Cara Saya Menyelesaikan Masalah Kutu Pada Kucing



Masalah kutu pada kucing, adalah merupakan salah satu masalah biasa yang perlu dihadapi oleh pemilik kucing.


Kebiasaannya, kucing akan diserang kutu apabila kebersihan kucing dan kawasan sekitar tempat kucing selalu bermain tidak dijaga dengan baik. 


Boleh jadi juga keadaan dimana kucing kita terkena serangan kutu disebabkan mereka ada bergaul dengan kucing lain yang memang ada kutu pada badannya. Ini biasa berlaku pada kucing yang hidup bebas diluar rumah. 


Oleh sebab baru-baru ini, kucing-kucing saya diserang oleh kutu dan kesannya agak teruk. Pada peringkat permulaan, kutu hanya terdapat pada badan, disekitar tengkuk dan bawah perut sahaja. 


Tapi tak lama lepas tu, bilangan kutu makin bertambah banyak. Kalau dekat dalam rumah tu, kita boleh terkena gigitan kutu walaupun pada waktu tu kita cuma duduk santai di sofa dan atas lantai juga boleh kelihatan beberapa ekor kutu.


Kiranya masalah kutu ini dah capai satu tahap yang agak kritikal. Pada masa ini, bukan kucing sahaja yang terseksa dengan kutu-kutu ini, orang yang duduk satu rumah dengan kucing tu pun turut jadi mangsa gigitan kutu.  


Jadi saya nak kongsikan serba sedikit tindakan yang saya ambil bagi mengatasi masalah tersebut.



Petanda kucing ada masalah kutu
Cuba perhatikan gelagat kucing kita tu. Kalau dalam satu-satu masa, dia asyik menjilat-jilat bulunya, lebih kerap dari kebiasaan, itu satu petanda yang dekat badannya sudah ada kutu.

Kalau cuma sekadar menjilat itu masih ok lagi, tapi kalau mereka dah mula menggaru, kena perhatikan betul-betul sebabnya mereka mungkin akan mula mencederakan diri sendiri akibat terlalu kerap menggaru.



Bila ada luka pada badan, ia boleh jadi makin melarat bila dah terkena jangkitan kuman dan sebagainya.

Cara menyelesaiakan masalah kutu pada kucing

Memang rasa kesian bila tengok kucing kesayangan kita ni asyik tergaru-garu. Kutu yang bersembunyi disebalik bulu pula bukannya mudah untuk dikeluarkan.


(1) Mandikan kucing Bila dah nampak kucing asyik tergaru-garu, mandikan kucing tu. Gunakan syampu yang ada ubat untuk bunuh kutu. Kebanyakkan syampu kutu untuk kucing yang saya guna, tidak membunuh kutu.


Saya rasa syampu itu semua hanya berkesan untuk pengsankan kutu-kutu yang ada pada badan kucing semata. Bila kutu dah pengsan, senang untuk sikat dan keluarkan kutu-kutu yang ada menggunakan sikat kutu.


(2) Gunakan sikat kutu Kita tak boleh hari-hari mandikan kucing tu. Kalau ikut saranan daripada vet, mandikan kucing ni dalam seminggu sekali atau dua minggu sekali. Kalau mandikan setiap hari atau terlalu kerap, nanti kucing boleh kena penyakit.
Saya gunakan sikat kutu yang sama macam gambar dekat atas ini. Sebelum ini pernah guna jenis yang agak berbeza, tapi saya rasa selepas guna jenis yang ini, saya lebih suka yang jenis macam ni.


Lagi satu saya dapati ruang antara mata sikat tu lebih rapat dan ini memudahkan untuk dapat tangkap kutu dengan hanya sekali sikat.


(3) Kolar kucing untuk masalah kutu Benda ini pun saya pernah cuba guna. Untuk permulaan, saya cuma beli dua kolar sahaja. Dalam tempoh percubaan tu, saya dapati bilangan kutu pada badan kucing tu memang berkurang.


Sebenarnya pada kolar tersebut, ada diletakkan ubat kutu. Lama kelamaan apabila kesan ubat itu makin berkurang, kutu akan kembali menyerang kucing tersebut walaupun masih memakai kolar tersebut. Kita kena sentiasa tukar kolar yang baru apabila ia sudah mula hilang keberkesanannya.


(4) Hantar kucing ke Vet dan dapatkan ubat dari klinik Kalau anda malas nak pening-pening nak fikirkan penyelesaian kepada masalah kutu pada kucing anda, caranya mudah sahaja. Hantar sahaja kucing anda berjumpa dengan doktor haiwan. Mereka ada ubat yang sangat berkesan untuk bunuh kutu.


Saya juga pernah dapatkan ubat dari vet. Harga untuk satu tiub ubat adalah lebih kurang RM20. Oleh sebab saya ada 15 ekor kucing, maka saya perlukan sekurang-kurangnya RM300 untuk beli ubat untuk kesemua kucing-kucing saya ini. 


Terus terang saya kata, saya tak ada bajet sebanyak tu. Lagipun kos untuk beli makanan dan pasir untuk semua kucing-kucing yang ada di rumah saya pun dah agak mahal. (lebih kurang sama dengan kos nak beli ubat kutu)


(5) Ubat jenis spray untuk masalah kutu kucing Bila saya ceritakan dilema yang saya hadapi tentang masalah kutu ini dengan salah satu pet shop yang selalu saya kunjungi, staf dekat sana cadangkan saya guna ubat jenis spray.


Oleh sebab bilangan kucing yang banyak, dia pun faham kos untuk beli ubat akan jadi tinggi. Jadi untuk sementara waktu, bagi mengawal masalah kutu, gunakan ubat kutu jenis spray.


Saya gunakan pelbagai jenis ubat, dan salah satunya adalah dari jenama Frontline.


Masa nak spray ubat ini, kita kena pastikan ubat ni kena pada kulit. Kita kena selak-selak bulu kucing hinggalah nampak permukaan kulit. Selepas letak ubat, jangan mandikan kucing untuk selama 2 ke 3 hari.


Sebaik-baiknya, sebelum nak spray ubat ini, mandikan kucing dulu, sikat, dan pengsankan dulu kutu-kutu yang ada pada badan kucing. Lepas tu barulah spray.


(6) Gunakan ubat kutu jimat dari Lazada Saya tak tahu apa nama ubat kutu ni. Ia ditulis menggunakan tulisan cina. Harga ubat kutu ni berkali ganda lagi murah daripada harga ubat di klinik.

Boleh beli sekotak kecik atau beli sekali 10 kotak. Kalau tengok dekat Lazada, harga dia tak sama. Beli sekali banyak lagi jimat.


Penggunaan dia pun sikit sahaja. Seekor kucing hanya perlu letak setengah botol sahaja. Ia ditentukan oleh berat kucing. Untuk kucing yang beratnya 5 kilo dan kebawah, hanya perlu letak separuh botol. Kalau kucing tu beratnya 5 kilo, barulah guna sebotol.


Saya beli 10 botol. Masih ada baki setelah letakkan ubat ini pada kucing-kucing saya. Ianya bukan setakat jimat, malahan sangat berkesan. Anda boleh pergi ke halaman ini untuk buat tempahan.


Masalah kutu merebak ke satu rumah Disebabkan kutu makin hari makin banyak, masalah ini makin lama makin melarat hingga menyebabkan satu rumah dipenuhi dengan kutu.


Ada tempat-tempat tertentu didalam rumah, yang bila saya masuk, kaki saya akan dipenuhi dengan kutu. Kutu ini ada di atas lantai, dan ada juga yang memanjat naik ke kaki.


Satu minggu tersebut sangat menyeksakan. Setiap masa asyik tergaru-garu, sampai luka-luka pada kulit. Yang peliknya, sampai dekat dalam kereta pun ada kutu juga. Mungkin ada kutu yang memang dah lekat pada seluar, terjatuh pada karpet kereta.


(7) Vakum dan mop lantai 2 atau 3 kali setiap hari Saya boleh nampak, ada banyak kutu yang melompat-lompat atas lantai. Terpaksalah vakum satu rumah dua kali sekurang-kurangnya setiap hari. Awal pagi vakum sekali, kemudian waktu tengahari dan seterusnya waktu malam.


Bila dah siap vakum, mop pula lantai dengan cecair pencuci. Perkara yang paling menyakitkan hati ialah, bila kita dah mop waktu pagi, tengahari tu dah ada banyak balik kutu. Entah dari mana kutu-kutu ni semua datang!


(8) Taburkan garam halus disekitar kawasan lantai Tujuannya adalah untuk membuatkan kutu terhidrasi apabila terkena garam. Saya ada baca diinternet, ada orang yang tabur garam pada karpet, dan tempat-tempat yang dipercayai menjadi tempat sasaran kutu.


Tapi cara ini tak berapa sesuai untuk diletakkan pada tempat yang menjadi kawasan laluan kucing. Garam akan melekat pada bulu. Bila kucing tu jilat bulu dia, nanti akan menyebabkan masalah pada kesihatan kucing tu.


Vet yang saya pernah jumpa pernah kata, kucing boleh kena batu karang kalau makan makanan yang tinggi kandungan garamnya. Cuba bayangkan kalau kucing ni menjilat garam! Tidak ke ini lagi bahaya?


Saya hanya tabur garam dibilik tidur sahaja. Kawasan bilik tidur adalah kawasan yang saya tak akan benarkan kucing-kucing saya untuk masuk.


(9) Buat pelita kutu untuk memerangkap kutu yang ada diatas lantai Cara buatnya senang sahaja. Ambil sebuah besen. Isikan air didalamnya dan campurkan dengan sedikit cecair sabun. Cecair sabun ini tujuan adalah untuk memastikan kutu yang melompat masuk ke dalam besen yang berisi air ini akan terus tenggelam ke dasar.


Kalau anda tak letak sabun, kutu ini akan terapung dipermukaan air dan akan ada kemungkinanan untuk kutu yang dah masuk melompat keluar dan berjaya menyelamatkan diri.
lKemudian nyalakan lilin yang macam dalam gambar ini. Lilin macam ni ada banyak dijual di Ikea. Lilin ini boeh terapung atas permukaan air.


Kalau anda kurang yakin, bolehlah letak apa-apa barang yang berat supaya tenggelam dalam air besen kemudian lilin ni letak atas barang tersebut. 


Setiap malam buat pelita lilin ini, dan esoknya anda boleh lihat ada banyak juga kutu yang terperangkap dalam perangkap ini.Walaubagaimanapun, ini masih tidak menyelesaikan masalah kutu di rumah ya.


(10) Gunakan fogger untuk bunuh kutu dalam rumah Fogger ni pun ada dijual dekat laman web lazada. Saya ada terfikir untuk gunakan fogger ini untuk kediaman saya. Maklumlah waktu tu kutu memang dah agak banyak atas lantai. 
Setelah buat kira-kira, saya rasa macam tak berapa berbaloi nak beli benda ni. Rumah yang saya tinggal sekarang ni, ada 4 buah bilik, satu ruang tamu, satu dapur. Jadi saya perlu sekurang-kurangnya 4 tin fogger ni.


Oleh sebab dari segi kos ia agak mahal jadi saya terpaksa buat keputusan yang saya rasa lebih menyakinkan, iaitu….
(11) Panggil Pest Control datang rumah untuk buat kerja-kerja pembasmian kutu Masalah kutu kucing dekat rumah saya, betul-betul selesai selepas saya panggil khidmat Pest Control. Dekat luar sana saya rasa ada banyak syarikat yang buat kerja-kerja pest control ini..


Dalam situasi saya, saya menggunakan khidmat dari syarikat Eco Shield Pest Control (002408632-W)

Anda boleh ke halaman ini untuk akses ke web rasmi syarikat ini.


Masalah kutu yang saya hadapi boleh dikatakan agak teruk sampai saya terpaksa panggil khidmat pest control. Apa pun, sebelum nak panggil pest control, kena pastikan anda juga ada beri rawatan kutu kepada kucing-kucing anda. Jika tidak, usaha ini boleh jadi sia-sia, sebabnya punca kutu masih ada pada kucing anda.


Sekarang ini, Alhamdulillah dah tak ada kutu pada kucing dan juga pada kawasan rumah. Semoga apa yang saya kongsikan dalam ini, membantu anda yang juga mungkin ada masalah kutu kucing. 


The post Cara saya menyelesaikan masalah kutu pada kucing appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/cara-saya-menyelesaikan-masalah-kutu-pada-kucing/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haid Tak Teratur Sebab Masalah Pcos Bakal Ibu Kena Ubah Cara Hidup Doktor Kongsikan Caranya

Haid Tak Teratur Sebab Masalah Pcos Bakal Ibu Kena Ubah Cara Hidup Doktor Kongsikan Caranya

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 396 hits
Selepas berkahwin barulah kita semua sedar ada macam macam masalah yang membuatkan kita sukar hamil Sebelum ini rata rata wanita kurang ambil berat dan tak pernah ambil kisah pun bila haid tak teratur atau tak datang dalam tempoh yang lama ...
Cara Elak Kutu Beras Menyerang

Cara Elak Kutu Beras Menyerang

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 879 hits
Beras yang disimpan dengan cara yang tidak betul ataupun beras sudah terlalu lama boleh meninggalkan bau hapak serta boleh diserang kutu beras Masa nieyl tinggal berdua dengan husband kalau beli beras 5 Kg tu susah sangat nak habis dalam ma...
8 Cara Nenek Ajarkan Jika Nak Hilangkan Kutu Beras Dengan Pantas Dan Berkesan Boleh Amalkan Dah Lepas Ni

8 Cara Nenek Ajarkan Jika Nak Hilangkan Kutu Beras Dengan Pantas Dan Berkesan Boleh Amalkan Dah Lepas Ni

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 1007 hits
Kutu beras bubuk atau grain weevil ini memang selalu kita jumpa dalam beras atau tepung terutamanya yang dah disimpan lama Walaupun kecil serangga ini boleh mengunyah plastik dan juga kertas dengan mudah Maka tidak hairanlah ia boleh berada...
Masalah Puting Tenggelam Menyebabkan Ibu Sukar Nak Menyusukan Bayi 10 Cara Ini Boleh Menyusukan Tanpa Masalah

Masalah Puting Tenggelam Menyebabkan Ibu Sukar Nak Menyusukan Bayi 10 Cara Ini Boleh Menyusukan Tanpa Masalah

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 630 hits
Saiz dan bentuk puting payudara berbeza mengikut individu Ibu yang memiliki puting tenggelam sering menghadapi masalah kerana kesukaran bayi untuk melekap pada payudara Kaunselor laktasi Noor Fazilah Abdul Rahman memberikan informasi mengen...
Video Brader Ni Tunjukkan Cara Nak Diamkan Anak Kucing Yang Suka Merayau

Video Brader Ni Tunjukkan Cara Nak Diamkan Anak Kucing Yang Suka Merayau

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 441 hits
Yang suka bela kucing tu mesti lecehkan bila rumah korang banyak sangat anak kucing Dah la suka merayau sekali merayau entah dalam kolong mana anak kucing tu menyorok Jangan jadi macam admin khayal punya hal ada anak kucing dibaham biawak m...
Masalah Sakit Lutut Dan Sendi Ini Makanan Yang Perlu Dielakkan Dan Cara Merawatnya

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi Ini Makanan Yang Perlu Dielakkan Dan Cara Merawatnya

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 439 hits
Masalah Sakit Lutut Dan Sendi Ini Makanan Yang Perlu Dielakkan Dan Cara Merawatnya Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan Sebenarnya sakit lutu...
7 Cara Mudah Untuk Melegakan Sakit Perut Dan Masalah Sembelit

7 Cara Mudah Untuk Melegakan Sakit Perut Dan Masalah Sembelit

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 305 hits
Terdapat dua punca yang menyebabkan masalah pencernaan Pertama adalah masalah emosional seperti kebimbangan dan kemurungan Kedua adalah pengambilan ubat ubatan yang boleh menyebabkan keradangan pada perut Dengan ini setiap individu cenderun...
Cara Menghilangkan Kutu Pada Ciblek

Cara Menghilangkan Kutu Pada Ciblek

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 400 hits
Bulu Ciblek memang tidak seindah Lovebird Murai Batu atau pun burung kicau lainnya Tapi hal tersebut tidak boleh membuat Anda acuh terhadap perawatan bulu Walaupun bulu burung ini tidak terlalu cantik namun dengan perawatan yang rutin setid...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp