Kilang Proses Bebola Ikan Campur Babi Berusia 50 Tahun Diarah Tutup


MOHD. Wazir Khalid menunjukkan produk bebola ikan yang dipek oleh sebuah kilang di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini yang beroperasi dalam keadaan kotor serta tidak mematuhi SOP ditetapkan.  
KEPALA BATAS: – ‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’.
Alasan sama yang diberikan seorang pemilik kilang memproses makanan di sini termasuk ‘hampir bankrap’ serta ‘tidak akan beroperasi lagi selepas ini’ untuk tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) setiap kali diperiksa akhirnya memakan diri.
Ketua Unit Penguatkuasaan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan negeri, Mohd. Wazir Khalid berkata, lebih mengecewakan, operasi kilang itu masih berjalan seperti biasa sejak hampir 50 tahun lalu hingga ke hari ini walaupun mendakwa akan ditutup.
“Walaupun ia adalah kilang memproses produk makanan untuk mereka yang bukan beragama Islam, namun proses penyediaannya kotor dan dipenuhi dengan pelbagai serangga seperti lipas dan lalat.
“Kita percaya jika keadaan ini berterusan boleh mengundang masalah baharu iaitu keracunan makanan terhadap pengguna dan kita tidak akan berkompromi dalam hal ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd. Wazir ditemui selepas mengetuai Op Tegar melibatkan lebih 40 anggota daripada beberapa agensi termasuk Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri serta Majlis Bandaraya Seberang Perai.
Selain masalah kebersihan, katanya, beberapa kesalahan lain yang turut dikesan termasuk tidak terdapat penggunaan bahasa Melayu pada produk berkenaan walaupun diproses serta dihasilkan di negara ini.
Pada masa sama, kata beliau, wujud kebimbangan berlaku percampuran daging atau produk makanan berasaskan khinzir dengan ikan tersebut yang turut diproses di kilang sama.
“Kita khuatir sebab tidak ada logo yang mengatakan terdapat penggunaan daging khinzir untuk produk berkenaan lebih-lebih lagi diproses untuk diedarkan ke pasaran di seluruh Pulau Pinang terutama di pasar-pasar basah dan sebagainya,” ujar beliau.
Susulan operasi itu katanya, tiga notis kompaun dikeluarkan terhadap pemilik kilang tersebut di bawah Peraturan 32 yang melibatkan kebersihan diri atau pengendali dengan lima pekerja dikompaun RM300.
Selain itu beliau berkata, operasi kilang tersebut diarahkan tutup selama dua minggu di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 untuk kerja-kerja pembersihan.
“Selain KKM, KPDNHEP turut mengeluarkan tiga kompaun iaitu dua berkaitan akta sukat dan timbang manakala satu berkaitan kesalahan menyimpan minyak masak tanpa kebenaran pihak berwajib,” katanya.
Beliau memberitahu, kesalahan pejabat yang beroperasi tanpa lesen yang sah pula telah dikompaun oleh MBSP. – UTUSAN ONLINE
The post Kilang Proses Bebola Ikan Campur Babi Berusia 50 Tahun Diarah Tutup appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/08/kilang-proses-bebola-ikan-campur-babi-berusia-50-tahun-diarah-tutup/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kilang-proses-bebola-ikan-campur-babi-berusia-50-ta

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Kepalabatas Kilang Bebola Ikan Babi Menjijikkan Diserbu

Video Kepalabatas Kilang Bebola Ikan Babi Menjijikkan Diserbu

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 474 hits
Berulang kali memberitahu kilang mahu ditutup kerana sudah bankrap bagi mengelakkan dikenakan tindakan berikutan keadaan premis menjijikkan Begitu alasan diberikan pemilik kilang memproses makanan sejuk beku bukan Islam di Jalan Datuk Haji ...
Kilang Bebola Ikan Diserbu Kotor Sarang Serangga Dan Makhluk Perosak

Kilang Bebola Ikan Diserbu Kotor Sarang Serangga Dan Makhluk Perosak

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 236 hits
150 total views 150 views today KEPALA BATAS 8 Feb Sebuah kilang pemprosesan bebola ikan di sini diarah tutup selama 14 hari untuk kerja kerja pembersihan selepas lipan lipas lalat dan najis tikus ditemukan di premis berkenaan Pegawai Kesih...
Dipercayai Enggan Buat Makanan Untuk Adik Wanita Didakwa Siram Anaknya Berusia 10 Tahun Dengan Air Panas

Dipercayai Enggan Buat Makanan Untuk Adik Wanita Didakwa Siram Anaknya Berusia 10 Tahun Dengan Air Panas

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 308 hits
155 total views 98 views today Gara gara kerana enggan membuatkan makanan untuk adiknya seorang wanita tergamak menyiram anak kandungnya sendiri dengan air panas dan mencukur rambutnya serta melemparkan periuk ke arah anaknya itu pada Disem...
Penemuan Mumi Berusia 2 000 Tahun Dengan Jimat Emas Di Mesir

Penemuan Mumi Berusia 2 000 Tahun Dengan Jimat Emas Di Mesir

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 263 hits
Penemuan Mumi Berusia 2 000 Tahun dengan Jimat Emas di Mesir Tim arkeolog gabungan Mesir dan Dominika berhasil menemukan 16 pemakaman di kuburan batu yang populer di era Yunani dan Romawi Dari beberapa temuan satu yang mengejutkan adalah mu...
Pameran Baru Kaitkan Lukisan Berusia Hampir 200 Tahun Dengan Sastera Melayu

Pameran Baru Kaitkan Lukisan Berusia Hampir 200 Tahun Dengan Sastera Melayu

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 307 hits
SINGAPURA Banyak unsur alam semula jadi sering dimasukkan ke dalam sastera Melayu seperti pantun syair dan gurindam Namun ada antara haiwan dan tanaman itu tidak diketahui umum bentuk dan rupanya kerana jarang ditemui atau di ambang kepupus...
Lelaki Terkejut Rupanya Dia Diperas Ugut Oleh Anak Lelakinya Sendiri Yang Berusia 11 Tahun

Lelaki Terkejut Rupanya Dia Diperas Ugut Oleh Anak Lelakinya Sendiri Yang Berusia 11 Tahun

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 300 hits
Bulan lalu seorang lelaki dari Ghaziabad India telah membuat laporan polis mengenai satu rancangan penggodam memeras ugut keluarganya Rajiv Kumar mengadu bahawa akaun e melnya telah digodam pada 1 Januari dan sejak itu dia menerima ancaman ...
Sistem Monorel Berusia 120 Tahun Di Jerman Menerima Koc Generasi Baharu

Sistem Monorel Berusia 120 Tahun Di Jerman Menerima Koc Generasi Baharu

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 208 hits
Wuppertal Schwebebahn ialah sistem monorel tergantung tertua di dunia kerana telah beroperasi sejak 1901 Ia terletak di bandar Wuppertal Jerman dan mempunyai rangkaian trek sepanjang 13 kilometer Walaupun berusia lebih seabad ia masih berop...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman

Pelajar Umpsa Berdepan Detik Cemas Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Lpt