Viralkan Kisah Inspirasi Partners Of Parenting Kongsi Pengalaman Besarkan Anak



Partners Of Parenting, satu platform pendidikan berjaya menjadi satu medium perkongsian terbaik dalam usaha membantu ibu bapa membesarkan anak-anak dengan sempurna.

Justeru, pelancarannya yang berlangsung baru-baru ini di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Jaya One menjadi titik tolak kepada akses ilmu ke ibu bapaan dan sistem sokongan dalam menunaikan tanggungjawab  kepada si kecil.



 Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh menyifatkan isu berkaitan kekeluargaan adalah penting dan tidak seharusnya dipandang remeh.

"Saya kagum dengan usaha mewujudkan perpustakaan di dalam bangunan pusat membeli belah kerana ia adalah idea di luar kotak. 

"Pada peringkat kementerian, saya sedaya upaya mendesak supaya isu kekeluargaan di beri perhatian sewajarnya," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Berkongsi pengalaman sebagai ibu, ujar Hannah, dia turut melalui cabaran ketika menyusukan bayinya,

"Saya mendapat sokongan penuh daripada suami yang berkorban meninggalkan jawatan besar demi memastikan kami bersedia untuk membina keluarga.

"Seperti ibu lain yang menyusukan anak mereka, adakalanya saya terpaksa berulang alik ke rumah untuk menyusukan bayi supaya bayi saya mendapat zat terbaik daripada susu ibu," katanya.




KISAH INSPIRASI PERLU VIRAL

Hannah sebelum itu,memperdengarkan Kisah Inspirasi dari Bapa Serba Boleh daripada dua orang selebriti media sosial dan bapa sepenuh masa iaitu Ben Ashaari dan Alan Oh.

"Kisah-kisah seperti inilah yang harus menjadi viral bukannya cerita-cerita yang tidak memberi manfaat. Saya harap kisah dua bapa ini menjadi contoh kepada bapa-bapa lain di luar sana," jelas Hannah.


TEKANAN PERINGKAT AWAL-BEN ASHAARI

Sementara itu, Ben Ashaari berkongsi pengalamannya sebagai influencer yang juga bapa sepenuh masa.

"Saya berhenti kerja sebagai penjawat awam ketika isteri hamil selepas 3 tahun menunggu cahaya mata.

"Saya mula serius dengan blog dan pendapatan daripada blog cukup bagi menampung keluarga. Bermulalah cabaran untuk saya menguruskan isteri yang hamil sepeti alahan, kesukaran tidur dan macam-macam lagi," ujarnya.

Pelbagai pengalaman baru diperolehi Ben namun dia tidak melihatnya sebagai masalah utama.

"Apabila anak lahir, saya berdepan pengalaman lain pula. Semasa isteri dalam bilik bersalin, saya terpaksa kuatkan diri menemani dia walaupun saya seorang yang takut melihat darah. Selepas itu bagaimana pula mahu uruskan uri bayi dan alhamdulillah segalanya dipermudahkan," katanya.

Bapa kepada tiga orang anak ini kadangkala berdepan tekanan ketika menguruskan anak-anak namun ia dapat diatasi dengan sokongan isteri tercinta.



BELAJAR DARI YOUTUBE-- ALAN OH

Bagi Alan pula, menjaga isteri dalam berpantang memberi pengalaman yang sangat bermakna.

"Saya dan isteri memutuskan untuk berpantang sendiri supaya kami lebih banyak meluangkan masa bersama dan belajar perkara baru.

"Pada awalnya ia sangat sukar kerana saya sendiri tiada pengalaman untuk menguruskan isteri selepas bersalin tetapi saya bertuah kerana perkembangan teknologi sangat membantu. 

"Jujur saya katakan guru dan sumber rujukan saya ketika itu adalah Youtube," katanya.

Terdahalu, Partners of Parenting dianjurkan oleh Jenama Produk Penjagaan Bayi. Tollyjoy Corporation dengan kerjasama PPAS dan OrphanCare Foundation sempena Hari Bayi Tollyjoy 2019.

Hadir memeriahkan majlis Timbalan Pengarah PPAS, Suzliana Abd Hamid, Pemegang Amanah OrphanCare, Nor Aishah Osman dan Pengarah Tollyjoy Corporation, Mark Tan serta Khor Geok Khee. 







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.3rasa.com/2019/11/viralkan-kisah-inspirasi-partners-of.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lesti Kejora Kongsi Nama Indah Anak Kedua Perkenalkan Leshia

Lesti Kejora Kongsi Nama Indah Anak Kedua Perkenalkan Leshia

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 74 hits
Penyanyi popular Indonesia Lesti Kejora yang selamat melahirkan anak keduanya pada 25 Januari lalu berkongsi nama anak keduanya Menerusi Instagramnya Lesti dan suaminya Rizky Billar memuat naik sekeping gambar si comel kesayangan yang sudah...
Syamsul Yusof Kongsi Momen Percutian Dengan Anak Anak Seronok Tengok Kembali Bersatu

Syamsul Yusof Kongsi Momen Percutian Dengan Anak Anak Seronok Tengok Kembali Bersatu

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 79 hits
Hantaran terbaharu pengarah dan pelakon hebat Syamsul Yusof di Instagram yang ketika ini sedang bercuti bersama anak anak dan keluarganya menyorot perhatian netizen media sosial Apa yang menarik perhatian pastinya kemesraan dan masa bersama...
Tya Arifin Kongsi Kepayahan Ibu Uruskan Anak Sekolah Tak Cukup Tidur Mata Panda

Tya Arifin Kongsi Kepayahan Ibu Uruskan Anak Sekolah Tak Cukup Tidur Mata Panda

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 69 hits
Pelakon dan usahawan Tya Arifin berkongsi realiti kehidupannya sebagai ibu kepada tiga cahaya mata ketika menguruskan anak anak lebih lebih pagi pada hari pertama sesi persekolahan tahun ini yang bermula semalam Menerusi perkongsian Tya kat...
Tanah Runtuh Miri Remaja Terselamat Kongsi Kisah Sebak Saat Akhir Keluarga

Tanah Runtuh Miri Remaja Terselamat Kongsi Kisah Sebak Saat Akhir Keluarga

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 110 hits
Lima sekeluarga terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit Miri Sarawak pada Rabu sementara anak sulung keluarga itu yang terselamat sempat menyaksikan detik tragis tersebut Menurut laporan Sinar Plus remaja berusia 17 ta...
Doa Pesanan Kata Semangat Ustazah Ini Kongsi Rahsia Anak Lebih Yakin Di Sekolah

Doa Pesanan Kata Semangat Ustazah Ini Kongsi Rahsia Anak Lebih Yakin Di Sekolah

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 110 hits
Setiap pagi ibu bapa pastinya sibuk menyediakan bekal makanan untuk anak anak ke sekolah Namun selain makanan jasmani anak anak juga memerlukan bekalan rohani dan emosi agar mereka lebih bersemangat yakin dan bersedia menghadapi hari persek...
Anak Lasak Wanita Ini Kongsi Elak Jadi Ibu Baran

Anak Lasak Wanita Ini Kongsi Elak Jadi Ibu Baran

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 79 hits
Menjadi ibu bukan tugas yang mudah Setiap hari ada cabaran dari mengurus anak anak hingga memastikan rumah dalam keadaan baik Kadang kadang keletihan dan tekanan buat kita mudah naik marah Tapi adakah kita perlu jadi ibu yang sempurna Atau ...
Jihan Muse Selamat Bersalin Anak Ketiga Kongsi Berita Gembira

Jihan Muse Selamat Bersalin Anak Ketiga Kongsi Berita Gembira

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 113 hits
Pengacara dan pelawak terkenal Jihan Muse selamat melahirkan anak ketiganya pada 15 Januari lalu di sebuah pusat perubatan di Shah Alam Perkhabaran gembira ini dikongsikan oleh suaminya Ungku Hariz menerusi laman Instagram mencuri perhatian...
Jihan Selamat Melahirkan Anak Ke 3 Kongsi Kepada Netizen Maksud Disebalik Nama Ungku Attufayl Adl

Jihan Selamat Melahirkan Anak Ke 3 Kongsi Kepada Netizen Maksud Disebalik Nama Ungku Attufayl Adl

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 87 hits
Pengacara terkenal Jihan Muse berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak ketiganya Jihan selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Ungku Attufayl Adl Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya pelakon Ungku Hariz Faizal m...
Anak Autisme Jangan Panik Ayah Ini Kongsi Langkah Yang Ibu Bapa Boleh Ambil

Anak Autisme Jangan Panik Ayah Ini Kongsi Langkah Yang Ibu Bapa Boleh Ambil

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 122 hits
Autisme bukan sekadar kelewatan perkembangan tetapi satu spektrum yang mempengaruhi cara seseorang berfikir berkomunikasi dan berinteraksi dengan dunia sekeliling Setiap anak ASD adalah unik dengan tahap kemampuan dan cabaran yang berbeza y...
World S First Tri Fold Phone Huawei Mate Xt Ultimate Design Makes Its Grans Debut In Malaysia

Telefilem Hati Di Bibir

Bekal Breakfasttertinggal

Resepi Biskut Pistachio

Minister Denies Upnm A Dumping Ground For 3 Star Generals

Play88 Malaysia Online Casino Exciting Games Big Wins

Elevate Your Workplace Efficiency With The Revolutionary Tablet Huawei Matepad Pro 13 2

Carcosa Seri Negara To Reopen With New Look By July


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


Skop Tugas Sebenar Ahli Muzik Gred B1

Betul Ke Teh Dan Kopi Punca Gastrik Meh Baca Ni

Shell Fuelsave Diesel Baharu Pemanduan Sehingga 19km Lebih Jauh

The Hidden Environmental Impacts Of Tropical Fish Aquariums Earth Com

The World S Forgotten Fishes Practical Fishkeeping

Glamour And Groove The Perfect Blend Of Beauty And Entertainment