Virus Penyakit Kelamin Hpv Jangkiti 600 Juta Orang Who


Virus HPV boleh menyebabkan ketuat pada kemaluan dan penyakit kanser. - Foto INGIMAGE klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

HPV pembunuh senyap BARAH serviks menjadi igauan ngeri.(Foto Gambar Hiasan ©Harian Metro) GENEVA, Switzerland – Amaran dikeluarkan terhadap berjuta-juta orang tentang bahaya penyakit kelamin yang menjadi pembunuh senyap dan berisiko menyebabkan kanser di samping ketuat pada kemaluan, lapor portal berita Daily Star kelmarin.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat kira-kira 600 juta kes virus papiloma manusia (HPV), menjadikannya penyakit kelamin paling lazim berlaku di planet ini.

HPV sendiri tidak berbahaya dan ramai orang yang aktif secara seksual di seluruh dunia berkemungkinan dijangkiti virus itu sekali dalam seumur hidup mereka.

Pada kebiasaannya, HPV berjangkit melalui hubungan seks normal atau melalui dubur, manakala sentuhan kulit ke kulit semasa hubungan seks juga boleh menyebabkan jangkitan berlaku.

Virus itu boleh menyebabkan kanser dubur, serviks, mulut dan zakar.

Risiko HPV sebagai pendahulu kepada kanser sukar diabaikan dengan WHO menyatakan: “Sekurang-kurangnya 13 da­ripada lebih 100 genotip (ciri genetik) HPV yang diketahui, boleh menyebabkan kanser serviks. Ia juga dikaitkan de­ngan kanser anogenital lain serta kanser kepala termasuk leher.

“Dua genotip berisiko tinggi yang paling biasa (HPV 16 dan 18) menyebabkan kira-kira 70 peratus daripada semua kanser serviks.

“HPV dianggarkan telah menyebabkan hampir setengah juta kes kanser dan 250,000 kematian akibat kanser serviks pada 2002, di mana kira-kira 80 peratus daripadanya berlaku di negara-negara membangun,” kata WHO dalam laporannya

Walaupun jelas berbahaya, kesedaran tentang HPV masih rendah dengan Persatuan Penyelidikan Kanser Amerika menyatakan, sekitar 70 peratus orang dianggap mengetahui tentangnya.

Satu kajian antara tahun 2014 hingga 2020 melibatkan 2,000 orang dewasa mendapati sekitar 70.2 peratus menge­tahui tentang kaitan HPV serta kanser serviks, manakala hanya 27.9 peratus tahu penyakit ke­lamin itu boleh mengakibatkan kanser dubur.

Namun, jumlah itu menurun kepada 27.4 peratus apabila kajian sama selesai pada 2020.

Menurut kajian berkenaan, 29.5 peratus sahaja responden tahu HPV dikaitkan dengan kanser mulut dan 28.4 peratus lagi mengetahui kaitannya dengan kanser zakar.

HPV pada kebiasaannya boleh menyebabkan perubahan da­lam tubuh ma­nusia dalam ma­sa dua tahun.

Bercakap kepada laman kesihatan Superdrug Online Doctor pakar kesihatan wanita Dr. Hana Patel menjelaskan: “Tiada rawatan langsung untuk virus HPV kerana ia boleh tidak aktif dalam badan. Namun, terdapat rawatan untuk masalah kesihatan yang berpunca daripada HPV.

“Walaupun HPV adalah pun­ca utama kanser serviks, wanita yang mengalami lesion (inflamasi kulit) HPV, mempunyai risiko antara 5 hingga 15 peratus untuk mendapat kanser serviks yang boleh mengambil masa antara 8 hingga 10 tahun untuk merebak,” katanya. – AGENSI

SOURCE: KOSMO

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penyakit-sifar.blogspot.com/2023/07/virus-penyakit-kelamin-hpv-jangkiti-600.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Andre Onana Manchester United Menyegel Kesepakatan 47 2 Juta Untuk Penjaga Gawang Inter Milan Berita Sepak Bola

Andre Onana Manchester United Menyegel Kesepakatan 47 2 Juta Untuk Penjaga Gawang Inter Milan Berita Sepak Bola

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 224 hits
Manchester United telah menyelesaikan perekrutan kiper Andre Onana senilai 47 2 juta dari Inter Milan Onana telah menandatangani kontrak lima tahun di Old Trafford dengan opsi satu tahun lagi saat ia menggantikan David De Gea yang telah per...
Anwar Tuntut Muhyiddin Minta Maaf Ganti Rugi Rm200 Juta

Anwar Tuntut Muhyiddin Minta Maaf Ganti Rugi Rm200 Juta

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 185 hits
Ahmad Johari Mohd Aliajohari bh com myKuala Lumpur Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta maaf dan membayar pampasan RM200 juta kerana menjejaskan reputasi beliau berhubung dakwaan fitnah...
Terbongkar Rm13 Juta Salah Guna Kuasa Dan Rasuah Apa Kata Ds Saifuddin

Terbongkar Rm13 Juta Salah Guna Kuasa Dan Rasuah Apa Kata Ds Saifuddin

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 300 hits
SATU LAGI PENCERAHAN DAN PENDEDAHAN MENGEJUTKAN DARI DS SAIFUDDIN ISU SALAH GUNA RASUAH DAN PENCURIAN NADIR BUMI DI KEDAH
T23g17 Mencapai Paparan Ke 4 Juta Setelah 11 Tahun

T23g17 Mencapai Paparan Ke 4 Juta Setelah 11 Tahun

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 192 hits
Rupa rupanya interpretZZ com telah cecah 4 000 000 paparan Setelah terbitkan kiriman bertajuk sebentar tadi barulah Tedi perasan bahawa interpretZZ telah mencecah 4 juta paparan Oleh kerana tiada masa sangat nak periksa dengan bersungguh su...
Pertandingan Miss Cosmoworld 2023 Menawarkan Hadiah Wang Tunai Berjumlah Rm1 1 Juta Terbesar Dalam Sejarah

Pertandingan Miss Cosmoworld 2023 Menawarkan Hadiah Wang Tunai Berjumlah Rm1 1 Juta Terbesar Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 285 hits
Seri Wangi rasa bangga berpeluang dapat hadir di Pertandingan Ratu Cantik Miss CosmoWorld edisi keenam Penganjuran Pertandingan Ratu Cantik Miss CosmoWorld edisi keenam dengan bangganya diumumkan di Park Royal Collection Kuala Lumpur Dianju...
Abpbh35 Pecah Rekod Menerima Undian Sebanyak 21 Juta

Abpbh35 Pecah Rekod Menerima Undian Sebanyak 21 Juta

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 259 hits
Cerita Bintang Paling Popular 2023 Selama 37 Tahun Usaha tanpa ada yang menghargai Takde siapa yg nobatkan Kemenangan Tapi tetap buat untuk cari Rezeki Dari kecik kehulu kehilir Naik bas pergi shooting sebab nak cari Rezeki Setelah 37 Tahun...
Hadiah Wang Tunai Terbesar Dalam Sejarah Ratu Cantik Berjumlah Rm1 1 Juta Untuk Pemenang Miss Cosmoworld 2023

Hadiah Wang Tunai Terbesar Dalam Sejarah Ratu Cantik Berjumlah Rm1 1 Juta Untuk Pemenang Miss Cosmoworld 2023

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 292 hits
Penganjuran Pertandingan Ratu Cantik Miss CosmoWorld edisi keenam dengan bangganya diumumkan di Park Royal Collection Kuala Lumpur Dianjurkan oleh CL Skin Sdn Bhd dan diasaskan oleh Bintang Selebriti Carrie Lee Sze Kei Miss CosmoWorld 2023 ...
Importance Of Domain Valuation

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

Selamat Tinggal 0176076730

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perkara Perkara Yang Perlu Dikurangkan Apabila Usia Mencecah 50an

Betamek Berhad Melancarkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Rnd

Lirik Lagu Hari Lebaran Siti Nordiana

Saat Hilang Tong Gas Mu

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan