Anak Cepat Kenyang Bertenaga Ini 5 Resipi Berasaskan Roti Bijirin Yang Patut Ibu Cuba


Roti dan bijirin merupakan sumber karbohidrat yang baik untuk anak-anak. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau resipinya boleh dipelbagaikan untuk memikat selera anak. Selain memberikan rasa kenyang, roti dan bijirin juga membantu tumbesaran si manja.
Sekiranya diberikan peluang sudah tentu anak-anak lebih sukakan rasa roti manis. Pastikan kita bijak memilih roti terbaik buat mereka. Roti mempunyai vitamin B6, vitamin E, magnesium, asid folik dan zink.
Untuk bijirin pula, ia dapat meningkatkan mood anak-anak sekiranya dimakan pada waktu pagi. Ia juga membantu untuk membekalkan tenaga pantas kepada mereka.
Oleh itu, Pa&Ma telah memilih SUSU sebagai salah satu superfood yang diketengahkan di dalam sesi live #pamaselerasimanjagolive yang telah bersiaran bermula 22-26 Februari 2021. Terdapat lima resipi berasaskan roti dan bijirin telah dikongsikan oleh Pn Fadlyani Sharidah Mohd Fadzil sepanjang minggu ini.
Jom tengok 5 resipi menarik berasaskan ROTI & BIJIRIN ini :
ROTI PISANG (Sesuai untuk anak lapan bulan ke atas dan tiada alahan makanan)

BAHAN-BAHAN :
1-2 keping roti
1 biji pisang
1 biji telur
Sedikit mentega tanpa garam
CARA MEMBUAT :
1. Leperkan roti.
2. Letakkan pisang di hujung roti dan gulung kemudian sapu telur untuk sebagi gam untuk melekatkan.
3. Celupkan roti tadi dalam telur yang telah dipukul.
4. Panaskan mentega dan goreng sampai kekuningan.

ROTI GORENG (Sesuai untuk anak lapan bulan ke atas dan tiada alahan makanan)

BAHAN-BAHAN :
1-2 keping roti
1 biji telur
Sedikit emping parsli
Sedikit serbuk ayam toddible
Sedikit serbuk labu toddible
Sedikit serbuk cendawan toddible
Sedikit mentega tanpa garam
CARA MEMBUAT :
1. Potong roti ikut kesukaan anak makan.
2. Pecahkan telur dan campurkan semua serbuk dan emping parsli.
3. Celup roti tadi ke dalam telur.
4. Panaskan mentega dan goreng roti sehingga masak.

ROTI KEJU (Sesuai untuk anak lapan bulan ke atas dan tiada alahan makanan)

BAHAN-BAHAN :
1-2 keping roti
Sedikit keju blok
1 biji telur
Sedikit serbuk ayam dara toddible
Sedikit serbuk labu toddible
Sedikit herba campuran
Sedikit mentega tanpa garam
CARA MEMBUAT :
1. Leperkan roti dan letak keju yang dipotong nipis di hujung roti.
2. Gulungkan roti dan keju tadi. Sapukan sedikit telur pada hujung roti sebagai gam.
3. Celup gulungan roti tadi dalam telur
4. Panaskan mentega dan goreng roti sehingga kekuningan.

BROWN RICE FLAKE MADU (Sesuai untuk anak berumur setahun ke atas. Untuk anak bawah setahun, boleh gantikan madu dengan puri kurma atau mentega kacang untuk bayi)

BAHAN-BAHAN :
1 cawan kecil emping beras perang toddible
2 sudu madu kelulut atau madu asli secukupnya
100gm mentega tanpa garam
CARA MEMBUAT :
1. Cairkan mentega dan masukkan emping beras perang. Kacau rata.
2. Masukkan dua madu sudu dan kacau cepat. Jangan biarkan hangit.
4. Letak campuran tadi dalam acuan yang sesuai.
5. Masak dalam microwave selama tiga minit pada suhu 380 darjah selsius.

BROWN RICE FLAKE SUSU DAN BUAH (Sesuai untuk anak berusia enam bulan ke atas dan tiada alergi kepada sebarang bahan. Boleh tukar buah mengikut kesukaan anak)

BAHAN-BAHAN :
1 cawan emping beras perang toddible
2 biji strawberi | dipotong nipis
1 cawan beri biru
1 biji pisang | dipotong nipis
Susu ebm / susu segar / susu formula secukupnya
CARA MEMBUAT :
1. Masukkan emping beras perang ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan susu.
3. Susun buah atas emping dan susu tadi.

Mahu resipi superfood yang lain : Klik SUSU, MAKANAN SUNNAH atau BUAH & SAYUR
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Anak Cepat Kenyang, Bertenaga! Ini 5 Resipi Berasaskan Roti & Bijirin Yang Patut Ibu Cuba appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-cepat-kenyang-bertenaga-ini-5-resipi-berasaskan-roti-bijirin-yang-patut-ibu-cuba/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Meronta Geli Pijak Tanah Rumput Ibu Ini Kongsi Jangan Cepat Sangat Pakaikan Kasut Pada Anak

Anak Meronta Geli Pijak Tanah Rumput Ibu Ini Kongsi Jangan Cepat Sangat Pakaikan Kasut Pada Anak

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 345 hits
Ala comelnya kasut baby ni dah borong banyak kasut untuk baby Hari hari nak pakaikan dia kasut walaupun dalam rumah sebab comel Opss tunggu dulu mama sebelum mama borong kasut banyak banyak mama baca dulu perkongsian ini ya Tak salah kalau ...
Puding Roti Pisang Bersos Kastard Ekstra Kenyang Laju Anak Makan

Puding Roti Pisang Bersos Kastard Ekstra Kenyang Laju Anak Makan

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 290 hits
Pisang selalu menjadi kegemaran anak anak kita Namun mempelbagaikannya dalam masakan seperti puding roti ini nampak lain daripada yang lain Jika puding roti biasa hanya berkuahkan sos kastard kali ini ditambahkan dengan potongan pisang yang...
Tingginya Anak Mummy Dah 59cm Zahirah Macwilson Kongsi Ketinggian Anak Teruja Jadi Ibu

Tingginya Anak Mummy Dah 59cm Zahirah Macwilson Kongsi Ketinggian Anak Teruja Jadi Ibu

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 389 hits
Selepas selamat melahirkan bayi lelaki pertamanya pada 5 Januari lalu kemunculan Zahirah Macwilson di Instagramnya sentiasa dinantikan peminatnya Mana tidaknya mereka tidak sabar sabar untuk menatap wajah si comel pasangan Zahirah dan Aiman...
Curi Hp Akbar Ajudan Pribadi Alasan Ibu Ini Untuk Sekolah Daring Anak

Curi Hp Akbar Ajudan Pribadi Alasan Ibu Ini Untuk Sekolah Daring Anak

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 249 hits
Dua pencuri handphone di terminal 3 Bandara Soekarno Hatta yang merupakan anak dan ibu diamankan Polres Kota Bandara Hal tersebut diketahui setelah korbannya Akbar selebgram pemilik akun Ajudan Pribadi melaporkan kejadian itu ke Polres Band...
Risau Tengok Anak Orang Lebih Pandai Dari Anak Sendiri Punca Ramai Ibu Bapa Stres

Risau Tengok Anak Orang Lebih Pandai Dari Anak Sendiri Punca Ramai Ibu Bapa Stres

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 371 hits
Dalam keadaan hari ini semua ibu bapa berlumba lumba nak anak pandai dan berjaya Hasrat itu betul tetapi kita lupa dari aspek psikologi perkembangan anak kita masih lagi gagal jadi ibu bapa yang sepatutnya menyokong setiap kelebihan dan kek...
Jangan Layan Sangat Nanti Dia Mengada Tidak Akan Ada Anak Yang Manja Kalau Ibu Ayah Banyak Luangkan Masa

Jangan Layan Sangat Nanti Dia Mengada Tidak Akan Ada Anak Yang Manja Kalau Ibu Ayah Banyak Luangkan Masa

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 394 hits
Jangan layan sangat budak tu nanti dia manja mengada ngada nasihat si A kepada si ibu Terkadang ada sahaja nasihat yang perlu ibu bapa muda dengar daripada orang sekeliling Maka rasa serba salah untuk mendidik anak anak mengikut cara sendir...
Youtube Memberikan Ibu Bapa Pilihan Kawalan Kandungan Lebih Baik Untuk Anak Remaja

Youtube Memberikan Ibu Bapa Pilihan Kawalan Kandungan Lebih Baik Untuk Anak Remaja

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 220 hits
Menjadi ibu bapa moden adalah amat mencabar kerana tiada ilmu diturunkan dari ibu bapa mereka sendiri tentang cara mengawal masa anak menonton YouTube Berita baiknya ialah pelbagai ciri pada YouTube boleh digunakan untuk mengawal kandungan ...
Anak Asyik Minta Aiskrim Cuba Aiskrim Oreo 2 Bahan Ni Semudah Abc Dah Siap

Anak Asyik Minta Aiskrim Cuba Aiskrim Oreo 2 Bahan Ni Semudah Abc Dah Siap

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 193 hits
Berada lama sepanjang musim PKP ini dapur menjadi ruang paling hot di rumah Bukan hanya suami bahkan anak anaklah merupakan pengunjung paling kerap memasuki dapur Asyik mencari makanan dan kudapan tak ketinggalan membuka peti ais berulang k...
Anak Tak Mahu Jaga Ibu Kudung Ditinggal Tepi Jalan Bersama Beg Baju Amp Pampers

Anak Tak Mahu Jaga Ibu Kudung Ditinggal Tepi Jalan Bersama Beg Baju Amp Pampers

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 325 hits
Kasih dan doa seorang ibu sememangnya amat berharga dan tidak akan ada penggantinya Namun ada juga anak yang sanggup mengabaikan tanggungjawab menjaga mereka ketika mereka sudah dimamah usia Menerusi perkongsian daripada Facebook Lembaga Za...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew