian imunisasi terhadap beguk akan memberi perlindungan terhadap jangkitan dan mengurangkan risiko dijangkiti penyakit ini atau bila dijangkiti gejala jangkitan adalah ringan. Imunisasi beguk di Malaysia bermula sejak tahun 2002 dan ia terdapat dalam vaksin tiga (3) serangkai Measles-Mumps-Rubella (MMR). The post Wabak Beguk Kini Menular, Ibu Ayah Tolong Alert. Tingkatkan Langkah Pencegahan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/wabak-beguk-kini-menular-ibu-ayah-tolong-alert-tingkatkan-langkah-pencegahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Ayah Tolong Peka Benjolan Pada Pusat Lipatan Paha Bayi Ia Mungkin Hernia Bayi Perempuan Tak Terkecuali

Ibu Ayah Tolong Peka Benjolan Pada Pusat Lipatan Paha Bayi Ia Mungkin Hernia Bayi Perempuan Tak Terkecuali

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 759 hits
Hernia atau dalam bahasa biasanya angin pasang ialah salah satu keadaan yang sering berlaku kepada bayi lelaki Tapi tahukah anda hernia sebenarnya boleh berlaku kepada bayi perempuan juga Menurut hernia adalah adalah satu jenis penyakit yan...
Gigi Susu Jarang Risau Tak Cantik Sampai Besar Ibu Ayah Tolong Jangan Risau Terlalu Awal

Gigi Susu Jarang Risau Tak Cantik Sampai Besar Ibu Ayah Tolong Jangan Risau Terlalu Awal

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 897 hits
Kepercayaan mengatakan budak belum tumbuh gigi jangan guna sikat rambut nanti gigi anak jadi jarang itu karut Anak baru 4 tahun elok tekankan penjagaan gigi dahulu sebelum risaukan susunan gigi yang jarang Ikuti penjelasan pegawai pergigian...
Selamatkah Alat Penggendong Bayi Anda Ikuti Langkah Pencegahan Mudah

Selamatkah Alat Penggendong Bayi Anda Ikuti Langkah Pencegahan Mudah

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 317 hits
Jika anda ingin menyiapkan kerja rumah tetapi dalam masa yang sama perlu menjaga bayi maka penggunaan alat mengendong bayi adalah pilihan yang baik Namun adakah alat mengendong bayi seperti anduh bayi atau baby carrier selamat untuk bayi an...
Tanda Tanda Jantung Bermasalah Dan Langkah Pencegahan Masalah Jantung

Tanda Tanda Jantung Bermasalah Dan Langkah Pencegahan Masalah Jantung

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 672 hits
Tanda Tanda Jantung Bermasalah Pertama sekali untuk mengesan sekiranya jantung bermasalah Cuba lihat tanda tanda di bawah Sekiranya ada simptom berikut Anda berisiko tinggi untuk diserang masalah jantung pada usia yang masih muda seawal 20 ...
Derita Ibu Dan Anak Apabila Ayah Kahwin Empat

Derita Ibu Dan Anak Apabila Ayah Kahwin Empat

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 669 hits
Bukan niat untuk memburuk burukkan ayah kandung tetapi saya mahu masyarakat juga tahu bagaimana penderitaan yang ditanggung anak anak yang menjadi mangsa tidak bertanggungjawab lelaki bernama ayah Walaupun saya belum mendirikan rumahtangga ...
Pesan Ibu Tentang Ayah

Pesan Ibu Tentang Ayah

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 1352 hits
Anakku Memang ayah tak mengandungmu Tapi Darahnya mengalir didarahmu Darinya kau diwarisi namanya kedermawanan kerendahan hati Memang ayah tak melahirkanmu Tapi Suaranya lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir Memang aya...
Diamkan Anak Dengan Gajet Memang Memudahkan Tapi Ia Juga Punca 4 Masalah Ibu Ayah Please Take Note

Diamkan Anak Dengan Gajet Memang Memudahkan Tapi Ia Juga Punca 4 Masalah Ibu Ayah Please Take Note

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 585 hits
Tak dinafikan gajet memberikan banyak manfaat kepada semua Tapi pendedahan yang dalam jangka masa yang lama dan tidak kena dengan masanya boleh mengundang kemudaratan Jangan gunakan alasan mahu ketenangan di meja makan dengan memberikan gaj...
Pergilah Sayang Ibu Dan Ayah Redha Bayi Meninggal Dunia Gara Gara Terhidu Asap Rokok

Pergilah Sayang Ibu Dan Ayah Redha Bayi Meninggal Dunia Gara Gara Terhidu Asap Rokok

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 573 hits
Pergilah sayang ibu dan ayah redha Bayi meninggal dunia gara gara terhidu asap rokokBerat hati kita membaca berat lagi hati mereka yang menghadap dan menanggung dugaan ini Sudah dinasihatkan berkali kali jangan sesekali menyentuh mendekati ...
Inilah Dia Ibu Dan Ayah Uqasha Nelydia Senrose Mana Tumpahnya Kuah Kalau Bukan Ke Nasi Patutlah Cantik Sangat

Inilah Dia Ibu Dan Ayah Uqasha Nelydia Senrose Mana Tumpahnya Kuah Kalau Bukan Ke Nasi Patutlah Cantik Sangat

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 1855 hits
Siapa tidak kenal dengan pasangan adik beradik popular dalam industri hiburan aktres Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose Uqasha yang berusia 25 tahun meledak dengan beberapa drama popular antaranya Tundukkan Playboy Itu Kerana Anisa Sebenarn...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Gloomy Tanjung Tembeling

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings

Indonesia Issues Aviation Warning As Mount Lewotobi In East Nusa Tenggara Erupts And Ashes Goes Above 2km

Bigwinauto

Ubat Tambah Darah Maltofer