Video 2 Gambar Kita Sedap Tidur Lena Mereka Sedap Berz N4
VIDEO OPERASI CEGAH MUNGKAR UTK – CM SKUAD BADAR SIRI 41/2018 – 21 DIS 2018 (JUMAAT)
KITA SEDAP TIDOQ LENA, SEHINGGA KITA LUPA ANAK BANGSA SEDAP MELAKUKAN PERBUATAN BERZINA…
APA YANG KITA LAKUKAN ADALAH, MEMPERTIKAI DAN TIDAK PUAS HATI TERHADAP SKUAD BADAR KERANA SIBUK KACAU ORANG..
KETAHUILAH, INI ANAK BANGSA KITA YANG SEAGAMA SAUDARA ISLAM..
Kekuatan Anggota Operasi: 25 Anggota
Kekuatan Kenderaan: 4 x Kereta dan 2 x Pacuan 4 Roda 4 x 4
Lokasi: Daerah Kuala Muda.
Tarikh: 21 Dis 2018 (Jumaat)
Masa: 0130 pagi sehingga 0600 pagi.
Sungai Petani: Padang Temusu, Anggota UTK-CM Skuad Badar menggempur lokasi yg dilapurkan oleh orang awam berkaitan aktiviti mungkar.
Sebanyak 4 pasangan bukan mahram berjaya dikeluarkan dari bilik yg disewa dalam Hotel/Motel Budget.
Pasangan wanita yang paling muda berumur 18 tahun berasal dari Kulim Kedah bersama pasangan lelaki berumur 24 tahun berasal dari tempat yang sama.
VIDEO DAN GAMBAR PENUH
SEBELUM INI MUJAHID TELAH MENYELARKAN TINDAKAN SKUAD BADAR DI ATAS MENCEGAH KEMUNGKARAN DI LAKUKAN
Kerajaan sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) bagi operasi penguatkuasaan khalwat yang kini sudah berada di peringkat akhir.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa berkata perkara itu dibuat bagi memberi tatacacara yang betul berkaitan penguatkuasaan khalwat dan ia akan dicadangkan kepada kerajaan negeri.
“Kita dah siapkan satu Jawatankuasa kecil (untuk SOP penguatkuasaan khalwat) dan kita sedang perhalusi dan jika dah siap SOP yang kita cadangkan, kita akan umumkan.
“Tapi kuasa itu tetap duduk pada kuasa negeri-negeri, piawaian itu saya cuba baiki, saya cuma boleh tunjuk (pada negeri-negeri), ini kaedah dia dan saya rasa dah sekian lama SOP ini tidak dibaiki.
“Jadi mungkin dah tiba masa, kita nak selaraskan dan kita ambil praktis yang terbaik,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Dr Mujahid berkata demikian mengulas tindakan kumpulan antikhalwat Skuad Badar yang membuat tarbiah dengan membawa pasangan ditangkap khalwat ke kubur.
Sebuah portal melaporkan pengerusi Skuad Badar Azhaar Mohamad mempertikaikan tindakan pihak yang mempersoalkan cara mereka dalam menangani kegiatan maksiat.
Sebaliknya Azhaar berkata operasi cegah maksiat dan khalwat itu telah dijalankan selama dua tahun di Sungai Petani tanpa sebarang bantahan.
Tanah Perkuburan Masjid Padang Tembusu
Skuad Badar dilapor menjalankan aktiviti sukarela mencari pasangan Islam yang tiada ikatan sah bermadu kasih di hotel-hotel sekitar Sungai Petani.
Menurut Azhaar yang turut dikenali sebagai Ayah Ad, pasukan sukarela itu tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) disebabkan kerenah birokrasi.
“Kali pertama (hantar borang) ditolak, tanpa sebarang sebab.
“Apabila kami hantar kali kedua, ROS kata perlu melalui polis, polis kata perlu melalui pejabat agama, tanya pejabat agama pula mereka kata melalui polis.
“Saya beranggapan, kami sudah berdaftar tetapi mereka yang tidak lulus,” beliau dipetik sebagai berkata.
Pasangan yang ditangkap kumpulan pencegah maksiat ini akan dibawa ke tanah perkuburan di Masjid Padang Temusu bagi sesi tarbiah kerana Skuad Badar percaya kaedah itu berkesan.
Mengulas lanjut berkaitan tindakan kumpulan itu, Mujahid yang juga menteri agama berkata beliau kini sedang menunggu maklumat lengkap daripada kerajaan negeri Kedah.
Katanya lagi, segala tindakan yang ingin diambil seharusnya mengikut tatacara yang betul.
“Itulah sebabnya dari awal saya dah sebut mengenai penguatkuasaan ni, perlu berhati-hati sebab boleh timbulkan persepsi lain.
“Yang terbaik ikut SOP yang ada dan di sebalik kelemahan itu di pihak saya, kita sedang mengetatkan lagi SOP agar (perkara sama) tak berlaku lagi macam sekarang (di Sungai Petani),” katanya.
sumber
The post video & 2 gambar : Kita sedap tidur lena mereka sedap BERZ!N4 appeared first on InfoJe.Com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://infoje.com/video-2-gambar-kita-sedap-tidur-lena-mereka-sedap-berzn4/