Video Gaya Macam Chef Umur Dua Tahun Sudah Tidak Kekok Di Dapur Dari Pisau Plastik Ke Meja Dapur



Baru berusia dua tahun tujuh bulan namun Syazwi Nufail Syazwan sudah ada minat memasak malah ringan tulang membantu ibunya, Nurul Nazireen Khazali di dapur.
Bukan setakat itu, Syazwi juga tidak kekok menggunakan peralatan seperti pisau untuk memotong bahan masakan dengan pengawasan oleh ibunya.
Kata orang-orang tua dan bijak pandai dahulu kala, “melentur buluh biarlah daripada rebungnya” Maksudnya mengajar anak-anak biarlah dari kecil, jangan ditunggu sampai sudah besar pula. Begitulah hebatnya orang-orang tua dahulu dalam berbahasa.
Sama seperti posting yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Facebook, Nurul Nazireen Khazali yang berkongsi tips bagaimana dia memupuk minat anaknya untuk memasak dari kecil.
Menerusi perkongsian itu, dia memberitahu mendidik anaknya Syazwi atau lebih mesra disapa Chef Wi itu memasak pada usianya yang baru 2 tahun 6 bulan.

Malah anak kecil itu juga dilihat turut membantu ibunya dalam penyediaan bahan seperti memotong sayur, mengisar bahan dan tidak kekok menggunakan mixer, blender, pisau dan peralatan dapur yang lain.
Nurul Nazireen, 29, yang menetap di Kampung Panchor, Seremban, Negeri Sembilan berkata, dia menyedari minat Syazwi ketika anak tunggalnya itu berusia dua tahun.
VIDEO DIBAWAH:- Berikutan itu, Nurul Nazireen membelikan peralatan asas dan kerusi khas untuk kegunaan Syazwi ketika membantunya memasak di dapur.
“Mulanya, Syazwi hanya gemar melihat saya memasak namun kini, dia turut sama menyediakan bahan memasak.
“Lazimnya, saya akan mula memasak makanan tengah hari bermula jam 11.30 pagi dan sudah menjadi rutinnya untuk menemani saya setiap hari di dapur.
“Malah, dia juga yang menjadi pembantu saya ketika di dapur kerana akan menolong memotong bahan seperti cili dan lain-lain lagi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Nurul Nazireen berkata, anak tunggalnya itu seorang yang cepat belajar hingga sudah mengenali dan mengingati beberapa nama bahan asas masakan.
Sebagai ibu, Nurul Nazireen kagum cuma tidak mengambil mudah sebaliknya sentiasa mengawasi Syazwi bagi mengelak berlakunya perkara tidak diingini.
“Syazwi seorang yang mendengar kata dan tidak akan masuk ke dapur sendiri tanpa saya.
“Saya pula menggunakan periuk aruhan (induction cooker) di dapur jadi tidak perlu risau kerana ia hanya akan berfungsi jika suis dihidupkan.
“Selalunya saya beri dia tugas memotong saja tetapi ada kalanya turut beri dia peluang menggaul masakan di dalam kuali,” katanya.
Menurutnya, suaminya, Syazwan Abdullah, 31, mulanya risau melihat kecenderungan Syazwi.

“Keluarga saya juga khuatir cuma cuba yakinkan mereka yang semuanya dalam keadaan terkawal.
“Lagipun, saya tidak memaksa Syazwi sebaliknya dia sendiri yang minat membantu saya memasak di dapur.
“Saya ada berkongsi kisah itu di Facebook (Fb) dan ramai memberi komen positif cuma ada juga mengecam tetapi saya terima kerana faham mereka risau jika sesuatu yang buruk berlaku kepada Syazwi,” katanya.
Menurutnya, terlalu awal untuk dia menentukan hala tuju Syazwi tetapi akan beri galakan sekiranya anaknya itu mahu serius dalam bidang kulinari apabila dewasa kelak.

Lumrah anak-anak ialah meneroka dan mencuba benda baru. Kita sebagai ibu bapa perlu yakin dan percaya pada anak namun pada masa yang sama juga perlu meletakkan had pada mereka.

Semoga bermanfaat kepada ibu bapa yang ingin memupuk minat anak-anak dari kecil untuk belajar memasak. Sumber: Facebook 

The post [VIDEO] Gaya Macam Chef…Umur Dua Tahun, Sudah Tidak Kekok Di Dapur..”Dari Pisau Plastik Ke Meja Dapur” appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/22/video-gaya-macam-chef-umur-dua-tahun-sudah-tidak-kekok-di-dapur-dari-pisau-plastik-ke-meja-dapur/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=video-gaya-macam-chef-

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hebatnya Syazwi Gaya Macam Chef Baru 2 Tahun Tak Kekok Pun Memasak

Hebatnya Syazwi Gaya Macam Chef Baru 2 Tahun Tak Kekok Pun Memasak

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 231 hits
Baru usia dua tahun langsung tak kekok untuk memasak dan melakukan kerja kerja rumah Macam tak percaya tapi ini adalah realiti buat si cilik Syazwi Nufail bin Syazwan yang sekarang ini berusia 2 tahun 6 bulan Menurut ibunya Nurul Nazireen K...
Eh B Gel Ke Lain Macam Je Padam Dan Tutup Ruangan Komen Netizen Video Zahida Rafik Dikecam

Eh B Gel Ke Lain Macam Je Padam Dan Tutup Ruangan Komen Netizen Video Zahida Rafik Dikecam

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 220 hits
Masih ingat dengan pelakon Zahida Rafik Beliau yang kini lama mendiamkan diri dalam industri lakonan kini kembali dengan foto foto menarik beliau Terbaru menerusi ruangan instagram Zahida beliau telah mendapat perhatian setelah berkongsi sa...
Polisi Buru Dua Pria Bawa Linggis Pembunuh Nenek 80 Tahun Di Bandung

Polisi Buru Dua Pria Bawa Linggis Pembunuh Nenek 80 Tahun Di Bandung

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 221 hits
Seorang nenek bernama Dewi Romlah ditemukan meninggal dunia dengan luka di bagian kepala Polisi masih memburu pelaku untuk mengungkap kasus ini
Video 17 Tahun Ditinggal Gadis Ini Menitis Air Mata Tengok Ayah Bahagia Dengan Keluarga Lain

Video 17 Tahun Ditinggal Gadis Ini Menitis Air Mata Tengok Ayah Bahagia Dengan Keluarga Lain

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 218 hits
Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya mahu hubungan yang dibina berkekalan dan bahagia hingga ke hujung nyawa Namun begitu tiada sesiapa yang mampu mengubah takdir yang tertulis Perpisahan dalam rumah tangga mungkin antara jalan peny...
Usia 0 7 Tahun Bermainlah Dengan Anak Umur 8 14 Disiplinkanlah Mereka Baru Sempurna

Usia 0 7 Tahun Bermainlah Dengan Anak Umur 8 14 Disiplinkanlah Mereka Baru Sempurna

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 245 hits
Waktu kecil anak hanya sekali saja Terlepas momen ini dah tak boleh diulang semula Sebab itulah antara usia 0 7 tahun bermainlah dengan anak Umur 8 14 tahun disiplinkanlah anak Jika ibu bapa rajin meluangkan masa bermain dengan anak ketika ...
Kerajaan Setuju Benarkan Pelanggan Makan Di Premis Satu Meja Dua Orang Jarak Satu Meter

Kerajaan Setuju Benarkan Pelanggan Makan Di Premis Satu Meja Dua Orang Jarak Satu Meter

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 227 hits
PUTRAJAYA Kerajaan bersetuju untuk membenarkan pelanggan makan di premis Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini juga turut mengumumkan semua sektor runcit yang masih ada akan dibenarkan dibuka mulai esok dan seterusny...
Nak Anak Umur 4 6 Tahun Laju Baca Ini Tekniknya Lebih Berkesan Mudah Ingat

Nak Anak Umur 4 6 Tahun Laju Baca Ini Tekniknya Lebih Berkesan Mudah Ingat

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 392 hits
Ramai ibu bapa merungut susahnya nak ajar anak baca dengan lancar Hari ini ajar esok dah lupa Sampai suara pun dah naik turun tiap kali mengajar Bila fikir sekali patutlah tak boleh nak jadi cikgu Tahap kesabaran cepat tergugat Menerusi apa...
Sebut Saja Nak Makan Apa Tak Kekok Di Dapur Datuk Seri Vida Pamer Bakat Kacak Masak Nasi Lemak

Sebut Saja Nak Makan Apa Tak Kekok Di Dapur Datuk Seri Vida Pamer Bakat Kacak Masak Nasi Lemak

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 314 hits
Selain Cik B pengusaha kosmetik terkenal Datuk Seri Vida turut mempunyai anak lelaki iaitu Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Kacak di kalangan peminat DSV Sumber Instagram Dato Seri Vida nbsp Sering memuat n
Hiburan 4 Tahun Aku Jaga Aib Didakwa Buat Video Perli Netizen Isteri Shuk Sahar Tampil Pertahankan Diri

Hiburan 4 Tahun Aku Jaga Aib Didakwa Buat Video Perli Netizen Isteri Shuk Sahar Tampil Pertahankan Diri

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 496 hits
Baru baru ini isteri kepada pelawak Shuk Sahar membuat pendedahan berani mengenai kecurangan suami buat kali kedua Perkara tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata rata bersimpati dengan nasib yang menimpanya Malah merek...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur