“Pegawai tersebut telah mengacukan pistol dengan membuat ugutan jenayah. Ramai saksi yang melihat kejadian tersebut,” tulis laman itu.Pegawai polis disiasatPolis sedang menjalankan siasatan terhadap aduan seorang peniaga burger di Taman Rasah Jaya dekat sini yang mendakwa ditumbuk dan diacukan pistol oleh seorang pegawai polis yang kini tular dalam media sosial.Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan bahawa polis telah menerima aduan daripada kedua-dua pihak iaitu pegawai polis berkenaan dan peniaga burger tersebut.“Kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 dan 353 Kanun Keseksaan.“Kes ini dah lama. Mungkin berlaku salah faham antara pegawai polis dan peniaga tersebut,” katanya di sini hari ini.Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, polis telah menerima laporan daripada peniaga burger berusia 30 tahun itu pada pukul 3.15 pagi, 9 Januari lalu.Dalam aduan itu, katanya, dua lelaki telah datang ke gerai burger beliau kira-kira pukul 1.30 pagi hari berkenaan dan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis.“Dua lelaki itu telah meminta kad pengenalan pengadu untuk diperiksa tetapi tidak diberikan dengan alasan mereka tidak menunjukkan kad kuasa polis.“Pengadu juga menyatakan salah seorang lelaki itu kemudiannya telah menumbuk mukanya dan berlaku pergelutan antara mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Hock Poh berharap orang ramai tidak perlu tular kes itu di media sosial kerana siasatan secara adil telah dimulakan sejak 9 Januari lalu terhadap kedua-dua pihak berkenaan.Di bawah ini rakaman video berkenaan sila klik untuk menonton.Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh berkata ini kerana kes berkenaan kini dalam siasatan.“Orang ramai tidak perlu tularkan kes ini kerana siasatan secara adil telah dimulakan sejak 9 Jan lepas terhadap kedua-dua pihak ini dan kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini.Beliau berkata demikian mengulas mengenai tular sebuah video di media sosial hari ini yang mendakwa dua anggota polis daripada Bukit Aman bertindak mengasari seorang peniaga burger di Taman Rasah Jaya di sini.Mengulas lanjut, Thiew berkata polis telah menerima laporan polis daripada pada 9 Jan lepas daripada pengadu.Sumber dari BeritaPanas|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |