Varieti Kelapa Renek Jadi Pilihan
Ada lirik lagu 'setinggi-tinggi pokok kelapa' yang menggambarkan antara pokok yang tinggi ialah pokok kelapa. Dalam cerita Mat Jenin digambarkan Mat Jenin memanjat pokok kelapa yang tinggi sehingga dia sempat berangan-angan.
Gambaran pokok kelapa yang tinggi kini semakin hilang. Pokok kelapa yang tinggi kini hanya tinggal saki baki jenis yang lama ditanaman berpuluh tahun lalu. Kini baka atau varieti pokok rendah atau renek semakin mendapat pilihan.
Selain pokok yang rendah memudahkan memetik buah, varieti pokok rendah telah melalui proses kacukan yang mengeluarkan hasil buah yang lebih cepat, lebat, berkualiti dari segi air dan isi serta berukuran lebih besar.
Kelapa dikenali pokok serba guna. Seluruh bahagian pokok tersebut dapat dimanfaatkan. Dari akar sehingga pucuknya ada kegunaannya. Justeru, pokok kelapa ditanam di seluruh kawasan di negara kita. Namun begitu, Malaysia bukan negara pengeluar utama kelapa.
Di Asia Tenggara, mendahulu carta pengeluar kelapa ialah Indonesia dengan keluasan tanaman mencecah 3.8 juta hektar, kemudian diikuti Filipina yang mana keluasan tanaman kelapa di negara tersebut kira-kira 3.6 juta hektar. Berbanding Malaysia kini hanya mempunyai sekitar 95,000 hektar keluasan tanaman kelapa (Sumber: Laporan statistik Jabatan Pertanian MAlaysia 2014).
Sebenarnya, tanaman kelapa boleh dikelaskan kepada 3 kategori iaitu kelapa tinggi (Tallvariety), kelepa renek (Dwarf variety) dan kelapa hibrik (Hybrid variety).
Kelapa jenis tinggi memang paling banyak terdapat di negara kita kerana itu adalah varieti asal. Antara Nama kelapa jenis tinggi adalah seperti Malayan, Rennel dan juga Samoan yang lazimnya tumbuh tinggi sehingga melebihi 70 kaki dengan batang yang besar ditapak bawahnya (tapak gajah), lambat berhasil (7 tahun baru berhasil) dan tahan lasak.
Akarnya kuat mencengkam tanah sehingga ia tahan dan tidak tumbang jika ditiup angin kencang. Kelapa ini menguasai 70% daripada varieti kelapa yang ditanam di Malaysia dan kebanyakkan negara-negara Asia Tenggara yang lain. Buahnya besar dengan sabut tebal dan matang dalam 12-13 bulan sebelum gugur diatas tanah untuk dikutip.
Ada teknik memetik kelapa tinggi ini dengan menggunakan beruk, mengait dengan galah dan sebagainya.
Kelapa jenis renek, Ia mempunyai saiz batang yang kecil, pokok tidak tinggi dan membolehkan buah dituai dengan mudah. Pokok varieti tacunan adalah jenis renek yang mana pelepah daunnya masih mencecah tanah dan pokok sudah berbuah. Ia boleh berhasil dalam masa kurang 2 tahun jika kawasan sesuai dan dijaga baik. Kelapa tacunan mampu menghasilkan sebanyak 94 biji/pokok sepokok setahun.
Kelapa bibrid adalah kelapa hasil kacukan antara kelapa tinggi dan kelapa renek untuk mendapatkan ciri pokok rendah, buah besar, cepat berbuah dan tahan penyakit. Ia dibangunkan dengan kaedah kacukan silang yang bersistem untuk mempastikan hanya hibrid yang terpilih sahaja akan dijadikan benih untuk ditanam.
Di Malaysia antara kelapa hibrid yang popular adalah seperti kelapa matag (Matag Hijau - CN13, Matag Orange - CN14 dan Matag Gold -CN15).
Kelap hibrid lain yang pernah popular di tanam di Malaysia adalah varieti kelapa MAWA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bicaramentari.blogspot.com/2019/03/vft.html