Video Aib Tular Shuk Sahar Isteri Buat Laporan Polis


SHUK dan Sera akan mendakwa individu dipercayai seorang wanita yang menyebarkan video aibnya.


PETALING JAYA – Nama pelawak terkenal, Shuk Sahar kembali bergelegak apabila sepotong video yang didakwa menyerupai sosoknya dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah bilik hotel tersebar dipercayai didedahkan bekas kekasihnya.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, bagaimanapun menafikan bahawa video tersebut adalah video yang baharu dirakamkan.

Perkara tersebut diluahkan Shuk dalam sebuah video perbualan bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera dalam InstaStory.

“Okay itu video baru atau lama?” soal Sera.

“Takkan video baru. Kitakan sedang keluar berdua. Lagi pun badan saya tengah gemuk sekarang ini,” jawab Shuk ringkas.

Dalam satu hantaran berbeza, Shuk menyifatkan pendedahan berani wanita sebagai salah satu bentuk promosi diri untuk mencari pendapatan selepas kehilangan mata pencarian.

“Nak buat macam mana, tengah-tengah tiada kerja, tiada duit, orang pula buka aib.

“Apa yang lepas biarkan berlalu. Jangan jadikan masa silam orang sebagai satu ugutan. Balai polislah cerita,” ujar Shuk yang telah membuat satu laporan polis bersama isterinya malam tadi.

Perkara sama turut dikongsikan Sera menerusi hantaran dalam InstaStorynya dengan memberitahu, dia bersama Shuk akan membawa perkara tersebut ke muka pengadilan.

“Seperti yang mungkin sudah diketahui semua. Sekarang ini tersebar banyak cerita yang tidak enak dan tohmahan sehingga mengancamkan keselamatan suami dan keluarga saya.

“Bagi saya tindakan ini keterlaluan dan kami terpaksa mengambil tindakan undang-undang. Saya tidak mahu komen apa-apa, biar peguam dan pihak berkuasa yang siasat perkara inbi,” ujarnya tegas.

Dalam InstaStory sama, Sera turut berkongsi penjelasan bersama peguamnya, Haziq Subhi.

“Kami dalam proses penelitian. Saya percaya anak guam saya (Shuk dan Sera) telah dianiaya dan terdapat elemen unsur fitnah,” katanya.

Sekadar informasi, pada Julai tahun lalu, tular dalam media sosial mengenai pergolakan rumah tangga Shuk apabila isterinya membuat pendedahan terbuka dalam Instagram.

Bagaimanapun, saat kecurangan Shuk terbongkar, Rossa sendiri dikatakan pernah berbincang secara baik dengan wanita terbabit.

Shuk juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana berlaku curang serta mendapat kemaafan daripada isterinya tahun lalu.

Namun, pada Januari lalu rumah tangga Shuk yang ketika itu bertugas sebagai penyampai radio HotFM itu kembali bergolak selepas dia sekali lagi ditangkap curang oleh Rossa.

Hubungan pasangan itu kembali jernih selepas Shuk mengakui kesilapan dirinya selepas didakwa curang dengan seorang wanita.

Difahamkan, wanita yang sedang menjalin hubungan Shuk itu pernah terlibat dalam kontroversi dipukul bekas kekasihnya iaitu penyanyi kumpulan Hyper Act, Kecik sekitar tahun 2017.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun. Akibat kontroversi rumah tangga yang dianggap mencemarkan imej karier, Shuk menerima padah apabila dipecat daripada terus menjadi penyampai Hot FM. – K! ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/video-aib-tular-shuk-sahar-isteri-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nama Sekali Lagi Terkait Kontroversi Shuk Sahar Buat Laporan Polis

Nama Sekali Lagi Terkait Kontroversi Shuk Sahar Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 154 hits
SEJAK Ahad nama Shuk Sahar kembali menjadi perhatian ramai setelah video pendek yang memaparkan pengacara dan pelawak itu tidak berbaju di dalam sebuah bilik hotel tular di media sosial
Hiburan Shuk Sahar Tenang Jawab Isu Video Tidak Berbaju Atas Katil

Hiburan Shuk Sahar Tenang Jawab Isu Video Tidak Berbaju Atas Katil

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 287 hits
Sebentar tadi kami ada kongsikan pendedahan dari Farah yang menaikkan video menunjukkan seorang lelaki tidak berbaju Kini pelawak Shuk Sahar yang dikaitkan dengan Farah telah menafikan perkara itu kerana ia bukan video baharu seperti didakw...
Polis Sahkan Video Tular Lelaki Terbaring Tepi Jalan Di Kuala Langat Meninggal Akibat Covid 19

Polis Sahkan Video Tular Lelaki Terbaring Tepi Jalan Di Kuala Langat Meninggal Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 235 hits
Sebuah video tular di media sosial memaparkan pasukan perubatan sedang melakukan pemeriksaan ke atas seorang lelaki yang terbaring di tepi jalan Menurut laporan akhbar Kosmo lelaki itu telah disahkan meninggal dunia akibat daripada COVID 19...
Disuruh Buat Kerja Rumah Kanak Kanak Buat Laporan Polis

Disuruh Buat Kerja Rumah Kanak Kanak Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 244 hits
BEIJING Seorang kanak kanak lelaki berusia 14 tahun membuat laporan polis mendakwa bapanya melakukan kegiatan buruh paksa kanak kanak selepas dia disuruh melakukan kerja rumah Insiden itu berlaku di Ma anshan di wilayah Anhui selepas bapa k...
Polisi Jual Vaksin Ke Swasta Otai Reformis Buat Laporan Polis

Polisi Jual Vaksin Ke Swasta Otai Reformis Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 302 hits
Gerakan Otai Reformis 1998 membuat laporan polis pagi tadi terhadap kerajaan Perikatan Nasional yang membenarkan syarikat pembekal vaksin negara menjual produk tersebut kepada pihak swasta dan kerajaan negeri ketika rakyat marhaen masih men...
Laporan Polis Buat Si Penderhaka

Laporan Polis Buat Si Penderhaka

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 204 hits
Bismillahhirrahmannirrahhim 29 Julai 2021 Sebagai rakyat Malaysia berhak membuat laporan polis terhadap PM Kerajaan PN dan Menteri Menterinya yg menyalah guna kuasa jwtn dan membelakangkan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan ...
Polis S Gor Sahkan Joget Di Majlis Bersatu Langgar Sop Laporan

Polis S Gor Sahkan Joget Di Majlis Bersatu Langgar Sop Laporan

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 240 hits
MALAYSIAKINI Polis Selangor dilaporkan mengesahkan pelanggaran prosedur operasi standard bagi mencegah Covid 19 pada majlis yang diadakan April lalu sebagaimana dalam video tular baru baru ini Klip video rakaman itu memaparkan sekumpulan an...
Mp Aktivis Buat Laporan Polis Kerajaan Gagal Lindungi Rakyat Dari Covid 19 Fazli Radzi July 25 2021

Mp Aktivis Buat Laporan Polis Kerajaan Gagal Lindungi Rakyat Dari Covid 19 Fazli Radzi July 25 2021

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 279 hits
Tujuh Ahli Parlimen dan dua aktivis membuat laporan polis hari ini berhubung kegagalan kerajaan Perikatan Nasional mengawal pandemik Covid 19 Ahli Parlimen terbabit ialah Fahmi Fadzil Hannah Yeoh Aziz Jamman Isnaraissah Munirah Dr Kelvin Yi...
Laporan Polis Perlu Di Buat Dan Disiasat Berhubung Pembatalan Darurat 21hb

Laporan Polis Perlu Di Buat Dan Disiasat Berhubung Pembatalan Darurat 21hb

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 208 hits
Semua MP sudah kena lelong Peristiharan darurat yang sepatutnya dibawa ke Parlimen tidak dilakukan dan PEMBATALAN nya di buat tanpa di bawa ke Parlimen Apakah sah sepanjang Masa darurat ITU dilaksanakan PDRM melaksanakan kuasa dibawah satu ...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Video 2 Helikopter Bertembung Ketika Raptai Di Pangkalan Tldm Lumut

9 Tips Mengajar Murid Kelas Belakang

Status Puasa Qadha Puasa 6 Syawal

Pesawat Helikopter Tldm Di Lumut Terhempas

Lirik Lagu Kembali Pulang Feby Putri Ft Suara Kayu

Filem Memoir Seorang Guru