Video Azmin Setiausaha Sulit Sedia Lawan Fitnah Habis Habisan




Satu laporan qazaf akan dibuat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di Putrajaya esok berhubung pengakuan seorang pemuda yang mendakwa melakukan hubungan intim dengan sorang menteri dalam satu video yang tular semalam.

Hal ini dimaklumkan setiausaha politik kepada menteri hal ehwal ekonomi, Hilman Idham.

Qazaf atau perbuatan melemparkan tuduhan zina merupakan suatu kesalahan syariah.

Menurut Hilman pihaknya akan berbuat demikian selepas satu laporan polis berhubung perkara itu dibuat terlebih dahulu.

"Esok InsyaAllah jam 10 pagi, satu laporan polis akan dibuat terhadap satu pengakuan jenayah oleh seorang pemuda di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

“Kemudian, satu laporan qazaf juga akan dibuat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Putrajaya,” katanya selepas majlis solat hajat dan bacaan Yassin di kediaman Menteri Besar Selangor di Shah Alam, malam ini.

Majlis berkenaan disertai Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon serta beberapa pimpinan PKR yang lain.

Awal pagi tadi, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz membuat pengakuan dirinya merupakan salah seorang individu dalam video seks yang tersebar itu.

Haziq yang juga setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin turut mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK).

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pada hari ini juga menggesa Mahkamah Syariah Sabah segera bertindak ke atas individu yang membuat pengakuan terlibat dalam rakaman video seks menyasarkan seorang menteri kabinet, yang mula tersebar awal pagi semalam.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menggesa agar pemimpin dan anggota PAS tidak menyebarkan video tersebut.

"Sebagai seorang Muslim sikap kita tetap konsisten dengan apa yang syarak pandu, agar tidak membuat tuduhan (qazaf) melainkan kita melihatnya," katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Bersama Azmin sepanjang PRK Sandakan

Petang tadi, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali tampil menafikan beliau terbabit dalam sebuah video lucah yang sedang beredar di media sosial, menyifatkannya sebagai "tuduhan jahat dan kejam."

Selepas penafian itu, pihak yang tidak dikenali menyebarkan satu lagi klip video skandal seks yang dikaitkan dengan timbalan presiden PKR itu dengan menjemput media melalui kumpulan WhatsApp dinamakan "Azmin Ali Part 2/4,".

Dalam pada itu, Hilman berkata pengakuan Haziq merupakan satu fitnah terhadap bekas menteri besar Selangor itu.

Jelas Hilman, sepanjang tempoh kempen PRK di Sandakan dia bersama-sama Azmin.

"Sepanjang Azmin berada di Sandakan dalam tempoh PRK Sandakan, saya berada bersama-sama beliau.

"Saya ada sewaktu beliau tiba di lapangan terbang hingga beliau balik semula ke lapangan terbang," katanya.

Sementara itu, Amirudin menyifatkan penyebaran video berkenaan sebagai fitnah jijik untuk menyekat kemaraan Azmin.

Amirudin mendakwa beberapa kejayaan Azmin sepanjang memimpin kementeriannya termasuk "menggegarkan" Felda kurang disenangi pihak tertentu.

"Ada yang tak senang dan rasa selesa dengan perubahan yang mula dilaksanakan dan akan laksanakan.

"Kita harus ada keyakinan, 20 tahun mengajar kita pelbagai kaedah kejahatan termasuk menggunakan fitnah salah laku seksual sebagai modal politik.

"Fitnah dan kerja-kerja jijik dan jahat ini dilemparkan untuk menghilangkan fokus kita," katanya.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/06/video-azmin-setiausaha-sulit-sedia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sayalah Individu Bersama Dalam Video Viral Semalam Setiausaha Sulit Kanan Pemimpin Pkr Buat Pengakuan

Sayalah Individu Bersama Dalam Video Viral Semalam Setiausaha Sulit Kanan Pemimpin Pkr Buat Pengakuan

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 780 hits
The ReporterViral di media sosial video dua lelaki yang salah seorangnya didakwa menyerupai seorang menteri kabinet sedang melakukan hubungan sejenis dengan pasangannya di sebuah bilik hotel Dalam klip video itu menunjukkan dua lelaki terba...
Kit Siang Bimbang Skandal Video Azmin Boleh Hancurkan Ph

Kit Siang Bimbang Skandal Video Azmin Boleh Hancurkan Ph

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR Skandal video memaparkan individu didakwa seorang menteri Kabinet yang tersebar sejak beberapa hari lepas boleh menyebabkan agenda Malaysia Baharu melalui Pakatan Harapan tersasar daripada landasannya Peringatan itu disuarakan ...
Akhirnya Lim Kit Siang Ulas Juga Berkenaan Klip Klip Video Azmin Haziq

Akhirnya Lim Kit Siang Ulas Juga Berkenaan Klip Klip Video Azmin Haziq

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 765 hits
Pertembungan Mahathir dan Lim Kit Siang akhirnya menjelma ekoran terdedahnya beberapa klip video menjijikkan di media media sosial semenjak seminggu lalu Umum mengetahui Mahathir memberikan cop mohor kepada Azmin Ali untuk menggantikannya s...
Isu Video Azmin Ali Dan Haziq Aziz Mufti Wilayah Beri Komen Teguran Berhikmah

Isu Video Azmin Ali Dan Haziq Aziz Mufti Wilayah Beri Komen Teguran Berhikmah

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 1098 hits
Isu Video Azmin Ali dan Haziq Aziz Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Beberapa hari yang lepas kecoh tentang viral isu video Azmin Ali dan Haziq Aziz Tersebar sehingga masuk berita dan other social media Panas panas The latest Hazi...
Tiba Tiba Dap Yang Dahulunya Galak Dedahkan Klip Video Dan Rakaman Skandal Seks Jadi Senyap Sunyi Dalam Isu Azmin Haziq

Tiba Tiba Dap Yang Dahulunya Galak Dedahkan Klip Video Dan Rakaman Skandal Seks Jadi Senyap Sunyi Dalam Isu Azmin Haziq

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 1034 hits
Sedar atau tidak dalam kemelut terbaharu yang menyaksikan Azmin Ali terpaksa mendapatkan bantuan daripada Mufti Wilayah Persekutuan untuk mewujudkan persepsi tidak bersalah dan suci di mata masyarakat terutama sekali di kalangan penyokong d...
Azmin Pelik Bagaimana Video Mirip Dirinya Boleh Tersebar

Azmin Pelik Bagaimana Video Mirip Dirinya Boleh Tersebar

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 470 hits
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata kepimpinan PKR perlu menjelaskan kenapa pihak yang menyebarkan video seks yang dikatakan memaparkan individu miripnya itu boleh memiliki nombor telefon semua pemimpin cabang parti Azmin be...
Rafizi Kata Skandal Video Akhir Zaman Ujian Untuk Ph Namun Tidak Nafikan Penglibatan Azmin

Rafizi Kata Skandal Video Akhir Zaman Ujian Untuk Ph Namun Tidak Nafikan Penglibatan Azmin

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 741 hits
Sebelum bergelar kerajaan Rafizi Ramli begitu lantang dan berani bukan bukan mempertahankan pemimpin dan partinya Sehingga wujudkan istilah ABU Asal Bukan UMNO dan juga ungkapan Ini Semua Salah Najib Namun kejantanan Rafizi hanyalah bersifa...
Video Semburit Azmin Pakar Australia Sahkan Video Adalah Tulen Tiada Manipulasi Dan Tiada Editing

Video Semburit Azmin Pakar Australia Sahkan Video Adalah Tulen Tiada Manipulasi Dan Tiada Editing

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 1533 hits
MALAYSIAKINI Pertubuhan media Australia SBS News telah meminta pandangan beberapa pakar mengenai klip seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali Laporan itu menyatakan bahawa walaupun tidak dapat mengesahkan jika orang...
Pakar Sahkan Video Tidak Diubah Adakah Azmin Mereka Menjelaskan

Pakar Sahkan Video Tidak Diubah Adakah Azmin Mereka Menjelaskan

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 373 hits
Pakar bersetuju bahawa tidak ada sebarang pengubahan digital telah dibuat terhadap video yang dikatakan melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali Namun mereka tidak dapat mengesahkan orang dalam video tersebut ialah Azmin Menurut lapor...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi