VIRAL Pemilik Kucing Tidak Bertanggungjawab! | Assalamualaikum buat pencinta kucing yang dikasihi. Entri kali ini paling hangat dan tidak pernah ada niat untuk memburukkan mana-mana pihak melainkan TERPAKSA info ini diviralkan di blog rasmi kami supaya memberi pengajaran kepada pemilik kucing yang lain. Kami akan kongsikan pengalaman dari mula pemilik kucing boarding dan akhirnya kucing di tinggalkan di premis tanpa apa-apa berita dari pemilik
Apabila sampai tempoh check-out, seperti biasa kami menelefon pemilik untuk memperingati dan memesan supaya memaklumkan kepada kami waktu untuk mengambil kucing kerana operasi premis kami akan tutup sehingga jam 9.00malam. Jadi kami menunggu keputusan dan panggilan dari pihak pemilik tetapi tiada apa-apa maklumbalas. Dengan info yang kami ada, kami tahu pemilik bekerja di bawah Jabatan Perdana Menteri di bahagian unit Pengurusan Hasil.
Pemilik Kucing Tidak Bertanggungjawab
Keesokkan harinya kami cuba menghubungi dan meninggalkan pesanan WhatsApp berkali-kali tetapi tidak dibalas oleh pemilik, diam membisu begitu sahaja. Sekurang-kurangnya, pemilik tersebut sepatutnya memberi kerjasama serta memaklumkan kepada kami tentang kucing yang ditinggalkan di premis kami. Bawa berbincang supaya kedua-dua pihak berpuas hati dalam hal sebegini. Kami tidak sekejam untuk menjual kucing pemilik yang ditinggalkan kerana kami tahu hukum HALAL & HARAM. Sehingga kini kucing maincoone, Asian masih di jaga dengan baik, cuma kami terlalu kasihan pada si Asian kerana mungkin Asian terlalu rindu pada pemiliknya.
Kami telah membuat keputusan untuk meletakkan Asian di tempat yang lain yang lebih selesa, dimana Asian dipindahkan di ruang bilik mating Momot. Kami juga mengambil keputusan untuk membuat artikel ini di blog rasmi kami supaya pemilik membacanya dan akan mengambil Asian. Jika tidak nama pemilik akan menjadi viral serta buah mulut di media sosial khusunya di laman sesawang kami dimana pembaca tidak pernah putus datang membaca info yang telah kami kongsikan sebelum ini.
Harapan kami, jika mahu artikel ini di tutup, silalah datang membuat pembayaran tempoh boarding dan mengambil Asian kembali di jaga. Selagi tidak ada apa-apa maklum balas dari pihak pemilik, artikel ini akan sentiasa berlegar live di lama sesawang rasmi. Terima kasih|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |