Video Anak M Nasir Tak Malu Tebar Roti Canai


 

Pemegang Diploma Sains Komputer daripada sebuah universiti awam, Nor Aishah Mohd Nasir tidak pernah malu menjadi penebar roti canai di kedai makan diusahakannya di persisiran Jalan Sultan Iskandar Shah, berdekatan Taman Mayang Sari di sini.
Nor Aishah, 30, berkata, pekerjaan itu dilakukan untuk membantu suaminya, Radhi Ramli, 32, yang bekerja sebagai pemandu lori sampah bagi menyara keluarga.
Lepasan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, Pahang itu berkata, kemahiran menebar roti canai dipelajari secara pemerhatian daripada bapanya, Mohd Nasir Ein, 64, yang sudah sekian lama berkecimpung dalam perniagaan makanan itu.
Katanya, minat menceburi bidang perniagaan bermula setahun selepas menamatkan diploma pada 2013 iaitu ketika dia bekerja sebagai pembantu gerai di warung yang diusahakan bapanya itu sementara menunggu peluang kerja.
“Bapa tidak pernah memaksa saya untuk meneruskan legasi perniagaan roti canai. Bahkan teknik menebar roti canai juga saya pelajari melalui pemerhatian sewaktu bekerja di kedai makan bapa.
“Memang pada mulanya saya ingin mencari kerja yang bersesuaian dengan diploma diperoleh namun ditakdirkan, agak sukar mendapatkan pekerjaan dalam bidang itu.
“Sementara menunggu peluang kerja di waktu itu, saya bekerja dengan ayah sebelum mendirikan rumah tangga pada 2016. Selepas berkahwin, saya ambil keputusan untuk teruskan legasi perniagaan bapa dengan membuka kedai makan sendiri,” katanya ditemui di warungnya.
Anak keenam daripada 10 beradik itu berkata, kemahiran menebar roti canai turut dimiliki seorang adik perempuannya berusia 25 tahun selain dua kakaknya, masing-masing berusia 33 dan 35 tahun.
Katanya, adik serta seorang daripada kakaknya turut mengusahakan gerai roti canai di Kuala Kangsar.
Menurutnya, bapa mereka lebih mesra disapa sebagai ‘M Nasir’ oleh kenalan dan penduduk setempat.
“Justeru, penduduk setempat menggelar kami tiga beradik ini sebagai ‘trio anak perempuan M Nasir’,” katanya.
Menurut Nor Aishah, dia tidak lagi berharap untuk beralih bidang dengan bekerja makan gaji sebaliknya mahu fokus untuk mengembangkan lagi perniagaannya.
“Setiap hari, saya tidur jam 10 malam. Ia bagi membolehkan saya bangun awal dan bersiap bermula jam 3 pagi sebelum membuka gerai seawal jam 4.30 pagi. Roti canai biasanya habis dijual jam 10.30 pagi.
“Kebiasaannya, setiap hari, saya menjual tidak kurang daripada 350 roti canai. Alhamdulillah, selain dibantu empat pekerja, suami turut membantu mempersiapkan gerai sebelum dia memulakan tugasnya mengutip sampah jam 6.30 pagi,” katanya.
Menurut Nor Aishah, dia pernah disindir kerana melakukan pekerjaan itu walaupun memiliki diploma namun tidak kisah dengannya.
 
AISHAH sedang menebar roti canai di kedai makan diusahakannya di persisiran Jalan Sultan Iskandar Shah, berdekatan Taman Mayang. FOTO Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
The post [VIDEO] Anak M Nasir Tak Malu Tebar Roti Canai appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/20/video-anak-m-nasir-tak-malu-tebar-roti-canai/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=video-anak-m-nasir-tak-malu-tebar-roti-canai

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mommy Sorry Ok Jangan Malu Nak Minta Maaf Pada Anak Tak Rugi Malah Anak Pun Lembut Hatinya

Mommy Sorry Ok Jangan Malu Nak Minta Maaf Pada Anak Tak Rugi Malah Anak Pun Lembut Hatinya

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 289 hits
Nilai kemaafan adalah sesuatu yang harus dididik pada anak anak kerana ia mampu menjadikan anak itu lebih bertanggungjawab dan berjiwa besar Bayangkan dunia tanpa kemaafan dan dipenuhi kemarahan dan dendam Tak best kan Kita sendiri tidak ta...
Anak Cepat Kenyang Bertenaga Ini 5 Resipi Berasaskan Roti Bijirin Yang Patut Ibu Cuba

Anak Cepat Kenyang Bertenaga Ini 5 Resipi Berasaskan Roti Bijirin Yang Patut Ibu Cuba

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 327 hits
Roti dan bijirin merupakan sumber karbohidrat yang baik untuk anak anak Ia boleh dimakan begitu sahaja atau resipinya boleh dipelbagaikan untuk memikat selera anak Selain memberikan rasa kenyang roti dan bijirin juga membantu tumbesaran si ...
Video Gelagat Anak Merajuk Dengan Ayah Siap Muncung Habis Mulutnya Buat Ramai Gelihati Comel

Video Gelagat Anak Merajuk Dengan Ayah Siap Muncung Habis Mulutnya Buat Ramai Gelihati Comel

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 284 hits
Jika kita lihat kebiasaannya kanak kanak kecil gemar merengek dan menangis jika mereka merajuk dengan ibu bapa Namun lain pula situasi yang berlaku kepada seorang kanak kanak lelaki ini apabila merajuk dengan ayah tular di laman sosial baru...
Unggah Video Dengan Nord Jevin Julian Dipuji Warganet Ini Orang Tua Yang Sudah Siap Punya Anak

Unggah Video Dengan Nord Jevin Julian Dipuji Warganet Ini Orang Tua Yang Sudah Siap Punya Anak

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 250 hits
Belum 3 tahun sang anak udah bisa menghitung hingga mengerti perpaduan warna Bahasa Inggrisnya juga jago
Video Mak Bising Kerusi Dapur Asyik Hilang Bapa Surprisekan Anak Hantu Pubg Dengan Gaming Chair

Video Mak Bising Kerusi Dapur Asyik Hilang Bapa Surprisekan Anak Hantu Pubg Dengan Gaming Chair

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 337 hits
BAGAIKAN tidak lengkap hidup kaki game bermain permainan video dalam talian tanpa kelengkapan seperti kerusi game atau gaming chair Tanpa disangka sangka seorang anak diberikan kejutan berupa kerusi game pemberian hadiah istimewa daripada b...
Video Oii Sumbang Sharifah Shahirah Sabotajj Kerjaya Seni Anak Buat Ramai Terhibur

Video Oii Sumbang Sharifah Shahirah Sabotajj Kerjaya Seni Anak Buat Ramai Terhibur

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 310 hits
Program hiburan di kaca TV ni memang sentiasa ada buat kita para penonton di rumah Bak cendawan tumbuh selepas hujan kata orang tak pernah putus dengan program program baru Terbaharu di TV3 program realiti TV yang berjudul Famili Duo pula m...
Video Suami Buat Kejutan Pulang Ke Rumah Lepas Setahun Terpisah Reaksi Isteri Anak Anak Bikin Sebak

Video Suami Buat Kejutan Pulang Ke Rumah Lepas Setahun Terpisah Reaksi Isteri Anak Anak Bikin Sebak

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 420 hits
Berjauhan dengan insan tersayang merupakan satu momen perit yang tidak dapat digambarkan dengan kata kata Itulah perasaan yang dialami oleh seorang wanita apabila terpaksa menanggung rindu terhadap suami tercinta
Resipi Roti Keju Simple Manis Pedas Bergabung Sekali Letak Anak Anak Berebut

Resipi Roti Keju Simple Manis Pedas Bergabung Sekali Letak Anak Anak Berebut

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 497 hits
Baki roti yang tak habis jangan dibuang begitu sahaja Elakkan pembaziran dengan menyediakan kepingan roti keju dengan chicken floss ringkas ini yang pastinya buat anak makan berebut Mana tidaknya bukan hanya manis dan berlemak bahkan kepeda...
Video Tuju Lagu Sampai Menutup Mata Buat Anak Sulung Nyanyian Elyana Undang Sebak

Video Tuju Lagu Sampai Menutup Mata Buat Anak Sulung Nyanyian Elyana Undang Sebak

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 299 hits
180 total views 180 views today Dendangan lagu Sampai Menutup Mata oleh penyanyi Elyana dalam Instagramnya baru baru ini mengundang sebak peminat dan para pengikutnya Penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu Elyana mendedahkan kanser l...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Polis Lari Lintang Pukang Dengar Bunyi Letupan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yung Kai My Light Chord

Umany Calls Out Um For Defending Direct Intake System

Akmal Urges Expelled Leaders To Set Aside Ego And Rejoin Party

Ba88 4 May Ba88 Top 8 By Derick

Gobaza88 17 Gobaza88 Top 22 By Deidre

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog