Video Detik Cemas Kanak Kanak Bepaut Pada Tingkap Sebuah Bangunan Tinggi Nyaris Terjatuh


Video detik-detik cemas ketika seorang kanak-kanak perempuan yang memerlukan pertolongan di luar tingkap sebuah bangunan akhirnya diselamatkan oleh seorang pemuda lelaki yang merisikokan nyawanya sendiri untuk memberikan bantuan.
Menerusi video yang berdurasi kurang 5 minit tersebut, jelas kanak-kanak tersebut berpaut pada tingkap sebuah bangunan tinggi selama beberapa minit.

Situasi tersebut mengundang rasa tidak senang warga maya. Mujur ada yang sudi membantu dengan mempertaruhkan nyawa sendiri. Jelas kedengaran kanak-kanak tersebut menangis ketakutan. Untuk peringatan, sila awasi anak kecil anda!

Apabila bercakap mengenai penjagaan kanak-kanak, terutamanya anak kecil, ia turut melibatkan keselamatan di rumah dan bukan hanya semasa di luar.
Jom ketahui asas keselamatan yang perlu dititikberatkan di dalam rumah.
 
View this post on Instagram  
A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Keselamatan di rumah untuk penjagaan kanak-kanak
Berikut adalah beberapa peringatan yang perlu ibu bapa ketahui untuk menjaga aspek keselamatan anak semasa berada di rumah:
Keselamatan balkoni
Ini adalah tip untuk memastikan keselamatan di rumah pada bahagian balkoni:
1. Jauhkan bangku, meja dan kerusi daripada pagar balkoni
Ia adalah satu naluri biasa pada kanak-kanak yang ingin memanjat pagar atau perabot untuk melihat pemandangan yang lebih baik. Namun dalam masa yang sama, ia meningkatkan risiko untuk anak terjatuh.
Jika kawasan balkoni anda terhad, sebaiknya biar ia berada dalam keadaan tanpa perabot. Cuma bawa keluar beberapa kerusi jika ingin melayan tetamu di sana.
2. Waspada jarak antara palang pagar balkoni
Jarak antara palang bar di balkoni seharusnya tidak boleh melebihi 4 inci. Ia bertujuan untuk menghalang kanak-kanak walaupun bersaiz kecil untuk melepasi pagar tersebut.
Sekiranya ketinggian balkoni adalah lebih daripada 1 meter di atas paras tanah, ia mesti lah mempunyai pagar atau penghadang.
Ini bermakna jika anda tidak tinggal di kondo atau pangsapuri, tetapi mempunyai teres bertingkat, ia harus mempunyai pagar.
American Academy of Pediatrics (AAP) mencadangkan agar ketinggian pagar balkoni haruslah sekurang-kurangnya 3 kaki atau 1 meter.
3. Pintu ke balkoni sentiasa berkunci, penting untuk penjagaan kanak-kanak
Anak-anak pada masa ini bijak-bijak belaka, malah yang masih kecil sekali pun ada kalanya sudah pandai untuk membuka pintu yang berkunci. Jadi penyelesaian terbaik adalah untuk memasang 2 jenis kunci yang berbeza.
Jika pintu ke balkoni jenis pintu gelangsar atau sliding door, anda boleh meletakkan papan penyelak pada landasan pintu untuk mengelakkan daripada terbuka.
Keselamatan di bahagian dapur
