SNOWPLUS edisi kopi
Untuk makluman anda semua, SNOWPLUS merupakan jenama rokok elektronik ketiga paling besar di dunia. Ianya terdiri daripada pekerja yang terunggul dalam industri seumpamanya. Ianya tercipta dari tenaga mahir dalam bidang teknologi, perkakasan dan Barangan Pengguna Cepat Laris (FMGC).
Selain itu juga, pod ini direka dengan bahan tahan lasak agar ia dapat berkualiti tinggi dan selamat digunakan. Produk ini juga menepati piawaian keselamatan global, termasuklah di Kesatuan Eropah dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA).
Encik Derek Li, Pengasas SNOWPLUS
Menurut pengasas SNOWPLUS, Encik Derek Li berkata, “Kami percaya bahawa pasaran kini tertarik kepada alternatif yang lebih bagus dan selamat. Dengan itu, SNOWPLUS Edisi Kopi ini adalah pilihan terbaik untuk beralih kepada produk bebas nikotin,”
Dr Edward Choo, Pengurus Besar SNOWPLUS Malaysia
Menurut Dr. Edward Choo selaku Pengurus Besar SNOWPLUS Malaysia berkata, “SNOWPLUS akan sentiasa mempercayai pembuatan, penjualan dan penggunaan produk rokok elektronik yang bertanggungjawab. Syarikat kami telah membuat penyelidikan secara meluas tentang perkara ini, dan kami berharap dapat bekerjasama dengan pihak kerajaan.”
Majlis pelancaran SNOWPLUS juga telah diadakan secara gilang gemilang di ibu negara pada minggu lalu. Saya juga tidak terkecuali untuk turut hadir bersama dalam majlis tersebut. Pada majlis ini, diadakan pengenalan SNOWPLUS edisi kopi.
Bergambar bersama tetamu yang hadir
Untuk maklumat lanjut berkenaan SNOWPLUS bolehlah menghubungi mana-mana medium di bawah.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |