Derita Ibu Dan Anak Apabila Ayah Kahwin Empat



“Bukan niat untuk memburuk-burukkan ayah kandung tetapi saya mahu masyarakat juga tahu bagaimana penderitaan yang ditanggung anak-anak yang menjadi mangsa tidak bertanggungjawab lelaki bernama ayah.“Walaupun saya belum mendirikan rumahtangga, namun perasaan sedih dan simpati terhadap apa yang berlaku kepada ibu memberi satu kesan yang mendalam kepada saya.“Saya selalu menangis apabila membaca kisah yang berkaitan pengorbanan isteri dan ibu kerana ia sama dengan apa yang dilalui ibu saya. Hati mana yang tidak tersiksa apabila pengorbanan selama bergelar isteri musnah dalam sekelip mata bak kata pepatah, `kerana hujan sehari, hilang kemarau setahun.’“Saya tidak minta simpati tetapi mahu berkongsi masalah ini dengan orang lain untuk dijadikan iktibar dan pedoman. Saya yakin cara ini akan menjadikan saya lebih tenang dan tabah menghadapi hari depan.“Saya merupakan seorang anak kepada seorang ibu yang selalu ditinggalkan suami. Diringkaskan cerita, ayah saya berkahwin lebih dari satu, lebih suka saya katakan bahawa ayah saya berkahwin empat.“Ibu saya adalah isteri yang paling tua, namun tidak sekali pun saya melihat ibu bertindak menghalang ayah berkahwin lagi.“Dari kecil kami adik beradik tidak dibesarkan dari pandangan seorang ayah. Kami hidup sendiri bersama ibu. Ayah ada atau tidak bukan masalah besar pada kami. Malah sehinggakan apabila ayah berada di rumah lebih dari sehari, kami akan merasa tidak selesa, serba salah dan rimas.“Rutin hidup ayah juga kami tidak pernah ambil tahu. Kami hanya berjumpa ayah tiga bulan sekali, itu pun jika dia balik. Hari-hari lain dia menghabiskan masa di rumah isteri-isteri mudanya yang mana kami juga tidak pernah mahu ambil tahu.“Ibu sudah lali dengan perangai ayah. Seperti kami, ibu juga malas hendak ambil tahu apa yang dibuat oleh ayah, sakit pening, makan minumnya termasuk di mana dia berada. Yang ibu pentingkan bekerja mencari duit untuk membesar dan memberi pendidikan kepada kami anak-anaknya.“Ibu berkorban hati, perasaan, masa dan kudrat untuk menjadikan kami anak-anaknya `manusia’ kerana dia tidak punya sesiapa di dunia ini melainkan kami.“Sebagai anak yang paling hampir dengannya, saya tahu hati dan perasaan ibu. Sekiranya ayah saya balik ataupun tidak, kami tidak ambil pusing. Kata ibu lagi, dia tidak mahu kesenangan dunia semata-mata, tetapi mahu kesenangan di akhirat juga. Biarlah ayah dengan dunianya, jika itu yang dia pilih.“Sebagai anak, saya, abang dan adik-adik kecewa dengan sikap ayah dan sedih dengan nasib ibu, tapi kami tidak boleh berbuat apa-apa. Saya hanya mampu berdoa agar ibu sentiasa tabah dan sihat serta bahagia dalam kehidupannya di dunia dan akhirat. Yang penting kami anak-anak sentiasa ada di sisinya sepanjang masa.“Kepada abang dan adik-adik, saya katakan kita kena terima semua ujian Tuhan ini dengan tabah dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Yang penting dengan cara kita.“Telah hampir 28 tahun ibu berkahwin dengan ayah. Namun saya tidak pernah nampak ayah berubah walaupun usianya telah menjangkau 60 tahun. Hanya Allah sahaja yang tahu apa perasaan saya. Juga perasaan dan derita yang ditanggung oleh ibu sepanjang tempoh itu.“Pun begitu saya bangga mempunyai seorang ibu yang tabah, cekal dan punya rasa kasih sayang yang cukup tinggi terhadap anak-anaknya. Apa yang ingin saya katakan kepada ibu, terima kasih atas segala-galanya.“Derita ibu, derita kami juga! Bahagia ibu, bahagialah kami! Semoga kebahagiaan yang tidak seberapa ini kekal menjadi milik kita bersama,’’ tambah Lina menutup cerita dengan suara tersekat-sekat.Jauh di hujung talian saya mendengar esakan Lina yang semakin meninggi. Sebelum kami terputus terus, saya sempat tinggalkan pesan, jaga ibu, jaga diri dan kuatkan kasih sayang antara adik beradik. Insya-Allah Tuhan akan melindungi anda semua sehingga ke penghujung nyawa.Selepas berkata-kata, saya termenung panjang sebelum meletak gagang di tempatnya. Sayu, hiba dan sebak menerpa dengan tiba-tiba.Di mata saya terbayang macam-macam perkara yang menyayat hati antaranya kisah sedih yang menimpa isteri dan anak-anak yang ditinggalkan lelaki yang hanya tahu memuaskan nafsu tetapi kemudian membiarkan zuriat terkapai-kapai mencari kehidupan sendiri.Kepada semua kaum Adam terutama yang telah menambah `cawangan,’ fikir-fikirkanlah.., berlaku adil terhadap semua perkara apabila mengambil keputusan untuk berpoligami. Tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak hendaklah diutamakan. Ingatlah, di dunia anda mungkin selamat tetapi di akhirat ada ‘mahkamah’ agung yang menanti.Apa pun saya bangga dan kagum dengan kecekalan hati Lina mengatasi masalah keluarganya. Pada saya, Lina anak yang baik dan bertanggungjawab. Semoga baktinya kepada ibunya akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.tKepada para remaja sekelian contohilah sikap murni Lina. Jadilah anak solehah untuk terus menikmati kebahagiaan. Ingat dan insaflah bahawa, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.Mengundur diri, salam kasih dan pesanan telus saya buat Lina dan ibunya, juga pembaca budiman. Jangan biar kesedihan menguasai diri. Keluarlah daripada kesedihan untuk bergembira dan menghargai hidup yang dipinjamkan oleh Allah Taala ini.Menutup kata, jadilah seperti kupu-kupu, terbang bebas ke mana sahaja. Ringan perawakan, indah dipandang, terbang dari satu bunga ke satu bunga, dari satu tangkai ke satu tangkai, dari satu taman ke satu taman. Dalam kepayahan ada madu yang disentuh. Begitu juga manusia! Di sebalik sengsara masih ada bahagia - realitinya bukan hidup namanya jika tidak ada bahagia dan derita.


Kredit : Utusan Malaysia

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lamanqaseh.blogspot.com/2018/10/derita-ibu-dan-anak-apabila-ayah-kahwin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diamkan Anak Dengan Gajet Memang Memudahkan Tapi Ia Juga Punca 4 Masalah Ibu Ayah Please Take Note

Diamkan Anak Dengan Gajet Memang Memudahkan Tapi Ia Juga Punca 4 Masalah Ibu Ayah Please Take Note

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 584 hits
Tak dinafikan gajet memberikan banyak manfaat kepada semua Tapi pendedahan yang dalam jangka masa yang lama dan tidak kena dengan masanya boleh mengundang kemudaratan Jangan gunakan alasan mahu ketenangan di meja makan dengan memberikan gaj...
Inilah Jadinya Apabila Seorang Ibu Sukar Membezakan Anak Kembar 4

Inilah Jadinya Apabila Seorang Ibu Sukar Membezakan Anak Kembar 4

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 342 hits
Di China terdapat seorang ibu yang dikenali dengan nama Tan Chayoun memiliki empat orang anak kembar Dirinya telah mencetuskan idea unik apabila bertindak mencukur rambut bagi membentuk angka di setiap kepala anaknya Jika kita mempunyai ana...
Gemuk Sikit Tak Boleh Ke Doktor 5 Kesilapan Ini Ibu Ayah Selalu Buat Jadikan Anak Kecil Obes

Gemuk Sikit Tak Boleh Ke Doktor 5 Kesilapan Ini Ibu Ayah Selalu Buat Jadikan Anak Kecil Obes

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 476 hits
Gemuk dan tembam semasa anak masih bayi memang nampak cute tapi kalau berterusan sehingga usia prasekolah ia adalah petanda amalan pemakanan yang kurang sihat Ibu ayah elakkan melakukan 5 kesilapan ini dari awal lagi dalam pemakanan keluarg...
Ibu Ayah Yang Ada Anak Masuk Tahun 1 Tahun 2019 6 Perkara Ini Dah Boleh Mula Sekarang

Ibu Ayah Yang Ada Anak Masuk Tahun 1 Tahun 2019 6 Perkara Ini Dah Boleh Mula Sekarang

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 429 hits
Anak masuk Tahun 1 ibu ayah kena buat persediaan 6 perkara yang dikongsikan oleh ibu ini amat membantu si anak untuk menyesuaikan diri dan sangat praktikal Memang sesuai untuk ibu ayah tak kira yang baru anak sulung melangkah ke sekolah ren...
Ada Anak Kecil Aktif Tengah Melasak Lebih Dari Seorang Ibu Ayah Boleh Cuba Tip Ini Supaya Lebih Tenang Enjoy

Ada Anak Kecil Aktif Tengah Melasak Lebih Dari Seorang Ibu Ayah Boleh Cuba Tip Ini Supaya Lebih Tenang Enjoy

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 430 hits
Ketika anak sedang aktif dan tengah melasak nak menerokai masa shopping makan di luar boleh terbantut Dek kerana kerenah anak suasana tenang sukar dirasai malah boleh timbul konflik dan bermasam muka dengan pasangan pula bila anak anak meng...
Kalau Anak Makcik Nak Kahwin Dengan Orang Macam Hampa Makcik Tak Restu

Kalau Anak Makcik Nak Kahwin Dengan Orang Macam Hampa Makcik Tak Restu

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 358 hits
The ReporterJangan dipandang rendah pada kerjaya orang lain kerana rezeki masing masing telah ditentukan olehNya Sebaliknya bersyukurlah kerana dengan adanya mereka kehidupan kita seimbang dan saling memerlukan antara satu sama lain Perbual...
Ibu Pecandu Alkohol Tenggelamkan Anak Karena Frustrasi Tidak Mabuk Tiga Hari

Ibu Pecandu Alkohol Tenggelamkan Anak Karena Frustrasi Tidak Mabuk Tiga Hari

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 334 hits
Mayat anak itu ditemukan mengambang di sebuah kolam kecil daerah Phachi Ayutthaya di samping jalur kereta api dua hari lalu
Netizen Kecam Ibu Bapa Tinggalkan Nota Marah Guru Conteng Buku Iqra Anak

Netizen Kecam Ibu Bapa Tinggalkan Nota Marah Guru Conteng Buku Iqra Anak

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 808 hits
Baru baru ini tersebar sekeping gambar yang diupload oleh seorang wanita dipercayai seorang guru sekeping nota yang dilekatkan di atas buku Iqra Di dalam nota berkenaan dilihat waris pelajar yang memberi amaran kepada guru supaya tidak menc...
Polres Siak Tangkap Luter Man Pemuda Yang Begal Motor Ibu Dan Anak

Polres Siak Tangkap Luter Man Pemuda Yang Begal Motor Ibu Dan Anak

papar berkaitan - pada 10/10/2018 - jumlah : 293 hits
Saat ini dua pelaku begal sudah berhasil kita tangkap semuanya Kita mengimbau agar masyarakat lebih berhati hati saat melintas di tempat gelap dan sepi tegas David
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat

Atletico Bangkit Tewaskan Barcelona Untuk Rampas Singgahsana La Liga