Video Khairi Jamaludin Menjawab Video Ketua Pembangkang


 
HAMZAH RIE NA


Siapa yang terkedu sekarang wahai para lebaiaun? Sebelum nak meyokong periksa dahulu dan lihat dahulu sejarah si KJ tu. Tapi mcm Kita semua ketahui Pas cerdik maka kiamat lah dunia ni!

 
ULASAN
 

VIDEO KHAIRI JAMALUDIN MENJAWAB VIDEO KETUA PEMBANGKANG 

 

Oleh Hassan Abdul Karim

 

Malang bagi Malaysia. Bangunan Parlimen 17 tingkat senyap dan  sunyi. Dewan Rakyat dan Dewan Negara terkunci pintu-pintunya.

 
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan platform media sosial melalui video untuk meluahkan fikirannya terhadap program vaksinasi kebangsaan terutama dari segi proses pemerolehan vaksin itu dari luar negara.
 
Kemudian, Menteri Sains dan teknologi (MOSTI) yang mengetuai Program Vaksinasi Kebangsaan, Khairi Jamaludin yang bertanggungjawab dalam mendapatkan vaksin tersebut dari para pengeluarnya telah menjawab dakwaan Ketua Pembangkang. Juga melalui video yang kemudian tular di internet untuk tatapan warga nitizen.
 
Kalaulah  kita boleh anggap kedua-dua video, sama ada video Anwar Ibrahim dan Video Khairi Jamaludin yang disebut di atas tadi dikira sah dan tulen serta jelas dan terang, tiada sangsi-sangsi lagi dan boleh dianggap keterangan yang boleh diterima pakai, bukannya hanya dengar cakap atau hearsay, maka terjawab juga kerinduan rakyat Malaysia akan perdebatan yang menarik antara dua tokoh tersebut, Ketua Pembangkang dan Menteri MOSTI. 
 
Sepatutnya perdebatan berkualiti ini berlangsung di dalam Parlimen, bukannya di alam maya melalui video.Tetapi dalam keadaan tiada rotan, maka akar pun berguna, maka saya cuba mengulas tentang apa yang Menteri Khairi Jamaludin katakan sebagai pembelaannya terhadap dakwaan Ketua Pembangkang.
 
Khairi menyatakan beliau telah menghadiri pendengaran di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan Parlimen (Public Account Committee atau PAC) bagi menjelaskan secara terperinci berkaitan proses pemerolehan vaksin, seperti soal harga, syarikat yang terlibat, jenis vaksin dan kontrak perjanjian. Saya boleh mengesahkan pernyataan Khairi itu benar, kerana saya hadir di Parlimen sepanjang sidang bulan Disember 2020 itu, walaupun saya bukan anggota PAC.
 
Tetapi satu perkara yang Khairi Jamaludin lupa memberitahu orang ramai melalui videonya itu, ialah, bahawa Laporan pendengaran berkenaan pemerolehan Vaksin dihadapan PAC itu tidak dibentangkan di dalam Dewan Rakyat kerana Parlimen telah digantung kemudiannya dan PAC tidak dibenarkan bersidang sepanjang penggantungan parlimen tersebut sehingga sekarang. 
 
Jadi ahli-ahli Parlimen dan orang awam tidak dapat membaca dan meneliti Laporan PAC yang amat penting itu. Inilah satu kesan buruk dari penggantungan Parlimen. Maka penjelasan Khairi Jamaludin di dalam videonya itu hanyalah bersifat penjelasan sepihak sahaja tanpa Ketua Pembangkang dapat memeriksa Laporan PAC yang tidak sempat dibentangkan itu,  akibat Parlimen digantung. Saya boleh mengesahkan bahawa Laporan PAC itu tidak dibentangkan di Parlimen kerana saya berada di dalam Dewan Rakyat sehingga hari terakhir  persidangan. Tidak ada Laporan PAC tersebut dibentangkan.
 
Walaupun sudah terlambat, tetapi saya percaya demi kebaikan rakyat dan negara, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya segera membuka sidang Parlimen, sekurang-kurangnya khusus untuk isu pemerolehan vaksin, program vaksinasi kebangsaan dan perang menamatkan Pandemik Covid-19.
 
Saya percaya Khairi Jamaludin sebagai Menteri yang bertanggungjawab bersedia untuk menghadapi ahli-ahli Parlimen bagi menjelaskan beberapa perkara yang mendesak sekarang, antaranya, pertama, isu mempercepatkan penglibatan kerajaan negeri dalam pemerolehan vaksin. Kedua, isu berkenaan peranan penting sektor swasta untuk membantu meringankan beban kerajaan dalam mendapatkan vaksin untuk para pekerja mereka. Ketiga, Menteri MOSTI itu dapat berkongsi pandangan dan menerima pandangan balas dengan ahli parlimen berkenaan roadmap program vaksinasi kebangsaan.
 
Saya percaya, dalam soal pemerolehan vaksin, program vaksinasi kebangsaan dan perang mengalahkan pandemik Covid-19, Menteri Khairi Jamaludin, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan semua ahli parlimen, baik kerajaan Perikatan Nasional, pembangkang (Pakatan Harapan) ataupun bebas tanpa parti akan berdiri bersama-sama sebagai patriot Malaysia yang sanggup ketepikan politik sempit, pandangan sektarian yang tersisih serta ideologi yang tersasar,  secara bipartisan sedia untuk bekerjasama demi rakyat dan negara. 
 
Ini satu usaha united front melawan musuh bersama. Masih belum lagi terlambat. Jangan terlepas peluang yang amat penting ini untuk selamatkan nyawa rakyat.
 

Sekian

 

Hassan Abdul Karim,

Ahli Parlimen Pasir Gudang

21 Mei 2021 (Jumaat)

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/video-khairi-jamaludin-menjawab-video.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lihat Video Ini Khairi Jamaluddin Kena Hentam Dengan Rakyat Anda Gagal Kalian Kena Jujur

Lihat Video Ini Khairi Jamaluddin Kena Hentam Dengan Rakyat Anda Gagal Kalian Kena Jujur

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 283 hits
NORMAN RADZUAN Dulu ramai yang puji bro tall dark and handsome but now ramai yang kata bro tall dark and hamsap Sekarang kena depan depan baru kau tahu langit tinggi rendah selama hari ini buat sidang video di laman sosial boleh la bro Sela...
Tvlar Video Jelingan Taj4m Elly Mazlein Tampil Menjawab Di Ig

Tvlar Video Jelingan Taj4m Elly Mazlein Tampil Menjawab Di Ig

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 350 hits
Menerusi perkongsian di laman Instagram Elly dilihat ada memuat naik sebuah video t easer yang memaparkan temu bualnya eksklusifnya bersama seorang wanita yang difahamkan telah menjadi p unca kepada berlakunya k es c urang melibatkan lima l...
Panas Penyokong Bedal Ketua Pemuda Pas Dok Share Video Wanita Tak Tutup Aurat

Panas Penyokong Bedal Ketua Pemuda Pas Dok Share Video Wanita Tak Tutup Aurat

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 224 hits
May 10 2021 Bismillah kopiah pon dah tak pakai dah dok share video wanita tidak menutup aurat ini bukan watak pemuda pas yg sebenar tuan sebagai ketua pemuda pas tidak sepatutnya begini maaf sekadar pandangan 2 sen saya
Siap Kucup Batu Nisan Video Kanak Kanak Ziarah Kubur Bapa Sebelum Pkp Buat Ramai Sebak

Siap Kucup Batu Nisan Video Kanak Kanak Ziarah Kubur Bapa Sebelum Pkp Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 317 hits
Umum pasti mengetahui ekoran dari peningkatan mendadak kes Covid 19 di banyak tempat di dalam negara kerajaan semalam telah melaksanakan PKP di seluruh negara bermula 12 Mei ini Berikutan keputusan tersebut SOP bagi Hari Raya Aidilfitri yan...
Video Viral Kerumunan Warga Berjoget Polres Jember Periksa 19 Orang Termasuk Kades

Video Viral Kerumunan Warga Berjoget Polres Jember Periksa 19 Orang Termasuk Kades

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 312 hits
Penyidik juga sudah memeriksa terduga para pelaku dengan barang bukti lima truk dari Jember Sound System Community beserta genset
Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Quartet Songzhuang Z Museum By Team Bldg Weaving Culture Into Architecture

Six Highways 25 Main Roads In Klang Valley To Be Closed For Asean Summit

The Trucks Haven T Changed What I Learned From Growing Up In Army Quarters

Investors Affected By Unauthorised Trades Won T Incur Losses Says Bursa

Revisited Kimchi Jjigae And Mayak Egg Recipe

What Did Trump Really Do About India During His Term Let S Break It Down