Vip Sewa Jet Peribadi Rm300 000 Kerana Tertinggal Satu Barang Di Luar Negara




JET peribadi kini bukan lagi lambang kemewahan, mahupun digunakan untuk menunjuk-nunjuk kekayaan, tetapi ada ketikanya ia menjadi keperluan buat mereka yang berkemampuan.

Tanpa perlu memiliki, anda masih boleh diterbangkan secara eksklusif ke serata dunia dengan menyewanya secara khas atau catar. Yang penting ada wang!

Namun, bukan calang-calang orang boleh menggunakannya kerana perkhidmatannya menelan belanja yang tinggi, malah caj juga dalam nilai mata wang dolar Amerika!




Pesawat yang tersedia untuk penerbangan catar. Foto Facebook Elite Jets Sdn Bhd

Seperti sebuah syarikat tempatan ini, pelanggan yang menggunakan perkhidmatan catar jet peribadinya terdiri daripada orang kenamaan (VIP), kerabat diraja, syarikat korporat, termasuk individu berpengaruh dari dalam dan luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Elite Jets Sdn Bhd, Kapten Hani Salman Ahmad berkata, syarikatnya menyediakan kira-kira 50 pesawat yang disewakan khas daripada syarikat penerbangan seluruh dunia untuk kemudahan pelanggan.

Sejak beroperasi pada 2008, hampir 85 peratus pelanggannya adalah syarikat korporat dan selebihnya merupakan individu secara perseorangan atau untuk kegunaan peribadi.



Beliau yang berpengalaman sebagai juruterbang hampir 30 tahun memberitahu, kadar sewa khas bergantung kepada tempoh penerbangan dan jenis pesawat yang digunakan.

"Jet peribadi yang biasa bermula dari kapasiti sembilan penumpang dengan kadar sewanya adalah AS$7,000 (RM29,199) sehingga AS$8,000 (RM33,367) sejam, manakala kapasiti 16 penumpang boleh mencapai sehingga AS$16,000 (RM66,742) sejam.

"Pesawat yang lebih besar pula mempunyai 24 tempat duduk untuk pelanggan korporat, secara purata AS22,000 (RM91,766) sejam," katanya kepada ditemui mStar Online dalam satu temuramah di Ampang, baru-baru ini.



Ruang kabin di dalam sebuah jet peribadi. Foto Facebook Elite Jets Sdn Bhd

Pada Februari 2017, tular mengenai kelas mengaji Al-Quran pada ketinggian 30,000 kaki yang dikendalikan oleh johan qariah tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman, dalam jet peribadi serba mewah yang diuruskan oleh Elite Jets dengan kadar penerbangan RM33,000 sejam.


Elite Jets pernah menyediakan perkhidmatan pengendalian darat untuk penerbangan bagi pesawat rasmi Air Force One, yang dinaiki oleh Barack Obama pada 2014 yang ketika itu merupakan presiden Amerika Syarikat (AS), dalam lawatannya ke Malaysia.

Ia juga mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records, selepas mengendalikan urusan penerbangan bagi pesawat juruterbang solo negara, Kapten James Tan ketika mengelilingi dunia dalam program 1Malaysia Around The World (1RTW) pada 2013.

Hani Salman berkata, beberapa selebriti antarabangsa juga pernah menggunakan khidmat Elite Jets iaitu Raja Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan, pelakon terkenal dari Hong Kong, Datuk Jackie Chan dan Andy Lau.



Kapten Hani Salman pernah menerbangkan Shah Rukh Khan semasa menjadi juruterbang dan kini Raja Bollywood itu menggunakan khidmat jet peribadi kendalian syarikatnya, Elite Jets.

Menurut anak jati Butterworth, Pulau Pinang ini, pelanggan yang menempah perkhidmatan secara peribadi untuk bercuti bersama keluarga atau ke destinasi bulan madu bersama pasangan, mereka juga menjadikan jet tersebut sebagai kejutan hari ulang tahun kelahiran atau perkahwinan.

Sebarang urusan untuk menggunakan jet peribadi adalah hak privasi pelanggan, tetapi tiga butiran asas yang perlu diketahui iaitu destinasi, berapa hari dan bilangan penumpang.

"Perkhidmatan dilengkapi dengan juruterbang, kru kabin dan pengendalian operasi penerbangan. Konsep kita adalah bayar dulu, baru terbang... melainkan terdapat pelanggan setia atau yang sering menggunakan perkhidmatan ini, baru kita buat secara kredit.

"Pelanggan kami ada di mana-mana, bukan setakat dari Malaysia, seperti dari Afrika Selatan yang menghubungi kami untuk penerbangan catar dari Dubai ke Johannesburg," katanya sekali gus membuktikan perkhidmatan syarikat anak Malaysia ini dipercayai. 

Ditanya mengenai perkhidmatan paling mahal yang pernah disediakan Elite Jets selama 10 tahun beroperasi, Hani Salman mendedahkan caj tersebut adalah kira-kira AS$600,000 (RM2.5 juta) bagi penerbangan pergi balik ke London, United Kingdom membabitkan pelanggan kerabat diraja.



Hani Salman (kanan) mengusahakan perniagaan jet peribadi catar bersama isteri yang juga Pengarah Elite Jets, Nik Elena Zurenee Nik Mustpha.

Beliau turut berkongsi pengalaman mengenai seorang pelanggan VIP yang menempah jet peribadi pada saat akhir, semata-mata mahu mengambil barang peribadi yang tertinggal.

Bercakap mengenai insiden yang berlaku dalam tahun ini, Hani Salman berkata, ahli perniagaan wanita itu menghubunginya dan memberitahu mahu menggunakan khidmat jet peribadi itu untuk tempoh singkat dan sanggup membelanjakan kos penerbangan kira-kira RM300,000.

"Dia kata cuma nak turun (di destinasi) tak sampai setengah jam untuk ambil barang. Siapa yang buat macam tu kat Malaysia? Dia seorang saja. Sampai saja, ambil barang lepas tu balik. Dia naik jet pukul 12 tengah malam dan bertolak balik pukul 2 pagi. 

"Pesawat yang tersedia di lapangan terbang ketika itu adalah untuk kapasiti 15 orang. Sedangkan dia cuma datang bersama seorang lagi mungkin pembantunya. Jadi, caj perkhidmatannya agak tinggi iaitu AS$70,000 (RM291,849), dengan hanya 20 minit di darat untuk ambil barang peribadi yang mungkin bernilai kira-kira RM5,000," katanya.



Pasangan suami isteri ini turut mengusahakan syarikat pelancongan dan pengembaraan, Elite Jets Travel & Tours yang mula beroperasi sejak akhir tahun lalu. Foto AZMAN GHANI

Beliau yang enggan mendedahkan identiti ahli perniagaan wanita terkenal itu demi menjaga privasi pelanggannya bagaimanapun mendedahkan bahawa perkhidmatan itu dibayar secara tunai.

"Dia hubungi saya saat akhir kerana urgent. Pada mulanya kami pun hairan tetapi mungkin barang yang tertinggal itu adalah satu kecemasan kerana barang yang penting.

"Bagi kami di Elite Jets, apa yang lebih penting adalah perkhidmatan disediakan mengikut kemahuan dan memuaskan hati pelanggan," katanya, sambil menambah bahawa sekurang-kurangnya dua atau tiga jam diperlukan sebelum penerbangan, bergantung kepada kesediaan pesawat dan destinasi.

Sumber Mstar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/01/vip-sewa-jet-peribadi-rm300000.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Sewa Jet Peribadi Ini Kadar Untuk 1 Jam Ahli Perniagaan Wanita Terkenal Pernah Sewa Rm291k Kerana Tertinggal Barang

Nak Sewa Jet Peribadi Ini Kadar Untuk 1 Jam Ahli Perniagaan Wanita Terkenal Pernah Sewa Rm291k Kerana Tertinggal Barang

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 905 hits
Sekiranya anda teringin menaiki pesawat peribadi untuk sesatu urusan kini anda boleh menyewanya secara khas atau catar Yang penting ada wang yang banyak Walaupun kebiasaannya mereka yang menggunakan perkhidmatan catar jet peribadi terdiri d...
Menteri Luar Lebih Suka Cakap Dengan Media Dari Diplomat Negara Lain

Menteri Luar Lebih Suka Cakap Dengan Media Dari Diplomat Negara Lain

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 474 hits
Husin teringat masa isu panas Malaysia dan Singapura Saifuddin Abdullah ajak Singapura bertenang Lalu Diplomat ini pernah bertemu Saifuddin pada pertengahan tahun dan rasanya dapat lihat gelagat Saifuddin Setiap kali ada apa apa dia suka na...
5 Fhoto Liyana Jasmay Dikecam Mendedah Aurat Di Luar Negara

5 Fhoto Liyana Jasmay Dikecam Mendedah Aurat Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 900 hits
Menerusi laman Instagram pelakon yang kecil molek Liyana Jasmay telah memuatnaik gambar dirinya mengenakan snowcap baru baru ini ketika bercuti ke luar negara Namun begitu gambar berkenaan menerima kecaman netizen kerana hanya memakai mengg...
Sepanjang 2018 Kemenlu Selesaikan 73 000 Lebih Kasus Wni Di Luar Negeri

Sepanjang 2018 Kemenlu Selesaikan 73 000 Lebih Kasus Wni Di Luar Negeri

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 202 hits
Retno mengatakan upaya penyelesaian segala kasus yang menimpa WNI sebagai bentuk konsistensi pemerintah memperkuat perlindungan warga negaranya dari tindak pidana perdagangan orang
Tip Bercuti Insuran Travel Luar Negara Yang Patut Korang Ambik Tahu

Tip Bercuti Insuran Travel Luar Negara Yang Patut Korang Ambik Tahu

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 413 hits
Baru baru ini kita dikejutkan dengan pasangan suami isteri melanggar pejalan kaki di Krabi Thailand Keluarga mangsa menuntut sehingga rm500 ribu Setelah berbincang mereka setuju untuk mengurangkan hingga rm200ribu Suami isteri tersebut juga...
Mingguan Malaysia Rungkai Harga Barang Tahayul Rm70 Sehingga Rm25 000

Mingguan Malaysia Rungkai Harga Barang Tahayul Rm70 Sehingga Rm25 000

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 421 hits
Hasil penelitian Mingguan Malaysia terhadap seorang penjual barangan seumpama itu peniaga terbabit menggunakan konsep bidaan yang mana harga mula adalah di antara RM70 sehingga RM25 000 berdasarkan keunikan dan kelebihannya Harga mula terti...
Transaksi Wang Melebihi Rm25 000 Perlu Dilaporkan Ke Bank Negara Malaysia

Transaksi Wang Melebihi Rm25 000 Perlu Dilaporkan Ke Bank Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 353 hits
Selari dengan pengumuman bank negara yang dibuat sebelum ini bermula pada 1 Januari 2019 kesemua transaksi wang melebihi RM25 000 perlu dan bakal dilaporkan ke Bank Negara Malaysia Langkah yang dibuat ini sejajar dengan idea bank negara unt...
Merisaukan Setip Hari Agensi Bank Luar Negara Turunkan Penarafan Dan Unjuran Ekonomi Kita

Merisaukan Setip Hari Agensi Bank Luar Negara Turunkan Penarafan Dan Unjuran Ekonomi Kita

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 281 hits
Agak merisaukan sebenarnya bila saya membaca setiap hari ada agensi dan bank luar negara menurunkan penarafan dan unjuran ekonomi kita Minggu lepas Guan Eng marah apabila media utama Jepun Nikkei mengeluarkan laporan yang sangat negatif ten...
Beli Rumah Atau Sewa Rumah Mana Satu Pilihan Anda

Beli Rumah Atau Sewa Rumah Mana Satu Pilihan Anda

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 445 hits
BELI RUMAH ATAU SEWA RUMAH MANA SATU PILIHAN ANDA Berat rasa tajuk hari ni Tapi Ummi cuba juga kongsi mana termampu Masing masing ada pendapat tersendiri
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik