Jpw Semarakkan Semangat Madani Melalui Program Kemasyarakatan Di Kampung Endah


Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) terus memperkukuh usaha memperkasakan masyarakat luar bandar melalui pelaksanaan Program Sehari Bersama Kampung Endah: Menghayati Semangat MADANI, yang diadakan di bawah inisiatif Program Kampung Angkat MADANI (KAM) 2025.
Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengarah JPW, Puan Hanani binti Sapit, di Dewan Jubli Emas, Kampung Endah, Banting, Selangor. Program ini menjadi platform bagi menyemai nilai-nilai MADANI serta mempererat hubungan antara kerajaan dan masyarakat di peringkat akar umbi.
Kampung Endah dipilih sebagai kampung angkat JPW kerana memiliki sejarah dan keunikan tersendiri, selain komitmen tinggi penduduknya untuk berganding bahu menjayakan inisiatif pembangunan komuniti. Di bawah pelaksanaan KAM, sebanyak sembilan (9) projek fizikal dan satu (1) program kemasyarakatan telah dirancang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1 juta.
Setakat September 2025, keseluruhan pelaksanaan telah mencapai 73% kemajuan, menandakan projek berada di landasan yang tepat dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir Oktober 2025. Dua projek telah pun disiapkan, manakala yang selebihnya sedang giat dilaksanakan.
Antara projek utama yang memberi manfaat langsung kepada penduduk termasuk penambahbaikan surau, perpustakaan awam, sistem siar raya, taman permainan kanak-kanak, pusat pos, serta kemudahan di tanah perkuburan Islam.
Selain penambahbaikan infrastruktur, Program Sehari Bersama Kampung Endah turut menampilkan pelbagai aktiviti komuniti yang mencerminkan semangat perpaduan, seperti Festival Makanan Jawa, pertandingan memasak, ekspresi seni kanak-kanak, dan tayangan wayang pacak. Turut diadakan ialah ceramah psikologi, program bersama ibu tunggal, gotong-royong perdana, dan aktiviti mengecat dewan yang menggalakkan penyertaan aktif penduduk.
Menurut Puan Hanani, pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI (KAM) bukan hanya menumpukan pembangunan fizikal, tetapi juga bertujuan membangun jaringan sosial dan memperkukuh nilai kebersamaan masyarakat. Beliau menegaskan, JPW komited memastikan manfaat program ini dapat dirasai secara berterusan oleh komuniti luar bandar, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.
Program tersebut turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Bahagian JPW, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri, serta wakil jabatan dan agensi persekutuan dan negeri.
The post JPW Semarakkan Semangat Madani Melalui Program Kemasyarakatan di Kampung Endah appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/10/12/jpw-semarakkan-semangat-madani-melalui-program-kemasyarakatan-di-kampung-endah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Program Bersama Malaysia Retailor Association Ppim 11 10 2025

Aktiviti Program Bersama Malaysia Retailor Association Ppim 11 10 2025

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 263 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Program Bersama Malaysia Retailers Association anjuran Tenaga Nasional Berhad bertempat di Leo Moggie Convention Centre TNB Platinum Bangsar Program bertujuan memperkukuh hubungan antara T...
Talk To My Manager Juara Kisah Di Sebalik Program

Talk To My Manager Juara Kisah Di Sebalik Program

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 243 hits
Talk To My Manager Juara Kisah Di Sebalik Program JMBELOG Talk To My Manager Juara Kisah Di Sebalik Program Versi Dwibahasa JMBELOG Bahasa Melayu Juara Liza Hanim X Marsya Naib Juara Shuib X Thalita Tempat Ke 3 Sharifah Shahirah X Audra Tem...
Kerajaan Pahang Perluaskan Program Anggun Suri Ke Sepuluh Daerah Tahun Ini Berbanding Tiga Pada Tahun Lepas

Kerajaan Pahang Perluaskan Program Anggun Suri Ke Sepuluh Daerah Tahun Ini Berbanding Tiga Pada Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 184 hits
LIPIS Kerajaan Pahang terus prihatin dengan memperluaskan ke 10 daerah tahun ini berbanding tiga pada tahun lepas bagi pelaksanaan Program Anggun Suri Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tindakan itu membuktikan kesungguha...
Program Pendidikan Khas Integrasi Dan Pemuliharaan Alam Sekitar Menutup Jurang Inklusiviti Dalam Kelestarian

Program Pendidikan Khas Integrasi Dan Pemuliharaan Alam Sekitar Menutup Jurang Inklusiviti Dalam Kelestarian

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 314 hits
Penulis Sarena binti Mohd Shariff 1 Syazuani binti Mohd Shariff 2 1Guru PPKI SMK Sultan Abdul Jalil Kluang Johor 2Pensyarah Kanan UiTM Negeri Sembilan Cawangan Kuala Pilah Negeri Sembilan Program Pendidikan Khas Integrasi di Malaysia diwuju...
Askar Isra L Tahu Tentang Podcast Amp Program Kami Pu Amin Kongsi Pengalaman Pu Rahmat Disoal Siasat

Askar Isra L Tahu Tentang Podcast Amp Program Kami Pu Amin Kongsi Pengalaman Pu Rahmat Disoal Siasat

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 262 hits
Pendakwah bebas PU Amin mendedahkan pengalaman mengejutkan Pu Rahmat Ikhsan ketika disoal siasat oleh tentera Zionis semasa misi Global Sumud Flotilla menuju ke Gaza baru baru ini Menerusi ciapan di Threads PU Amin berkongsi bahawa pihak te...
Vivy Yusof Suami Dapat Sementara Pasport Untuk Hadiri Program Islamik Di Istanbul Bosnia

Vivy Yusof Suami Dapat Sementara Pasport Untuk Hadiri Program Islamik Di Istanbul Bosnia

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 243 hits
Vivy Yusof Suami Dapat Sementara Pasport Untuk Hadiri Program Islamik Di Istanbul Bosnia KUALA LUMPUR 7 Okt Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan pengasas FashionValet Sdn Bhd Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin...
Hadiri Program Islamik Vivy Yusof Dan Suami Diberi Pelepasan Pasport Sementara Ke Istanbul Amp Bosnia

Hadiri Program Islamik Vivy Yusof Dan Suami Diberi Pelepasan Pasport Sementara Ke Istanbul Amp Bosnia

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 170 hits
Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan pengasas FashionValet Sdn Bhd Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar untuk mendapatkan semula pasport antarabangsa mereka bagi menghadiri program islamik di Istanbul dan Bos...
Kedah Pegawai Jabatan Agama Didakwa Seleweng Rm30 800 Dana Program

Kedah Pegawai Jabatan Agama Didakwa Seleweng Rm30 800 Dana Program

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 196 hits
Noorazura Abdul Rahmanam hmetro com myMuhammad Suhaimi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini FOTO Noorazura Abdul RahmanAlor Setar Seorang pegawai di Jabatan Agama Daerah Kubang Pasu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas du...
Program Pembentukan Karakter 2027 Perkukuh Sahsiah Nilai Murni Murid Kpm

Program Pembentukan Karakter 2027 Perkukuh Sahsiah Nilai Murni Murid Kpm

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 189 hits
Program Pembentukan Karakter 2027 Perkukuh Sahsiah Nilai Murni Murid KPM PUTRAJAYA 17 Okt Kementerian Pendidikan memperkenalkan Program Pembentukan Karakter sebagai satu daripada inisiatif utama di bawah kurikulum persekolahan 2027 bagi mel...
Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar

Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir

Gobind Death In Custody Probe Delays Unacceptable

Aktiviti Konvensyen Melayu 153 Ppim 13 12 2025

Bahaya Pinjaman Ah Long Dan Skim Pinjaman Tidak Berlesen


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Antara Suami Dan Orang Tua Mana Yang Didahulukan Oleh Istri Dalam Islam

Hadir Ke Majlis Pertunangan Jeevan Khoghilaah Thevi

Roti Sardin

Hattusa Keajaiban Kota Yang Terukir Dalam Batu Dan Keheningan

Thailand Mengenakan Perintah Berkurung Di Provinsi Kedua Selepas Pertikaian Sempadan

Kerajaan Negeri Melaka Mcmc Meterai Mou Rm310 Juta Perkukuh Infrastruktur Digital Negeri