Anak Lasak Wanita Ini Kongsi Elak Jadi Ibu Baran


Menjadi ibu bukan tugas yang mudah. Setiap hari ada cabaran, dari mengurus anak-anak hingga memastikan rumah dalam keadaan baik. Kadang-kadang, keletihan dan tekanan buat kita mudah naik marah.
Tapi, adakah kita perlu jadi ibu yang sempurna? Atau cukup sekadar jadi ibu yang tenang dan bahagia?
Dalam perkongsian kali ini, kita akan sama-sama belajar bagaimana mengawal emosi, mengurus tekanan, dan mengelakkan diri daripada menjadi ibu yang baran. Kerana ibu yang bahagia akan melahirkan keluarga yang bahagia.
MACAM MANA NAK ELAKKAN JADI IBU YANG BARAN?

Ramai sangat yang pm saya tanya pasal ‘Macam mana nak jadi ibu yang baik.’
‘Macam mana nak hilangkan baran?’
Dan seumpamanya.
Dear parents Dear mommies.
You don’t need to be perfect. Just be patient.
Untuk jadi penyabar, kalian perlu tahu kapasiti kesabaran yang kalian ada sebelum mula terbakar dan meletus.
You know yourself. Stop before you start to forget things, marah dengan perkara kecil dan lupa nak tengok diri sendiri kat cermin.
Husband-husband kena tengok. Kalau para isteri dah hilang manja dan makin menyinga, cepat-cepat isi tangki emosinya yang dah makin kering.
Peluk isteri, sikatkan rambutnya, urut badannya atau belanja makan aiskrim kegemaran. Tak pun cincin sebentuk atau kalau teruk sangat, belanja dia ‘me time’ 2 hari 3 malam di Damai Laut. 
Tapi sebenarnya kesudian untuk tadahkan telinga dengar membebel, atau sesi bersembang tenang antara laki-bini sepanjang malam pun, lebih mahal dan mendamaikan dari Damai Laut.
Yup, just simply being a therapist to her.
Jangan biar isteri terlalu nak jadi perfect. Sempurna itu bukan sifat manusia. Jangan cuba melawan fitrah. Nanti kita juga yang parah.
Isteri, kalau rasa haritu boleh melayan anak, tak larat memasak, senyum dan gantung kuali. Foodpanda kan ada!
Kita tak ada bos yang tukang cek kerja di rumah dah selesai ke belum. Tak ada timeline pun. Kalau tak larat, tinggallah dulu. Buang rasa runsing dengan ‘gunung Kinabalu’ yang makin tinggi setiap hari.
Belajar bertenang dengan diri bila nampak rumah sepah.
Saya faham perasaan tu. Kadang-kadang, lantai yang melekit, tapi kenapa sampai ke otak rasa berdenyut. Your floor doesn’t define your happiness… so relax.
Jangan setiap masa nak rumah perfect, sampai anak nak main pon kita tak bagi. Rasa runsing je, cepat-cepat pejam mata dan bayangkan otak-otak anak sedang pesat berkembang waktu mereka sedang bermain.
Agak-agak lagi 30 minit suami balik, barulah pulun kemas dengan anak-anak. Kalau tak, nampak anak nak menyepah sikit, dada dah rasa kena cengkam.
Tapi kalau ada hari yang ada extra motivasi, & doing house chores make you happy, teruskan usaha buat rumah berkilat.

Bila bangun tidur, pastikan kita bangun dengan senyum. Kajian dah membuktikan, senyum selama satu minit selepas tidur, boleh meningkatkan paras hormon gembira dalam badan. Dan bantu mood kita kekal ceria sepanjang hari.
Hari ni, malam sebelum tidur, cuba tulis beberapa perkara yang buat kita syukur. Kemudian, tulis perkara yang kita nak buat esok, dan bayangkan sejelas-jelasnya.
Sebelum tanya macam mana nak sayang anak-anak, sayangi diri sendiri dulu. Penuhi gelas emosi sendiri, sayangi badan sendiri dan rasai kehebatan nyawa yang Allah dah beri.
Itulah langkah pertama nak jadi yang terbaik untuk orang lain.
You are beautifully made by Allah.
Dilahirkan dengan manfaat untuk membahagiakan dirimu, bukan untuk membebanimu.
Sumber: Wawa Shauqi
The post Anak Lasak, Wanita Ini Kongsi Elak Jadi Ibu Baran appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-lasak-wanita-ini-kongsi-elak-jadi-ibu-baran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Kongsi Anak Asyik Menangis Genap Dua Minggu Ibu Pergi Papa Tahu Adik Rindu Mama

Bapa Kongsi Anak Asyik Menangis Genap Dua Minggu Ibu Pergi Papa Tahu Adik Rindu Mama

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 101 hits
Genap dua minggu pemergian isteri ketika dalam pelukan suami tercinta Amirul Nafis Amirnuddin berkongsi keadaan anak sulung mereka Muhammad Faleeq Haq Amirul Nafis 2 bulan Menerusi hantaran di Instagram Amirul Nafis memberitahu anaknya suda...
Anak Autisme Jangan Panik Ayah Ini Kongsi Langkah Yang Ibu Bapa Boleh Ambil

Anak Autisme Jangan Panik Ayah Ini Kongsi Langkah Yang Ibu Bapa Boleh Ambil

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 141 hits
Autisme bukan sekadar kelewatan perkembangan tetapi satu spektrum yang mempengaruhi cara seseorang berfikir berkomunikasi dan berinteraksi dengan dunia sekeliling Setiap anak ASD adalah unik dengan tahap kemampuan dan cabaran yang berbeza y...
Ibu Dua Anak Dibunuh Disumbat Dalam Bagasi Merah Gara Gara

Ibu Dua Anak Dibunuh Disumbat Dalam Bagasi Merah Gara Gara

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 103 hits
Astro AwaniBerita pembunuhan Uswatun Khasanah di media Indonesia JAKARTA Mayat seorang wanita dijumpai dalam keadaan mengerikan dengan tubuhnya dikerat kerat dan dimasukkan ke dalam bagasi berwarna merah dalam kejadian menyayat hati baru ba...
Ibu Terkejut Anak Hidap Penyakit Sinus Kronik Sangka Anak Demam Selesema Biasa

Ibu Terkejut Anak Hidap Penyakit Sinus Kronik Sangka Anak Demam Selesema Biasa

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 82 hits
Ibu terkejut anak hidap penyakit sinus kronik sangka anak demam selesema biasa Mulanya seorang ibu menyangka anaknya mengalami demam dan selesema biasa Namun sangkaan itu meleset Ibu Terkejut Anak Hidap Penyakit Sinus Kronik Sangka Anak Dem...
Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri

Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 162 hits
Sampai hati ibu kandung dera anak kandung sehingga maut Seorang wanita muda berusia 25 tahun dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen pada Rabu atas perbuatannya yang kejam mencederakan anak kandung lelaki berusia enam tahun sehingga...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 253 hits
Kisah penuh kasih sayang seorang wanita berbangsa Cina terhadap anak angkatnya yang beragama Islam menyentuh hati ramai rakyat Malaysia Keikhlasan wanita tersebut membesarkan gadis itu sejak kecil menarik perhatian seluruh negara Kisah Insp...
Rangsang Otak Anak Hanya Elak 5 Tabiat Ni

Rangsang Otak Anak Hanya Elak 5 Tabiat Ni

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 142 hits
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita semua ingin memastikan anak anak kita membesar dengan sihat cergas dan bijak Namun ada beberapa tabiat yang mungkin tidak kita sedari boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan otak mereka Ayuh kita sema...
Almy Nadia Bawa 5 Anak Dara Ke Salon Momen Penuh Ceria Semua Cantik Iras Ibu

Almy Nadia Bawa 5 Anak Dara Ke Salon Momen Penuh Ceria Semua Cantik Iras Ibu

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 115 hits
Suasana meriah dan penuh gelak tawa jelas terpancar dalam video terbaru yang dikongsi oleh pelakon Datin Almy Nadia di media sosial yang juga merupkan isteri kepada pelakon Dato Mohd Fairuz Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Fizz Fai...
Nora Danish Titip Pesanan Buat Kaum Wanita Perbanyakkan Amalan Ini Untuk Elak Muflis Di Akhirat

Nora Danish Titip Pesanan Buat Kaum Wanita Perbanyakkan Amalan Ini Untuk Elak Muflis Di Akhirat

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 141 hits
Pengarah Shahrulezad Mohameddin lebih dikenali sebagai Budak Ijat baru baru ini berkongsi semula hantaran pelakon Nora Danish mengenai amalan bersedekah Kongsi Tangkap Layar Nora Danish Dalam posting tersebut Budak Ijat menunjukkan tangkap ...
Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Cbd Pouches Vs Traditional Nicotine Pouches Which One Is Right For You

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik

Pesanan Mudah Untuk Jadi Usahawanm Yes Or No Sahaja

Jkm Jaga 9 Kanak Kanak Dikait Gisbh Hingga 18 Tahun Kata Nancy

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Zamri Mocks Jakim

Di Masjid Tiada Kasta