Vivy Yusof Suami Dapat Sementara Pasport Untuk Hadiri Program Islamik Di Istanbul Bosnia


Vivy Yusof, Suami Dapat Sementara Pasport Untuk Hadiri Program Islamik Di Istanbul & Bosnia
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar, untuk mendapatkan pasport antarabangsa buat sementara bagi membolehkan mereka menghadiri program islamik di Istanbul dan Bosnia.
Hakim Rosli Ahmad membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Shaarvin Raaj, yang mewakili pasangan berkenaan, untuk mendapatkan pasport mereka bermula hari ini hingga 12 Nov depan.
“Mahkamah membenarkan permohonan itu dan pasport diserahkan kepada kedua-dua pemohon hari ini, serta dikembalikan kepada mahkamah 13 Nov ini,” katanya.
Terdahulu, Shaarvin berkata kedua-dua anak guamnya akan menghadiri program Islamic Historical Retreat to Istanbul-Bosnia with Sheikh Wael Ibrahim dari 4 hingga 11 Nov ini.
“Saya mohon pasport diserahkan hari ini untuk permohonan visa dan ia akan diserahkan semula kepada mahkamah pada 13 Nov,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah pula berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan tidak membantah permohonan pasangan itu.
Sebelum ini, mahkamah membenarkan permohonan Vivy dan suaminya untuk mendapatkan pasport bagi menunaikan umrah pada Disember 2024.
BACA: Vivy Yusof, Suami Didakwa Atas Pertuduhan Pilihan Salah Guna Dana Khazanah, PNB Pada 5 Dis tahun lepas, Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 38, dan Fadzarudin, 37, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta.
Mereka didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah FashionValet Sdn Bhd melakukan pecah amanah ke atas dana pelaburan Khazanah dan PNB yang diamanahkan kepada mereka dengan membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat FashionValet Sdn Bhd kepada syarikat 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat FashionValet.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini pada 21 Ogos 2018.
Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun serta dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Sumber: Bernama
The post Vivy Yusof, Suami Dapat Sementara Pasport Untuk Hadiri Program Islamik Di Istanbul & Bosnia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/07/vivy-yusof-suami-dapat-sementara-pasport-untuk-hadiri-program-islamik-di-istanbul-bosnia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadiri Program Islamik Vivy Yusof Dan Suami Diberi Pelepasan Pasport Sementara Ke Istanbul Amp Bosnia

Hadiri Program Islamik Vivy Yusof Dan Suami Diberi Pelepasan Pasport Sementara Ke Istanbul Amp Bosnia

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 153 hits
Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan pengasas FashionValet Sdn Bhd Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar untuk mendapatkan semula pasport antarabangsa mereka bagi menghadiri program islamik di Istanbul dan Bos...
Dr Wan Azizah Hadiri Program Amal

Dr Wan Azizah Hadiri Program Amal

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 646 hits
Saya telah hadir ke Majlis Hi Tea Jiwa Senandung Merdeka 2025 bagi menyantuni asnaf dan anak yatim di Bandar Tun Razak anjuran Pertubuhan Amal Asnaf dan Anak Yatim Sejagat Negara dengan kerjasama Infrasel dan Kl Engineering Turut hadir bers...
Jpw Semarakkan Semangat Madani Melalui Program Kemasyarakatan Di Kampung Endah

Jpw Semarakkan Semangat Madani Melalui Program Kemasyarakatan Di Kampung Endah

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 189 hits
Jabatan Pembangunan Wanita terus memperkukuh usaha memperkasakan masyarakat luar bandar melalui pelaksanaan Program Sehari Bersama Kampung Endah Menghayati Semangat MADANI yang diadakan di bawah inisiatif Program Kampung Angkat MADANI 2025 ...
Aktiviti Program Bersama Malaysia Retailor Association Ppim 11 10 2025

Aktiviti Program Bersama Malaysia Retailor Association Ppim 11 10 2025

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 246 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Program Bersama Malaysia Retailers Association anjuran Tenaga Nasional Berhad bertempat di Leo Moggie Convention Centre TNB Platinum Bangsar Program bertujuan memperkukuh hubungan antara T...
Askar Isra L Tahu Tentang Podcast Amp Program Kami Pu Amin Kongsi Pengalaman Pu Rahmat Disoal Siasat

Askar Isra L Tahu Tentang Podcast Amp Program Kami Pu Amin Kongsi Pengalaman Pu Rahmat Disoal Siasat

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 236 hits
Pendakwah bebas PU Amin mendedahkan pengalaman mengejutkan Pu Rahmat Ikhsan ketika disoal siasat oleh tentera Zionis semasa misi Global Sumud Flotilla menuju ke Gaza baru baru ini Menerusi ciapan di Threads PU Amin berkongsi bahawa pihak te...
Artwork Animasi Ku Kena Banned Babak Pertarungan Di Program Tv

Artwork Animasi Ku Kena Banned Babak Pertarungan Di Program Tv

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 173 hits
Menonton video ini perlu sign in akaun Youtube kerana kategori Age restricted Ada beberapa artwork animasi lama saya kena banned cuma yang ini saya ingat dari siri animasi Puteri Hang Li Po untuk stesen TV di RTM Babak pertarungan dari dura...
Talk To My Manager Juara Kisah Di Sebalik Program

Talk To My Manager Juara Kisah Di Sebalik Program

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 215 hits
Talk To My Manager Juara Kisah Di Sebalik Program JMBELOG Talk To My Manager Juara Kisah Di Sebalik Program Versi Dwibahasa JMBELOG Bahasa Melayu Juara Liza Hanim X Marsya Naib Juara Shuib X Thalita Tempat Ke 3 Sharifah Shahirah X Audra Tem...
Program Pendidikan Khas Integrasi Dan Pemuliharaan Alam Sekitar Menutup Jurang Inklusiviti Dalam Kelestarian

Program Pendidikan Khas Integrasi Dan Pemuliharaan Alam Sekitar Menutup Jurang Inklusiviti Dalam Kelestarian

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 305 hits
Penulis Sarena binti Mohd Shariff 1 Syazuani binti Mohd Shariff 2 1Guru PPKI SMK Sultan Abdul Jalil Kluang Johor 2Pensyarah Kanan UiTM Negeri Sembilan Cawangan Kuala Pilah Negeri Sembilan Program Pendidikan Khas Integrasi di Malaysia diwuju...
Seramai 350 Orang Daripada Semua Pemegang Taruh Pemain Industri Mineral Hadiri Majlis Aspirasi Mampan Pahang 2025

Seramai 350 Orang Daripada Semua Pemegang Taruh Pemain Industri Mineral Hadiri Majlis Aspirasi Mampan Pahang 2025

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1148 hits
KUANTAN Seramai 350 orang yang terdiri daripada semua pemegang taruh dan pemain industri mineral di Pahang menghadiri Majlis Aspirasi Mampan Pahang 2025 hari ini Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani Bioteknologi dan Pendidika...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Security Alert Unusual Login Notification

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker

Domino S Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali

Anugerah Superbrands Malaysia 2025 Malam Gala Untuk Jenama Cemerlang Di Malaysia

Baru Tahu Pisang Hanya Berbuah Sekali Ini Ceritanya

Makan Tengah Hari Di Richiamo Pajam Nilai

Tauhu Wrap Daging Resipi Sihat Mudah Yang Paling Padu