Kebanyakan jenis rumah yang diubah suai atau unit kondo menggunakan susun atur terbuka, menjadikan kawasan seperti dapur mudah diakses untuk semua individu termasuk kanak-kanak.
Jadi pastikan pisau dan peralatan dapur lain diletakkan jauh daripada capaian anak.
Sekiranya perlu, pasang kunci dan selak kalis kanak-kanak (kid-proof lock & latches) pada kabinet dan rak – terutamanya yang menyimpan peralatan berbahaya atau bekalan pembersih seperti peluntur atau semburan beracun.
Gunakan stove guard untuk menutup atau mengunci tombol dapur masakan, pastikan setiap pemegang periuk atau kuali dialihkan ke belakang untuk mengelakkan ia mudah dicapai anak semasa sedang memasak.
Anda juga boleh memasang pengadang sudut pada meja dan kaunter dapur.
Pastikan bilik mandi selamat
Dalam menitikberatkan aspek penjagaan kanak-kanak dan keselamatan di rumah, anda perlu ketahui bahawa bilik air adalah antara tempat berbahaya untuk anak kerana mereka boleh lemas walaupun dalam air takungan yang cetek serta tergelincir.
Anda boleh letakkan tikar getah pada lantai bilik air terutamanya di bahagian pancuran mandian atau tab mandi untuk mengurangkan lantai daripada licin.
Pilih pemanas air yang mempunyai peranti anti-panas atau pasangkan peranti tersebut pada kepala pancuran mandian untuk memastikan kulit anak tidak melecur atau terkena air yang terlalu panas.
Paling penting, jangan pernah meninggalkan anak di dalam bilik mandi tanpa pengawasan.
Bahagian tingkap
Berikut antara aspek keselamatan pada tingkap di rumah, sentiasa pastikan semua tingkap agar:
Tidak dibuka lebih daripada 12.5 cm Mempunyai selak, kunci atau pengadang tingkap untuk menghentikan pembukaan tingkap lebih daripada 12.5 cm Hanya boleh dibuka daripada atas Jauhkan perabot, katil daripada tingkap untuk mengelakkan anak menggunakannya untuk memanjat tingkap Ajar anak untuk bermain jauh daripada tingkap Sentiasa awasi anak yang bermain berhampiran tingkap Lindungi palam elektrik, aspek keselamatan di rumah yang penting Sikap ingin tahu anak terutamanya yang masih kecil membuatkan mereka akan menyentuh segalanya termasuklah soket elektrik. Pastikan setiap palam atau soket elektrik dilindungi menggunakan pelindung keselamatan untuk mengelakkan anak daripada memasukkan jari.
Wayar juga perlu dipastikan sentiasa kemas dan tidak berselirat di lantai – jauh daripada jangkauan anak-anak.
Ajari anak aspek keselamatan di rumah
Tip terakhir dalam memastikan keselamatan anak semasa di rumah adalah dengan mengajar mereka mengenai aspek keselamatan dan mematuhi peraturan apabila berada di kawasan dengan pagar balkoni.
Tetapkan beberapa peraturan asas seperti:
Balkoni adalah kawasan terlarang untuk bermain melainkan bersama individu dewasa
Dilarang memanjat pagar balkoni atau perabot yang terletak di sana
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Kredit info: Hello Doktor, TV3

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post [Video] – Detik Cemas Kanak-Kanak Bepaut Pada Tingkap Sebuah Bangunan Tinggi, Nyaris Terjatuh appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/video-detik-cemas-kanak-kanak-bepaut-pada-tingkap-sebuah-bangunan-tinggi-nyaris-terjatuh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berdepan Detik Cemas Lufya Dipukui Di Kepala Dan Badan Berjaya Gagalkan Cubaan Cuiik Anak Berusia 5 Tahun

Berdepan Detik Cemas Lufya Dipukui Di Kepala Dan Badan Berjaya Gagalkan Cubaan Cuiik Anak Berusia 5 Tahun

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 122 hits
Pelakon Lufya berdepan detik cemas apabila dia mendakwa seorang lelaki cuba mencuIik anak perempuannya Laana Haura ketika berada di taman permainan Ahad lalu Lufya atau pemilik nama penuh Lutfyah Sheikh Omar bersyukur anak dan dirinya se
Bila Bunga Besar Jangan Sesekali Tinggi Suara Uzair Kongsi Detik Elisya Bersalin

Bila Bunga Besar Jangan Sesekali Tinggi Suara Uzair Kongsi Detik Elisya Bersalin

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 171 hits
Selepas kelahiran cahaya mata sulung pada 18 Jun lalu suami kepada pelakon Elisya Sandha Uzair Haqimy menitipkan ucapan yang cukup istimewa buat anak perempuannya Bunga Elhaq Kata kata yang cukup mendalam maksudnya itu didedikasikan oleh ba...
Video Gelagat Kanak Kanak Berdoa Buat Ramai Terhibur

Video Gelagat Kanak Kanak Berdoa Buat Ramai Terhibur

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 154 hits
Tidak dinafikan kadang kadang telatah kanak kanak boleh membuatkan kita ketawa bila melayan karenah mereka Sesekali bila melayan telatah mereka kita akan merasa lega dan terasa tekanan akan hilang bila berdepan dengan kanak kanak yang comel...
Pandai Buat Lawak Ye Video Kanak Kanak Ketawa Berdekah Bila Lihat Kucing G1git Rumput

Pandai Buat Lawak Ye Video Kanak Kanak Ketawa Berdekah Bila Lihat Kucing G1git Rumput

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 196 hits
Tak dinafikan ramai yang suka membela kucing di rumah kerana kecomelan mereka ini Namun ada kalanya kucing sering melakukan perkara perkara di luar jangkaan dan memeningkan kepala pemilik mereka Haiwan kesayangan seperti kucing ini sudah te...
Tragedi Kanak Kanak 11 Tahun Lemas Terjatuh Tali Air

Tragedi Kanak Kanak 11 Tahun Lemas Terjatuh Tali Air

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 145 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas selepas dikatakan terjatuh di tali air di Kampung Chengal Lempung Kuantan Pahang Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Zulfadli Zakaria berkata mang...
Video Penceria Kanak Kanak Era 90 An Ramai Tak Sangka Beto Kusyairy Di Sebalik Maskot Along

Video Penceria Kanak Kanak Era 90 An Ramai Tak Sangka Beto Kusyairy Di Sebalik Maskot Along

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 175 hits
Nampaknya selepas karakter Wahid hasil lakonan Beto Khusairy dalam filem Mat Kilau nama pelakon ini kembali menjadi perhatian ramai Diakui Beto Kusyairy antara pelakon yang cukup berbakat besar dan berilah apa juga watak buatnya pasti dapat...
Tanda Tanda Baligh Bagi Lelaki Dan Perempuan Yang Patut Anda Ambil Tahu Video

Tanda Tanda Baligh Bagi Lelaki Dan Perempuan Yang Patut Anda Ambil Tahu Video

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 345 hits
AssalamualaikumBagi ibu bapa yang dikurniakan anak mesti mengajarkan kepada anak anda tentang akil baligh sebelum umur mereka sudah sampai masanya Hal ini merupakan perkara penting yang mesti diambil perhatian supaya bila anak anda sudah sa...
Detik Detik Wakil Ketua Banggar Jatuh Usai Sampaikan Laporan Pada Puan Maharani

Detik Detik Wakil Ketua Banggar Jatuh Usai Sampaikan Laporan Pada Puan Maharani

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 129 hits
Detik Detik Wakil Ketua Banggar Jatuh usai Sampaikan Laporan pada Puan Maharani Wakil Ketua Badan Anggaran DPR RI Muhidin Muhammad Said tiba tiba ambruk seusai memberikan laporan hasil pembahasan RAPBN 2023 kepada Ketua DPR RI Puan Maharani...
Logan Paul Sah Sertai Wwe Kongsi Detik Tandatangan Kontrak

Logan Paul Sah Sertai Wwe Kongsi Detik Tandatangan Kontrak

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 127 hits
BINTANG laman sosial Amerika Syarikat Logan Paul mengesahkan dia kini menyertai World Wrestling Entertainment secara rasmi Melalui perkongsian di laman Twitter dan Instagram miliknya dia menjelaskan sudah menandatangani kontrak bersama syar...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Perkampungan Sunnah Ke 9 Kangar Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk