Variasi Minuman Segar Penyejuk Tekak Yang Sedap Diminum Ketika Musim Panas Ini
Musim-musim panas ni, memang best kalau dapat minum minuman yang sejuk untuk menghilangkan rasa dahaga. Buat sahaja minuman ini di rumah kerana resipinya cukup mudah dan lebih menepati cita rasa keluarga anda. Selamat mencuba!
1. BANDUNG STRAWBERI LAICIBAHAN-BAHAN:
2 sudu makan gula2 sudu makan sirap5 sudu makan susu cair1 biji strawberi | dibelah 45 biji laici dalam tinAir secukupnyaAis secukupnyaCARA MEMBUAT:
Larutkan gula dalam air.Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati.Masukkan strawberi dan laici.Tambahkan air dan ais. Sedia diminum.INFO: Masam strawberi membantu mengurangkan muak sirap bandung
2. SODA SERAI BERMADUBAHAN-BAHAN:
2 sudu makan madu1 cawan soda1 batang serai | diketukCARA MEMBUAT:
Letakkan madu di keliling dinding gelas.Masukkan soda.Masukkan serai. Biarkan seketika.Letakkan ais (jika suka). Sedia untuk diminum.Info Chef: Harum serai memberikan rasa segar pada minuman.
3. AIR KATIRABAHAN-BAHAN:
1 sudu makan sirap hijau2 helai daun pandan1 liter air1 tin susu cair250 ml sodaSedikit katira | getah anggurSedikit sagu1 sudu makan cendol1 sudu makan cincau1 sudu makan gajus1 sudu makan badam1 sudu makan kacang tanah | digoreng1 sudu makan kurma3 biji buah kabung1 sudu makan kismis1 sudu teh biji selasihSedikit buah semangkukGula batu secukupnyaCARA MEMBUAT:
Jerang sirap hijau, gula batu dan daun pandan dalam 1 liter air.Kemudian masukkan semua bahan. Biarkan 30 minit supaya semua bahan sebati.Sejukkan dalam peti sejuk atau tambah ais. Sedia diminum.INFO CHEF: Selain gula batu, boleh juga gunakan gula pasir.
4. JUS MANGGA PUDINABAHAN-BAHAN:
2 biji mangga2 sudu besar yogurt2 gelas air1 biji limau kasturiSedikit daun pudinaCARA MEMBUAT:
Kupas mangga dan hiris buahnya. Kisar mangga dan yogurt bersama 2 gelas air.Tuangkan jus mangga ke dalam gelas.Hiris limau kasturi dan masukkan ke dalam gelas.Tambah air gula jika suka.Masukkan ais dan letakkan daun pudina.INFO: Mangga harumanis lebih sedap digunakan kerana rasanya yang sedap dan baunya pula harum.
5. PEPPERMINT LEMONADEBAHAN-BAHAN:
4 sudu makan gulaSecubit garam3 tangkai pudina500ml air2 biji lemon | diperah jus dan tapisAis secukupnyaCARA MEMBUAT:
Masukkan gula, garam dan pudina ke dalam bekas. Isikan air. Kacau sehingga gula larut dan daun pudina agak hancur.Masukkan jus lemon.Tambahkan ais. Siap untuk diminum.INFO CHEF: Renyuk-renyukkan daun pudina untuk lebih membangkitkan aroma mint dalam minuman.
Anda sedang mencari JUICER, boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/03/variasi-minuman-segar-penyejuk-tekak.html