Waa Banyak Lagilah Perbicaraan Menanti Najib



PERBICARAAN rasuah SRC International Sdn Bhd, Najib Razak membabitkan RM42 juta selesai pada Selasa lalu, tetapi ia bukanlah penamat kepada kes perundangan bekas perdana menteri itu.
Pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International hanyalah yang pertama dalam lima perbicaraan sedang dihadapi Najib.
Perbicaraan lain ialah: 
1 - 1MALAYSIA DEVELOPMENT BERHAD (1MDB) - RM2.28 BILLION.
Dalam perbicaraan 1MDB, Najib dikenakan 25 pertuduhan pada 20 September 2018.
- Empat pertuduhan salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bagi kesalahan yang didakwa dilakukan antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014.
- Sebanyak 21 pertuduhan pengubahan wang haram di bawah seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA). Ia melibatkan sembilan pertuduhan menerima RM2.08 bilion, tujuh pertuduhan memindahkan RM2.19 bilion dan lima pertuduhan menggunakan RM22.649 juta.
Perbicaraan ini sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Colin Lawrence Sequerah.
Pada 23 Jun, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah terdapat 20 lagi saksi yang belum memberi keterangan sebelum pihak pendakwaan menyelesaikan kesnya.
Sebaik sahaja peringkat pendakwaan kes itu selesai, hakim akan mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak untuk memutuskan sama ada terdapat kes prima facie terhadap Najib.
Jika diarah membela diri, Najib mempunyai tiga pilihan.
Ahli Parlimen Pekan itu boleh memilih untuk berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan, memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh tanpa disoal balas oleh pihak pendakwaan atau memberi keterangan secara bersumpah, membenarkan pihak pendakwaan menyoal balasnya.
2 - MEMINDA LAPORAN AUDIT 1MDB
Dalam perbicaraan ini, Najib didakwa menyalahgunakan kuasa sebagai pegawai awam atas kapasitinya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu untuk mengubah laporan audit 1MDB, yang akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pada 2016. Ini dilakukan agar tiada tindakan boleh diambil terhadapnya oleh Parlimen.
Ketua pegawai eksekutif 1MDB ketika itu, Arul Kanda Kandasamy juga didakwa bersubahat dengan Najib dalam dakwaan meminda laporan audit 1MDB pada mesyuarat dengan pegawai Jabatan Audit Negara pada 24 Februari 2016.
Perbicaraan ini juga sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.
Saksi pendakwaan terakhir sepatutnya memberi keterangan pada 14 Julai, tetapi jatuh sakit. Perbicaraan akan disambung semula pada 26 Ogos.
3 - KES INTERNATIONAL PETROLEUM INVESTMENT CO.  (IPIC).
Najib dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah berdepan enam pertuduhan jenayah pecah amanah (CBT) membabitkan RM6.64 bilion dana kerajaan untuk pembayaran kepada IPIC.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34.
IPIC, dana kekayaan negara Abu Dhabi, adalah penjamin bersama dua bon 1MDB berjumlah AS$3.5 bilion.
Dalam kes IPIC, Najib dan Irwan meminta dibicarakan pada 25 Oktober 2018 bagi enam pertuduhan menyeleweng kira-kira RM6.64 bilion dana kerajaan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 21 Dis 2016 dan 18 Dis 2017.
Sebahagian daripada dana itu dilindungi dengan tujuan tertentu termasuk perbelanjaan pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa KL, dan subsidi dan bantuan tunai dilaporkan di bawah peruntukan Belanjawan 2017.
Sebelum ini, dilaporkan wang itu sebaliknya disalurkan kepada 1MDB untuk membayar balik hutangnya termasuk AS$1.2 bilion kepada dana kekayaan negara Abu Dhabi pada April 2017.
Pada Mac tahun ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib dan Irwan untuk membatalkan pertuduhan CBT.
4 - SRC INTERNATIONAL BERHAD SRC- RM27 JUTA
Terdapat tiga lagi pertuduhan tambahan berhubung SRC International yang belum didengari.
Ia melibatkan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta.
Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Najib, didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram dengan menerima RM27 juta, RM10 juta dan RM10 juta yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, di tiga akaun AmPrivate Banking miliknya.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan semua kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Kumpulan Ambank, No. 55, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014 di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001

Dipetik dari The Malaysian Insight

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/08/waa-banyak-lagilah-perbicaraan-menanti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Terkejut Tak Dapat Tangguh Perbicaraan Permohonan Ditolak

Najib Terkejut Tak Dapat Tangguh Perbicaraan Permohonan Ditolak

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 185 hits
Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya kira kira jam 9 10 pagi tadi untuk perbicaraan rayuan terakhir kes SRC International Sdn Bhd Gambar Heikal Rosli Agenda DailyDatuk Seri Najib Razak terkejut dengan keputusan M...
Najib Buat Lawak Tentang Perbicaraan Dia Sendiri

Najib Buat Lawak Tentang Perbicaraan Dia Sendiri

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 154 hits
Mohd Mukhlis Rayuan kes Najib ini agak kelakar dan kelam kabut Biasanya orang merayu pada Mahkamah yang lebih tinggi kalau hakim mahkamah yang sebelumnya terkhilaf dalam menjatuhkan hukum contoh kalau mahkamah tinggi terlepas pandang bukti ...
Menjelang Perbicaraan Terakhir Esok Najib Istiqamah Dengan Keputusan Bakal Dihadapi

Menjelang Perbicaraan Terakhir Esok Najib Istiqamah Dengan Keputusan Bakal Dihadapi

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 154 hits
agendaily com14 08 2022Esok perbicaraan terakhir kes SRC International yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak Esok bermulanya perbicaraan terakhir yang akan dihadapi Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan kes rasuah dana SRC International Sdn Bh...
Kisah Bagaimana Najib Cuba Membohongi Mahkamah Dan Cuba Melengahkan Perbicaraan

Kisah Bagaimana Najib Cuba Membohongi Mahkamah Dan Cuba Melengahkan Perbicaraan

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 176 hits
PENJELASAN KHALIS SAMAD MENGENAI CUBAAN NAJIB UNTUK MELENGAHKAN PERBICARAAN INI DISEBABAKAN PEGUAM TAHU BAHAWA BELIAU SUDAH DIANGGAP KALAH DALAM PERBICARAAN KERANA TERLALU BAYAK BUKTI PENYELEWENAGAN
Siapa Lelaki Misteri Yang Buat Kecoh Ketika Perbicaraan Najib

Siapa Lelaki Misteri Yang Buat Kecoh Ketika Perbicaraan Najib

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 213 hits
Seorang lelaki tidak dikenali membuat kecoh apabila meninggikan suara di pekarangan mahkamah ketika berlangsungnya perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad melibatkan Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini Kekecohan da...
Dah Dapat View Banyak Kan Bang Fyp Kan Najib Asaddok Reda Tapi Pertimbang Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Farqhan

Dah Dapat View Banyak Kan Bang Fyp Kan Najib Asaddok Reda Tapi Pertimbang Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Farqhan

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 278 hits
Dah dapat view banyak kan bang FYP kan Najib Asaddok reda tapi pertimbang ambil tindakan undang undang terhadap FarqhanKes sifu perniagaan koyak apabila diajukan soalan oleh netizen masih menjadi bualan di media sosial Terbaru Najib Asaddok...
Banyak Kes Rupanya Ya Najib

Banyak Kes Rupanya Ya Najib

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 156 hits
Bicara laporan audit 1MDB Najib ditunda 26 Ogos August 18 2022 Najib Razak didakwa menyalahgunakan kuasa untuk meminda laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentang dalam mesyuarat Jawatankuasa Kira kira Wang Negara KUALA LUMPUR Mahkamah Tingg...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda