Veteran Hollywood Harapkan Pendanaan Awam Untuk Terbit Filem Mh370


Darlene Lieblich Tipton sedia berdepan reaksi negatif dalam usaha untuk “melakukan perkara yang betul”
LOS ANGELES, AS, 5 Mac 2019 –  Didorong hakikat bahawa bahawa keluarga dan rakan 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 “perlu dan layak mendapat pengakhiran sewajarnya”, penggiat veteran Hollywood bertaraf eksekutif kanan, Darlene Lieblich Tipton memutuskan untuk menerbitkan sebuah filem berdasarkan kehilangan pesawat berkenaan yang masih menjadi misteri kepada semua pihak di dunia
 Berbekalkan gambar dan video MH370 yang telah dirakamkan selepas pesawat itu hilang dan belum pernah dipaparkan di mana-mana media sebelum ini, Darlene mengambil langkah pertama bagi menjayakan penerbitan filem berjudul ‘MALAYSIA 370’  dengan mengumpul dana melalui platform pendanaan awam (crowdfunding). Projek filem ‘MALAYSIA 370’ itu didedikasikan bagi memperingati 239 penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines #370. 


 Aktiviti crowdfunding filem ‘MALAYSIA 370’ dimulakan pada 1 Oktober 2018 dengan Darlene sendiri melaburkan sebahagian besar daripada simpanan  peribadinya untuk penerbitan  produksi itu.    “Setakat ini saya telah mengumpulkan lebih daripada RM5.6 juta (USD1.4 juta). Sejumlah RM2 juta (USD500,000) daripada jumlah berkenaan merupakan simpanan persaraan saya, dan selebihnya datang daripada sumbangan rakan-rakan, keluarga, dan penyokong filem terakhir yang saya terbitkan,” kata Darlene. Beliau menambah bahawa kebanyakan dana yang dikumpul setakat ini adalah daripada individu yang pernah bekerja secara peribadi dengannya di Hollywood
 Menurut beliau, “Produksi pembikinan filem berkenaan dijangka menelan kos minima RM 30 juta (USD7.5 juta), dan kos maksima sehingga RM120 juta (USD30 juta).” Darlene menawarkan pelbagai pilihan kepada orang ramai untuk membantu menyumbang kepada pengumpulan dana penerbitan filem ‘MALAYSIA 370’ termasuklah memuat turun lagu temanya “Remember Me” yang mempunyai irama dan lirik yang menyentuh perasaan, seolah-olah menyampaikan ‘pesanan’ penumpang MH370 kepada orang yang tersayang. Setakat ini, lagu tema tersebut telah dirakamkan dalam lima bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Mandarin, Greek, Sepanyol dan Rusia. Darlene juga berhasrat untuk merakamkan lagu berkenaan dalam versi Bahasa Melayu  diiringi orkestra lengkap, di bawah kontrak berbayar di Los Angeles
 Darlene berkata beliau seringkali berdepan dengan laporan media negatif yang sebenarnya diputar-belitkan daripada apa yang beliau utarakan . “Saya seringkali tidak diberi peluang untuk memperbetulkannya, dan sebaik sahaja maklumat seperti itu berada di Internet ia menjadi data yang tersimpan di situ selama-lamanya.” Sebaik sahaja sasaran pendanaan bagi filemnya tercapai, Darlene berhasrat untuk memberi keutamaan sepenuhnya kepada bakat dan kru produksi Hollywood yang telah diharamkan di China. Senarai bakat tersebut termasuk pengarah filem dan pemenang Oscar, Martin Scorsese, Brad Pitt, Sharon Stone, Harrison Ford dan bintang  muzikal seperti Miley Cyrus, Lady Gaga dan Bjork
 “Pra-produksi akan bermula secepat mungkin, sebaik sahaja sasaran dana tercapai. Maklumat dan perkembangan terkini akan dipaparkan selari dengan penstriman secara langsung dari setiap set penggambaran. Wawancara bersama bakat dan kru akan dimuat naik sebaik ia berlangsung,” kata Darlene yang juga menyebut Culver Studios sebagai lokasi penggambaran pilihannya. Culver Studio yang dibeli oleh CEO Amazon, Jeff Bezos baru-baru ini kaya dengan sejarah perfileman Hollywood menerusi penerbitan filem-filem hebat seperti  'Gone with the Wind', 'Citizen Kane' dan 'The Matrix'
 “Tidak ada studio Hollywood utama yang membenarkan kami membuat penggambaran di lokasi mereka. Melakukan penggambaran filem itu di lokasi produksi indie seperti Culver Studios milik Amazon bagaikan satu mimpi menjadi kenyataan,” kata Darlene.    Usaha crowdfunding setakat ini merupakan salah satu dari  pendekatan pelbagai kaedah oleh Darlene bagi penghasilan filem MALAYSIA 370. Antara lain termasuk kutipan derma, penjualan duit syiling memorial dan juga muat turun lagu tema “Remember Me”. Darlene berkata bahawa dana yang diterima daripada penjualan, sewaan, dan pengedaran filem ‘MALAYSIA 370’ akan disalurkan kepada keluarga 239 penumpang pesawat MH370 . “Sasaran kami adalah untuk menyumbangkan RM400,000 (USD100,000) kepada setiap keluarga yang akan menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM95.6 juta (USD23.9 juta).” Pengalaman Darlene Lieblich Tipton dalam industri perfileman menjangkau empat dekad termasuk 25 tahun daripadanya sebagai Timbalan Presiden (Standard dan Amalan) di Fox Cable Networks Group sehingga persaraannya. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Anugerah Emmy, anugerah Amerika yang mengiktiraf kecemerlangan dalam industri televisyen yang setara dengan Anugerah Academy (bagi filem), Tony (bagi teater) dan Grammy (bagi muzik) dari tahun 2000 hingga 2005



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2019/03/veteran-hollywood-harapkan-pendanaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Isu Misteri Dilaila Ciplak Filem Hollywood Yusof Haslam Enggan Beri Komen

Hiburan Isu Misteri Dilaila Ciplak Filem Hollywood Yusof Haslam Enggan Beri Komen

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 559 hits
Beberapa hari lalu hangat dengan isu filem Misteri Dilaila yang didakwa meniru jalan cerita filem Hollywood Vanishing Act Ramai juga peminat filem kecewa dengan berita itu Susulan isu itu penerbit Datuk Yusof Haslam buat masa ini enggan mem...
Masa Tu Saya Masih Jahiil Rasa Malu Pernah Hina Nabi Penerbit Filem Fitna Bersyukur Diberi Hidayah Akhirnya Peluk Islam

Masa Tu Saya Masih Jahiil Rasa Malu Pernah Hina Nabi Penerbit Filem Fitna Bersyukur Diberi Hidayah Akhirnya Peluk Islam

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 308 hits
Nabi Muhammad SAW pernah berpesan sesiapa yang memeluk agama Islam dosanya yang lalu akan diampunkan ibarat bayi yang baru lahir Masa Tu Saya Masih Jahiil Rasa Malu Pernah Hina Nabi Penerbit Filem Fitna Bersyukur Diberi Hidayah Akhirnya Pel...
Empat Watak Baru Filem The Suicide Squad Didedahkan

Empat Watak Baru Filem The Suicide Squad Didedahkan

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 270 hits
Sebelum ini kita tahu bahawa beberapa watak daripada filem Suicide Squad arahan David Ayer tidak akan kembali dalam filem sekuel Suicide Squad yang bakal ditangani oleh pengarah filem Guardians of the Galaxy James Gunn Selain itu juga ada k...
Video Layan Koleksi Filem Filem Lagenda Mat Sentul

Video Layan Koleksi Filem Filem Lagenda Mat Sentul

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 837 hits
Mat Sentul antara pelakon filem komedi klasik dunia perfileman Melayu era 60an dan 70an Filem Filem Klasik Lakonan Mat Sentol 1 Mat Karong Guni 2 Mat Toyol 3 Mat Tiga Suku 4 Mat Raja Kapor 5 Mat Magic 6 Mat Bond Selamat Menonton Filem Filem...
Milly Mamet Filem Cinta Comel Dan Mencuit Hati

Milly Mamet Filem Cinta Comel Dan Mencuit Hati

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 389 hits
Hello pembaca kesayangan Kali ini Misz ella nak kongsikan tentang filem Milly Mamet yang akan menemui peminat peminat filem Indonesia pada 7hb Mac 2019 ini Filem ber genre komedi romantik ini merupakan kisah terbaru dari dunia Ada Apa Denga...
Penerbit Filem Hina Nabi Muhammad Akhirnya Menyesal Dan Memeluk Islam

Penerbit Filem Hina Nabi Muhammad Akhirnya Menyesal Dan Memeluk Islam

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 334 hits
ISLAM adalah fitrah untuk semua manusia tanpa mengira status latar belakang dan kaum Ia merupakan suatu ajaran yang disediakan oleh Allah SWT untuk segenap lapisan manusia Ia bagi mencapai tujuan hidup di dunia ini iaitu mengenal dan mengab...
Mengejutkan Yayan Ruhian Dilatih Oleh Hairul Azreen Untuk Filem Wira

Mengejutkan Yayan Ruhian Dilatih Oleh Hairul Azreen Untuk Filem Wira

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 777 hits
Tak disangka pula bahawa pelakon yang muncul dengan filem Paskal Hairul Azreen mampu untuk melatih bintang Indonesia bertaraf antarabangsa Yayan Ruhian sebagai persediaan untuk filem Wira yang bakal menjalani penggambaran tak lama lagi Mene...
Tiket Percuma Ke Filem Captain Marvel Sempena Hari Wanita

Tiket Percuma Ke Filem Captain Marvel Sempena Hari Wanita

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 623 hits
Tiket Percuma Ke Filem Captain Marvel Sempena Hari Wanita TGV Cinemas menawarkan tiket filem Marvel Studios Captain Marvel secara percuma kepada para wanita sempena Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada 8 Mac ini Tayangan eksklusif ini khas u...
Hiburan Netizen Dakwa Filem Misteri Dilaila Tiru Jalan Cerita Filem Vanishing Act

Hiburan Netizen Dakwa Filem Misteri Dilaila Tiru Jalan Cerita Filem Vanishing Act

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 628 hits
Filem Misteri Dilaila karya Syafiq Yusof mendapat sambutan yang menggalakkan begitu juga ulasan positif kerana jalan cerita yang menarik dan menampilkan dua versi pengakhiran berbeza untuk satu cerita yang sama Sejak beberapa hari lalu file...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Eugene Levy S Toronto

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Ringgit Opens Lower Ahead Of Bnm S Opr Release

Ge14 S Impact On State Federal Relations

Ringgit Closes Almost Unchanged As Opr Remains At 3

Pembukaan Akaun Kanak Kanak Tabung Haji



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


Anwar Bentuk Atmosfera Baru Politik

Pengalaman Jaga Anak Bersunat Kaedah Laser

Lirik Lagu Seribu Setia Siti Nordiana

Selamat Jalan Pak Jokpin

Drama Bawah Payung Awan

Ikan Buntal Risiko Dan Gejala Keracunan