Video Kepalabatas Kilang Bebola Ikan Babi Menjijikkan Diserbu


 

Berulang-kali memberitahu kilang mahu ditutup kerana sudah bankrap bagi mengelakkan dikenakan tindakan berikutan keadaan premis menjijikkan.
Begitu alasan diberikan pemilik kilang memproses makanan sejuk beku bukan Islam di Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi, di sini, apabila diserbu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), hari ini.
Dalam serbuan 10 pagi itu, pemeriksaan mendapati tahap kebersihan kilang berkenaan begitu menjijikkan apabila memproses makanan dengan meletakkannya di atas lantai hingga menyebabkan ia dihurung lalat dan lipas selain terdapat tahi tikus yang dijumpai di celah-celah peralatan yang digunakan.
Pegawai Kesihatan BKKM JKNPP Mohd Wazir Khalid berkata, walaupun produk berkenaan dipasarkan kepada bukan Islam, namun pihaknya mengutamakan aspek kebersihan supaya tidak berlaku keracunan makanan.








"Tahun lalu, kita sudah memberi amaran dan nasihat kepada pemilik kilang ini, tetapi tidak diendahkan selain tiada sebarang penambahbaikan dilakukan, bahkan pekerja juga tidak mengambil suntikan tifoid.
"Dalam soal siasat, pemiliknya tidak habis-habis beri alasan kilang dah nak tutup sebab bankrap tapi dalam rekod sudah 50 tahun beroperasi dan berulang-ulang melakukan kesalahan sama," katanya selepas mengadakan operasi di kilang itu, di sini.
Mohd Wazir berkata, pihaknya juga bimbang berikutan terdapat sesetengah produk bebola yang dikeluarkan tidak mempunyai label sekali gus akan menimbulkan kekeliruan terutama kepada pengguna muslim.
"Kita dapati terdapat percampuran pada bahan ikan dan daging babi dalam proses menghasilkan bebola, dan apa yang menjadi kekeliruan terdapat bungkusan yang tidak mempunyai label.
"Bagi produk yang mempunyai label (jenama) pula ditulis dalam tulisan Cina yang menyalahi undang-undang kerana setiap produk dikeluarkan wajib mempunyai tulisan bahasa Melayu kerana produk-produk makanan seperti ini kebiasaannya dijual di pasar basah," katanya.
Katanya, berikutan kesalahan itu, pihaknya bertindak menutup kilang terbabit selama dua minggu mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 selain mengeluarkan tiga notis di bawah Peraturan 32 akta sama atas kesalahan pengabaian kebersihan diri ketika mengendalikan makanan.
"Pada masa sama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri juga mengambil tindakan ke atas pemilik berikutan kesalahan sukat timbang dan menyimpan minyak masak tanpa kebenaran.
"Selain itu, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MBSP) pula mengambil tindakan berikutan pejabat kilang itu beroperasi tanpa lesen," katanya.
Seramai 43 anggota penguat kuasa dari JKNPP, KPDNHEP dan MBSP terbabit dalam Op Tegar itu.
Harian Metro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/02/kepalabatas-kilang-bebola-ikan-babi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kilang Bebola Ikan Diserbu Kotor Sarang Serangga Dan Makhluk Perosak

Kilang Bebola Ikan Diserbu Kotor Sarang Serangga Dan Makhluk Perosak

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 247 hits
150 total views 150 views today KEPALA BATAS 8 Feb Sebuah kilang pemprosesan bebola ikan di sini diarah tutup selama 14 hari untuk kerja kerja pembersihan selepas lipan lipas lalat dan najis tikus ditemukan di premis berkenaan Pegawai Kesih...
Kilang Proses Bebola Ikan Campur Babi Berusia 50 Tahun Diarah Tutup

Kilang Proses Bebola Ikan Campur Babi Berusia 50 Tahun Diarah Tutup

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 351 hits
MOHD Wazir Khalid menunjukkan produk bebola ikan yang dipek oleh sebuah kilang di Kepala Batas Pulau Pinang hari ini yang beroperasi dalam keadaan kotor serta tidak mematuhi SOP ditetapkan KEPALA BATAS Hendak seribu daya tak hendak seribu d...
Video Ikan Pari Naik Darat

Video Ikan Pari Naik Darat

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 377 hits
KUALA SELANGOR Penduduk di sekitar daerah ini dikejutkan dengan kehadiran ratusan ikan pari terdampar di Pantai Sungai Kajang di sini semalam Kejadian itu tular menerusi video dan beberapa keping gambar di laman Facebook memaparkan orang ra...
Bukitminyak Kilang Bungkus Semula Minyak Masak Subsidi Diserbu

Bukitminyak Kilang Bungkus Semula Minyak Masak Subsidi Diserbu

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 296 hits
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang menyerbu dua kilang yang dipercayai membungkus semula minyak masak bersubsidi untuk dijual pada harga lebih mahal di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak di sini hari in...
Kilang Minuman Keras Dipercayai Tertua Dunia Dijumpai Di Tapak Arkeologi Mesir

Kilang Minuman Keras Dipercayai Tertua Dunia Dijumpai Di Tapak Arkeologi Mesir

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 283 hits
KAHERAH Sekumpulan ahli arkeologi berjaya menemukan sebuah tapak dipercayai kilang minuman keras tertua di dunia di salah satu tapak arkeologi Mesir purba Menurut Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Barangan Antik Mostafa Waziri kilang itu di...
Video Cdc Telah Membuang Pernyataan Bahawa Vaksin Tidak Menyebabkan Autism Dari Laman Mereka

Video Cdc Telah Membuang Pernyataan Bahawa Vaksin Tidak Menyebabkan Autism Dari Laman Mereka

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 308 hits
Sementara itu data kajian sebenar menunjukkan v4ks n berkemungkinan dan boleh menyebabkan autism
Cara Membina Kolam Ikan Dibawah 1000 Ringgit

Cara Membina Kolam Ikan Dibawah 1000 Ringgit

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 432 hits
Hobi membela ikan kolam makin diminati oleh orang ramai khususnya bagi mereka yang tinggal di rumah teres mahupun banglo Jika tinggal di apartment atau kondominium agak suka mencari ruang yang sesuai Tambahan pula untuk kolam kelihatan cant...
Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air

Mr D I Y S Invites Malaysians To Celebrate Merdeka With Bersama Satu Bazaar

Jawatan Presiden Fam Bakal Bertukar

My Chemical Romance Mama Chord

Thunderstorm Warning Until 2am For Kl Putrajaya Selangor And 5 Other States

Ultimate Healthy Summer Recipes With Ground Turkey

Aneka Jenis Kuih Di Book Mark Cafe Keningau

Pelancong Israel Lunyai Dibelasah Penghuni Resort


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Olahragawati Mssm 2025 Izzatul Musfirah

Resipi Sotong Masak Hitam Pedas Tapi Tak Guna Kicap

Penantian Luka Sebuah Kisah Cinta Yang Tidak Dijaga

Servis Ihsan Madani Perodua 2025

Sleep Therapy Untuk Insomnia 4 Alasan Utama Dan 5 Prosedur Medis Ampuh Yang Harus Gen Z Tahu

Makan Makan Di Anjung Senibong Seafood Sempena Hari Jadi Indah