Video Azmin Saya Tak Rasa Itu Palsu Diva Aa




Selebriti Azwan Ali - atau juga dikenali dengan nama Diva AA - mendakwa pemuda yang mengaku mengadakan hubungan intim dengan abangnya pernah datang beberapa kali untuk berbincang.

Kata Azwan, dalam pertemuan itu yang berlangsung sebelum pilihan raya umum lalu, pemuda terbabit - Haziq Abdullah Abdul Aziz - mengajaknya untuk berkomplot bagi menjatuhkan Azmin Ali.

Katanya Haziq juga pernah bersumpah untuk menjatuhkan Azmin "pada bila-bila masa".

"Dia mendakwa berkawan baik dengan Azmin dan bersumpah pada saya untuk jatuhkan abang saya pada bila-bila masa. Akhirnya ia benar-benar berlaku. Nampak tak perancangan mereka?" katanya yang dihubungi Malaysiakini semalam.
Awal pagi tadi Haziq membuat pengakuan melalui rakaman video bahawa dia adalah orang yang sedang bercumbu dengan lelaki lain - didakwanya Azmin - dalam sebuah bilik hotel di Sandakan, Sabah.

Kata Haziq, kejadian itu dirakam tanpa pengetahuannya.


Kenal hati budi abang

Setakat ini dia berkhidmat sebagai setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin, yang juga ketua penerangan PKR.

Petang ini Azmin mendakwa pendedahan itu sebagai fitnah bersifat jahat dan kejam, bertujuan untuk mencemar reputasinya.

Beliau yang juga menteri hal ehwal ekonomi menambah, peguam sudah diberi arahan untuk meneliti tindakan undang-undang yang boleh diambil ke atas pihak yang membuat tuduhan ke atasnya.

Azwan berkata turut datang bersama Haziq ialah seorang individu lain yang mendakwa bekerja sebagai pembantu peribadi abangnya.

“Bagi mereka Azmin tak layak duduk di atas," katanya.

Azwan yang beberapa kali pernah mencetuskan kontroversi serta bertanding menentang Azmin di Bukit Antarabangsa dalam PRU lalu bagaimanapun 'lega' dengan dakwaan Haziq itu.

“Baguslah mereka buat perkara begini untuk buka mata rakyat yang buta ni, well done, dan saya tak rasa video itu palsu,” katanya.
Menurut Azwan ada sebab-sebab tertentu mengapa dia tidak menyertai komplot berkenaan.

Dia yang mengaku cukup "mengenali hati budi" Azmin berkata, anggota parlimen Gombak itu tidak perlu berdolak-dalih menafikan perkara tersebut.

Azwan, 53, juga menggesa Azmin supaya bertanggungjawab untuk tampil membersihkan nama keluarga dan adik-beradik mereka.

Menganggap apa yang menimpa Azmin sebagai kifarah, Azwan berkata, Azmin perlu bermuhasabah akibat perbuatannya memfitnah dirinya di depan ibu mereka, Che Tom Yahaya.

"Ini karma Tuhan bayar tunai sebab hina saya depan Mak Tom, ia juga jadi punca saya tak lawat mak waktu mak sakit sampai dicap anak derhaka," katanya.

Che Tom meninggal dunia pada 18 Februari, 2017 pada usia 82 tahun selepas diserang angin ahmar.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/06/video-azmin-saya-tak-rasa-itu-palsu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vedio Itu Tulin Atau Palsu Azmin Perlu Jawab Yes Or No

Vedio Itu Tulin Atau Palsu Azmin Perlu Jawab Yes Or No

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 567 hits
Yang lain TU betul lah polis akan siasat Bukankah Azmin sudah nafikan Nafi APA Nafi itu bukan dia Nafi itu bukan Haziq Nafi vedio itu palsu Sudah tentu setakat ini sesiapa pun tidak boleh mengesahkan vedio itu palsu atau tidak Haziq sendiri...
Selepas Laporan Berita Australia Dedah Video Itu Ori Ini Reaksi Azmin

Selepas Laporan Berita Australia Dedah Video Itu Ori Ini Reaksi Azmin

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 443 hits
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata tidak adil bagi mana mana pihak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung video s3eks yang didakwa melibatkan dirinya memandangkan kes itu masih dalam siasatan Selepas Laporan berita Austr...
Video Semburit Azmin Pakar Australia Sahkan Video Adalah Tulen Tiada Manipulasi Dan Tiada Editing

Video Semburit Azmin Pakar Australia Sahkan Video Adalah Tulen Tiada Manipulasi Dan Tiada Editing

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 1719 hits
MALAYSIAKINI Pertubuhan media Australia SBS News telah meminta pandangan beberapa pakar mengenai klip seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali Laporan itu menyatakan bahawa walaupun tidak dapat mengesahkan jika orang...
Pakar Sahkan Video Tidak Diubah Adakah Azmin Mereka Menjelaskan

Pakar Sahkan Video Tidak Diubah Adakah Azmin Mereka Menjelaskan

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 442 hits
Pakar bersetuju bahawa tidak ada sebarang pengubahan digital telah dibuat terhadap video yang dikatakan melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali Namun mereka tidak dapat mengesahkan orang dalam video tersebut ialah Azmin Menurut lapor...
Azmin Lembaga Displin Pkr Perlu Siasat Dalang Sebar Video

Azmin Lembaga Displin Pkr Perlu Siasat Dalang Sebar Video

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 434 hits
KUALA LUMPUR Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat perlu menyiasat dalang di sebalik penyebaran video seks yang dikaitkan dengan anggota parti itu baru baru ini Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata jika parti mahu...
Video Hebatnya Kamu Yakinnya Kamu Haziq Dengan Megah Mengaku Perbuatan Songsang Dengan Azmin Ali

Video Hebatnya Kamu Yakinnya Kamu Haziq Dengan Megah Mengaku Perbuatan Songsang Dengan Azmin Ali

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1935 hits
Haziq Aziz secara steady nya dan juga formal mengakui di hadapan netizen semalam bahawa beliau adalah individu yang dilihat bersama seorang lelaki mirip Menteri yang sedang bertebaran di laman sosial media Hebatnya Kamu Yakinnya Kamu HaziqI...
Tiba Tiba Dap Yang Dahulunya Galak Dedahkan Klip Video Dan Rakaman Skandal Seks Jadi Senyap Sunyi Dalam Isu Azmin Haziq

Tiba Tiba Dap Yang Dahulunya Galak Dedahkan Klip Video Dan Rakaman Skandal Seks Jadi Senyap Sunyi Dalam Isu Azmin Haziq

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 1265 hits
Sedar atau tidak dalam kemelut terbaharu yang menyaksikan Azmin Ali terpaksa mendapatkan bantuan daripada Mufti Wilayah Persekutuan untuk mewujudkan persepsi tidak bersalah dan suci di mata masyarakat terutama sekali di kalangan penyokong d...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Can Schools Build Karakter

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Mca To Field Local Candidates For Sabah Polls Wee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Redha Seorang Ibu

Pelajar Pasti Al Barakah Maran Berusia Enam Tahun Wakili Pahang Dalam Acara Khutbah Alam Ria Pasti Kebangsaan

Jadi Best Seller Meme Koleksi Editan Foto Fery Suriadi Ini Sangat Fenomenal

Kuewtiaw Kerang Untuk Minum Petang

Iya Kalau Numpang Negeri Orang Mesti Nak Tunjuk Pandai Lebih

Pm Anwar Sokong Usaha Perdamaian Pakistan Afghanistan