Suami Koma Isteri Lepas Pantang Dijangkiti Kuman Dalam Icu Baby Pula Masuk Wad


Tiada siapa pun yang minta diuji dengan sakit tetapi jika ujian ini diberikan, hanya kekuatan dan doa dipohon untuk mengembalikan semangat. Begitulah situasi yang dialami oleh pasangan suami isteri ini apabila Allah uji suami koma kerana menghadapi masalah berkaitan paru-paru.
Bukan itu saja, isteri pula baru habis pantang anak kedua dan dijangkiti kuman dalam darah turut dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) baru-baru ini.
Berkongsi mengenai kisah pasangan ini, sepupu iaitu Emmy Farhany Ahmad berharap orang ramai dapat terus mendoakan kesembuhan pasangan ini untuk kembali sihat dan dapat membesarkan anak bersama-sama.
Gambar hari raya bersama anak sulung tahun lalu. Suami isteri dan anak kedua masuk hospital
Dalam gambar Ini sepupu saya Fatin Elika Elisya dan suaminya Aizameen Haqim bersama anaknya. Mereka ada lagi seorang baby girl baru umur 2 bulan dan Fatin baru je habis pantang.
Apa yang cuba saya nak sampaikan berat ujian sepupu saya sekeluarga ni. Mulanya suaminya kena semput kronik kerana memang ada masalah dengan paru-paru yang sekian lama. Masa kena serang tu suaminya dikejarkan ke hospital dan dimasukkan icu. Sekarang dalam keadaan koma. Dalam tak sedar dah hampir 2 minggu dah sebenarnya. Sepupu saya Fatin berharap yang suaminya boleh diselamatkan.
Malam tadi pula. Sepupu saya Fatin pula dimasukkan ke icu kerana ada jangkitan kuman dalam darah. Fatin terlalu lemah. Mulanya suspek denggi. Bila darah drop Fatin terus rebah sampai biru muka. Maybe terlalu berat nak menanggung ujian dan tekanan emosi dalam keadaan baru je habis pantang bersama 2 anak. Berat lagi ujian dalam mereka suami isteri di icu, hari ini baby pulak warded. Beberapa hari ini baby kena cirit birit sampai berak berdarah. Tu yang pergi hospital rupanya baby pun tak okay.
Menurut sepupu, si suami sememangnya mempunyai masalah paru-paru sejak sekian lama. Selepas diserang semput kronik, suami dikejarkan ke hospital dan koma.
Mungkin kerana terlalu tertekan, si isteri pula jatuh sakit dan disyaki ada jangkitan kuman dalam darah. Apa yang lebih meruntun hati, bayi yang baru berusia dua bulan turut dimasukkan ke wad kerana masalah kesihatan.

Anak sulung dijaga mak saudara
Dah la baby dari dalam pantang kena sawan tangis. Setiap malam nangis tanpa henti. Puas berubat tapi tak dapat ubati. Hanya mengurangkan sikit saja. Anak sulung pun tengah tak sihat. Demam eczema teruk. Kesian si abang. Saat ini si abang dijaga oleh mak saudaranya.
Mohon terus doakan mereka
Jadi saya nak menyeru kepada insan-insan yang mengenali saya please doakan untuk sepupu saya ni sekeluarga. Berikan kesihatan kepada Fatin dan babynya serta anak sulungnya. Doakan ada sinar buat Aizameen sedar dari koma dan mereka boleh sekeluarga bersama membesarkan anak-anak.
Moga doa kalian diangkat oleh Allah SWT dan hanya Dia saja juga yang dapat membalasnya. Berat ujian sepupu saya tanggung. Kuat dik Fatin.. Along dan semua family Haji Sahri sayang ko dik. Sebak sangat. Saat ni rasa macam useless sangat sebab tak boleh balik kampung bagi moral support dekat family.
Sementara itu, dalam posting terbaru Emmy Farhany, dia mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana tak sangka perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai.
Terima kasih atas doa-doa kalian. Tak sangka post saya berkenaan sepupu saya Fatin Elika Elisya & Aizameen Haqim serta 2 anaknya semalam dapat perhatian rakyat Malaysia. Bukan saja posting saya, ada juga insan diluar sana serta blog-blog share post saya sehingga viral mendoakan Fatin dan Amenn.. Syukur… Tq semua…
Kenangan beraya baru-baru ini ketika mengandungkan anak kedua Isteri dah sedar, suami masih koma
Melalui info terkini yang dikongsi oleh kakak Fatin, setakat ini Fatin dah sedar cuma masih lemah. Bagaimanapun, suaminya masih lagi koma dan menerima rawatan rapi.
Anak kedua pasangan ini yang turut dimasukkan ke wad juga dah mula menunjukkan perkembangan baik dan dah tak berak berdarah.
Kredit: Emmy Farhany Ahmad
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

The post Suami Koma, Isteri Lepas Pantang Dijangkiti Kuman Dalam ICU, Baby Pula Masuk Wad appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/suami-koma-isteri-lepas-pantang-dijangkiti-kuman-dalam-icu-baby-pula-masuk-wad/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa 2 Anak Yang Koma Terpisah Dalam Icu Bersama Isteri Telah Dijemput Ilahi

Bapa 2 Anak Yang Koma Terpisah Dalam Icu Bersama Isteri Telah Dijemput Ilahi

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 336 hits
Beberapa hari lalu tular kisah bapa dua anak Aizameen Haqim Abd Razak yang koma manakala isteri lepas pantang dimasukkan juga ke ICU kerana jangkitan kuman dalam darah dan bayi baru lahirnya dimasukkan ke wad kerana cirit birit dan najis be...
Ini Sebab Suami Isteri Kena Tahu Mengapa Rezeki Tak Masuk

Ini Sebab Suami Isteri Kena Tahu Mengapa Rezeki Tak Masuk

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 460 hits
Ini Sebab Suami Isteri kena Tahu Mengapa Rezeki Tak Masuk Pernah tak kita terfikir kenapa kita selalu kesempitan duit Selalu je rasa tak cukup walau gaji dah cukup besar diterima setiap bulan Kadang kala kita bergaduh dengan pasangan dan sa...
Nak Tau Tip Untuk Suami Isteri Supaya Rezeki Masuk Tanpa Henti Rugi Tak Baca Ni

Nak Tau Tip Untuk Suami Isteri Supaya Rezeki Masuk Tanpa Henti Rugi Tak Baca Ni

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 522 hits
NAK TAU TIP UNTUK SUAMI ISTERI SUPAYA REZEKI MASUK TANPA HENTI RUGI TAK BACA NI Dalam rumahtangga kita mesti mengharapkan rezeki yang diperolehi itu berkat dan tentunya tak putus putus Tak mustahil tau tu semua asalkan kita berusaha dan jan...
Luluh Hati Isteri Tunggu Masa Bersalin Anak Pertama Suami Pula Dijemput Ilahi

Luluh Hati Isteri Tunggu Masa Bersalin Anak Pertama Suami Pula Dijemput Ilahi

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 336 hits
Hati isteri mana yang tak luluh apabila mendapat perkhabaran suami telah pergi buat selamanya setelah terlibat dalam kemalangan ketika bekerja Lagi perit arwah juga tak berkesempatan untuk melihat bayi yang bakal dilahirkan tak lama lagi Pe...
Suami Salahgunakan Ic Isteri Untuk Daftar Masuk Hospital Untuk Pasangan Curangnya Melahirkan Anak Buat Pinjaman Wang

Suami Salahgunakan Ic Isteri Untuk Daftar Masuk Hospital Untuk Pasangan Curangnya Melahirkan Anak Buat Pinjaman Wang

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 249 hits
Demi membantu pasangan curangnya bersalin lelaki berusia 36 tahun ini sanggup menyalahgunakan kad pengenalan isterinya yang sah untuk mendaftar masuk ke hospital selain menggunakan kad pengenalan itu untuk membuat pinjaman wang Setelah perb...
Tular Kisah Suami Isteri Terpisah Di Icu Aizameen Akhirnya Pergi

Tular Kisah Suami Isteri Terpisah Di Icu Aizameen Akhirnya Pergi

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 260 hits
Ajal maut jodoh dan pertemuan segalanya telah ditentukan olehNya Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan selebihnya takdir yang menentukan segalanya
Hanya Dibenarkan Iqamat Tanpa Pegang Baby Ameer Sofazr Tak Sabar Nak Jumpa Anak Isteri

Hanya Dibenarkan Iqamat Tanpa Pegang Baby Ameer Sofazr Tak Sabar Nak Jumpa Anak Isteri

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 365 hits
Penyanyi Ameer Sofazr meluahkan rasa syukurnya selepas menimang cahaya mata pertama selepas lebih lima tahun berkahwin Biarpun berdepan detik sukar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat namun segalanya dipermudahkan Katanya...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities