Cara Membina Kolam Ikan Dibawah 1000 Ringgit


Hobi membela ikan kolam makin diminati oleh orang ramai khususnya bagi mereka yang tinggal di rumah teres mahupun banglo. Jika tinggal di apartment atau kondominium, agak suka mencari ruang yang sesuai. Tambahan pula untuk kolam kelihatan cantik, lantai kolam mestilah berada beberapa kaki lebih dalam dari aras tanah.
Ramai peminat ikan koi mengatakan untuk ikan koi membesar dengan baik, kedalaman air merupakan antara aspek penting sewaktu merekabentuk kolam ikan koi tersebut. Kedalaman yang sesuai amat penting untuk pertumbuhan fizikal ikan-ikan tersebut. Air yang dalam mampu menstabilkan suhu air kolam dengan baik dan ini digemari oleh sebarang jenis ikan.
Sebenarnya aku merancang untuk membina kolam ikan sendiri dan untuk tujuan itu, aku telah melayari Youtube untuk melihat apakah bahan yang digunakan dan bagaimana membina kolam ikan koi tersebut. Agak banyak masa juga aku peruntukkan untuk melihat idea-idea kolam ikan minimalis. Aku sukakan reka bentuk kolam ikan minimalis kerana ia lebih mudah untuk diselenggarakan. Terutamanya kurang berlumut, itu yang penting kerana faktor masa perlu diambilkira. Terlalu sibuk dengan urusan kerja ditambah pula urusan pemantauan hal-hal yang berkaitan dengan persekolahan anak-anak, sudah tentulah aku tidak mempunyai banyak masa untuk kerap membersihkan kolam ikan.
Seandainya kita melihat dari sudut artistik, sudah tentulah kolam ikan yang menggunakan reka bentuk semulajadi lebih menarik akan tetapi ia menjadi berserabut jika pokok-pokok disekeliling tidak dijaga dengan baik. Manakala batu-batu yang diletakkan di beberapa bahagian kolam mungkin akan berlumut dengan cepat. 
Berikut adalah video YouTube yang menarik mengenai pembikinan kolam ikan. Ideanya simple dan murah, hanya memerlukan bajet kurang dari RM1000 sahaja.



Langkah pertama yang dilakukan oleh tukang kolam ikan ialah membersihkan tapak binaan kolam. Dalam video tersebut, tukang tidak menggali tapak, mungkin keadaan memaksa beliau untuk tidak menggali lubang. Antara sebabnya mungkin didalam tanah tersebut mempunyai paip air, paip najis yang melintasi tapak kolam.
Tukang tidak menggunakan dinding rumah, sebaliknya membina dinding kolam yang berasingan. Ini satu langkah yang bijak di mana paip-paip air/udara dapat disorokkan dibelakang dinding. Kelebihan yang lain pula ialah jika berlaku masalah kebocoran kolam, perkara ini hanya melibatkan dinding kolam sahaja bukan di dinding rumah. Proses baik-pulih tidak akan melibatkan dinding rumah.
Terdapat saluran air overflow jika berlaku kemasukan air berlebihan contohnya dari air hujan dan lubang bottom drain diletakkan dibahagian tengah kolam. Dibahagian penapis terdapat 3 petak yang bertujuan menapis kekotoran di petak pertama dan kedua. Di petak ketiga diletakkan pam air bertujuan mengepam air naik ke bahagian air pancut.
Berikut adalah kos yang dinyatakan dalam video YouTube tersebut yang berjudul "Kolam Ikan Koi Minimalis 3 Jutaan | Proses dari Awal Sampai Jadi dengan Rincian Biaya".




Wow! Hanya 3.2 juta rupiah Indonesia dan ini bersamaan dengan 938 ringgit Malaysia. Bolehkah dengan kos bahan-bahan yang digunakan dan kos upah tukang sebanyak itu digunakan di Malaysia.
Jawapannya ialah TIDAK. Mana mungkin kos di Malaysia serendah itu. Cuba lihat pada kos upah 950,000 rupiah bersamaan dengan 275 ringgit. Upah tukang untuk 2 orang selama 6 hari, bermakna sehari kos upahnya ialah RM45. Dari jumlah RM45 dibahagi kepada 2 orang dan akhirnya seorang ang menerima upah RM22.50.
Betul ke kiraan kos yang dinyatakan oleh pemilik video YouTube tersebut. Jika kos upah itu benar, maka tidak hairanlah ramai warga Indonesia memilih untuk mencari rezeki di Malaysia dalam sektor pembinaan. Tukang Indonesia jika tidak silap aku bergaji kurang lebih RM90 sehari di Malaysia. Jika 6 hari untuk menyiapkan kolam ikan dengan 2 orang pekerja, ini bermakna kos upah membina kolam ikan di Malaysia ialah RM1,080.
Aku tidak pasti ukuran sebenar kaca yang digunakan. Mengikut kos yang dinyatakan ianya hanyalah RM64. Di Malaysia untuk cermin biasa (bukan tempered glass) berketebalan 10mm untuk saiz 1kaki x 5kaki berharga RM250. Agak murah kos bahan binaan di Indonesia. Jika ada pembaca blog ini yang berasal dari Indonesia, sila komen dan sila sahkan samada benar kos bahan binaan memang begitu harganya di Indonesia.
Walau apapun, pujian harus diberikan kepada pemilik video YouTube tersebut kerana sudi berkongsi tatacara membina kolam ikan beserta dengan paparan kosnya. Setidak-tidaknya pembaca blog ini dapat sedikit idea membina kolam ikan dan menyediakan bajet yang bersesuaian dengan bahan binaan yang perlu dibeli.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://transformasirumah.blogspot.com/2021/02/cara-membina-kolam-ikan-di-bawah-1000.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Goreng Ikan Yang Mudah Dan Sedap

Cara Goreng Ikan Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 369 hits
Cara Goreng Ikan Yang Mudah Dan Sedap Nak goreng ikan ada caranya Bukan gaul garam dan kunyit je dan boleh goreng Semua orang pun pandai goreng ikan hehe iya ke Cuba tanya kekawan sebelah tu pandai goreng ikan tak Kalau tak kena caranya ika...
Resipi Pais Ikan Kembung Sedap Boleh Masak Cara Kukus Atau Bakar

Resipi Pais Ikan Kembung Sedap Boleh Masak Cara Kukus Atau Bakar

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 307 hits
Bagi penggemar hidangan Pais Ikan Kembung boleh cuba resipi perkongsian saudari Nur Suhadah Sanusi ni Sangat ringkas namun membuka selera Sesuai bagi anda yang tak punya banyak masa di dapur Nak masaknya pun mudah Boleh guna air fryer magic...
Hiburan Aliff Syukri Pancing Ikan Kolam Depan Rumah Netizen Tampil Kongsi Menu Resipi Ikan Talapia

Hiburan Aliff Syukri Pancing Ikan Kolam Depan Rumah Netizen Tampil Kongsi Menu Resipi Ikan Talapia

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 483 hits
Usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri baru baru ini ada berkongsikan aktiviti harian bersama isteri dan anak anaknya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua yang dilaksanakan kini serta sekian lama sibuk mengendalikan ...
10 Cara Menghadapi Dosen Pembimbing Yang Pemarah

10 Cara Menghadapi Dosen Pembimbing Yang Pemarah

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 226 hits
Dosen pembimbing yang mudah marah adalah mimpi buruk bagi banyak mahasiswa Para mahasiswa bisa takut tertekan hingga merasa pusing ketika harus berhadapan dengan sang dosen Padahal sifat dosen tersebut bisa membuat mereka mengerjakan skrips...
Bayi Dah Benar Benar Bersedia Makan Makanan Pejal Ini Petandanya Pakar Kongsikan Tip Cara

Bayi Dah Benar Benar Bersedia Makan Makanan Pejal Ini Petandanya Pakar Kongsikan Tip Cara

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 313 hits
Setiap ibu pastinya menjadi cukup teruja dan gembira bila anak sudah memasuki usia 6 bulan Mana tidaknya mempersiapkan anak dengan makanan pejal dan proses untuk memperkenalkan bayi dengan deretan makanan adalah satu momen yang cukup indah ...
Cara Aktifkan Debit Card Cimb Clicks Langgan Netflix Dengan Mudah

Cara Aktifkan Debit Card Cimb Clicks Langgan Netflix Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 577 hits
Cara Aktifkan Debit Card CIMB Clicks Langgan Netflix Dengan Mudah Ini adalah artikel untuk bantu tunjuk cara aktifkan kad debit CIMB secara online guna CIMB Clicks Artikel ini juga akan tunjuk cara untuk langgan Netflix guna kad debit CIMB ...
Cara Cuci Duit

Cara Cuci Duit

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 213 hits
BOB KELANANGCara ustaz pasial cuci duit rasuah yang bodoh hanya walaun tolol Kais pagi makan pagi
Cara Latih Anak Tidak Bersikap Boros

Cara Latih Anak Tidak Bersikap Boros

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 418 hits
Banyak kebaikan amalan menabung Budaya menabung membolehkan jumlah yang banyak dikumpul secara sedikit sedikit Pepatah sedikit sedikit lama lama jadi bukit adalah di antara nasihat yang mendidik agar masyarakat menabung hasil pendapatan ata...
Mudahnya Cara Buat Google Form Semasa Pkp

Mudahnya Cara Buat Google Form Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 369 hits
Cara buat Google Form memang mudah sangat tanpa perlu kan coding atau teknikal setting sangat Google form menjadi keperluan semenjak PKP sejak Mac 2020 lagi kerana ia menjadi salah satu medium penting untuk merekod sebarang info maklumat be...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord