Lohas Eyewear Kedai Cermin Mata Handmade Jenama Taiwan Yang Pertama Di Malaysia


Assalamualaikum. Hai!

Siapa pembaca blog CikSha ni spesis specky macam CikSha? Haa..boleh la kita geng. CikSha ni sebenarnya rabun jauh tau. Tapi jarang pakai cermin mata. Masa buat kerja menghadap komputer atau nak tengok tv je CikSha akan pakai. Mostly tak pakai sangat. Kalau keluar berjalan pun ikut mood baru pakai. Lepas tu tak nampak bila ada kenalan duk renyih dan melambai dari jauh. Hihi.

Tapi kebelakangan ni rasa macam dah makin worst je mata CikSha tau. Rasanya kena pergi check semula power mata dan buat cermin mata baru. Lepas tu kena istiqamah pakai. Kalau tak, makin melarat la kerabunan mataku ini. Huhu. Maklum la dah masuk umur pertengahan 30an lepas tu masih kerja menghadap komputer. Malam-malam pulak tu buat kerjanya. Kerja dari rumah kan? Menulis dan buat design. Malam buta baru ilham nak datang. Itu la akibatnya. Mata dapat 'penyakit' la.


Bukti CikSha ni specky person. Throwback gambar lama masa kerja dedulu. Hihi.


Sekarang ni CikSha tengah survey kedai cermin mata yang mana berkenan di hati. Spesis cerewet memang macam ni. Selagi tak jumpa yang betul-betul memikat hati, selagi tu la sanggup mencari. Konon high taste le sangat tu kan CikSha hangpa ni. Lepas tu tak jugak jumpa design cermin mata yang disukai.

Dalam duk mencari, dapat pulak info ada kedai cermin mata baru yang lain dari lain nak launch kat Subang Jaya, Selangor hujung minggu ni. Oiii...kenapa jauh sangat! Ada yang terjah rumah kakak ipar kat sana kang semata-mata nak rebut peluang dapat cermin mata baru. Hihi.





Tentang LOHAS Eyewear
LOHAS ni sebenarnya jenama dari Taiwan tau. Maksud LOHAS tu "Lifestyles Of Health & Sustainability". Uiii, dashyat ha depa punya visi dan misi. Nak berkongsi betapa gaya hidup sihat dan mampan tu sangat bagus untuk komuniti. CikSha suka! Memang lain dari yang lain.

Yang menariknya pasal LOHAS Eyewear ni sebab cermin mata tu dibuat khas. Handmade gitu. Cantik. Macam tersuka dengan design cermin matanya. Semua cermin mata kat LOHAS Eyewear ni harga standard tau, RM298 sahaja. Yang lebih penting cerminnya berkualiti tinggi.  Itu yang memang pemakai cermin mata macam kita ni nak kan?
 



Servis yang ditawarkan LOHAS Eyewear ni pun boleh tahan. Setiap pembelian cermin mata kat situ akan dapat free maintenance dan ada 90 hari waranti. Oiii, mana nak dapat servis macam ni. Bagusnya depa. Pandai tackle hati tau.

Interior design dalam kedai pun lawa gila! Ala-ala macam masuk dunia Harry Potter gitu. Tak percaya tengok la gambar yang CikSha attached sekali tu ha. Lawanye wei. Dah la siap ada minuman percuma untuk pelanggan yang datang. Jangan risau pada yang beragama Islam tu. InsyaAllah halal.

Minuman percuma yang diberikan tu cuma air teh herba yang bagus untuk mata je. 5 jenis perisa iaitu Chamomile, Mint Leaf, Licorice, Scented Bee Leaves dan Rosemary. Pilih je nak minum yang mana. Taknak pun takpe. Takdanya kena paksa minum. So, boleh la fokus pilih cermin mata yang mana berkenan di hati. Tapi itulah, CikSha kalau dapat masuk dalam kedai ni, taknak keluar terus rasanya. Nyamannnn.






Promosi Istimewa sempena pembukaan LOHAS Eyewear
Berita baik untuk pembaca blog CikSha yang tinggal di sekitar Subang Jaya, Selangor. Yang tinggal jauh tapi nak cuba nasib pun boleh je kalau teringin. LOHAS Eyewear nak bagi cermin mata PERCUMA yang bernilai RM298 kepada 150 orang yang terawal sempena pembukaan cawangan depa kat sana pada 14hb-16hb Disember ni tau. Oiii, bestnya!

Tapi, ada syaratnya kalau nak dapatkan promosi best ni. Tak susah pun syarat yang depa bagi. Korang ikut je macam yang CikSha terangkan kat bawah ni ok!


LANGKAH 1 :
Follow Facebook dan Instagram LOHAS Eyewear

FACEBOOK : https://www.facebook.com/LOHAS.MASINSTAGRAM : https://www.instagram.com/LOHAS_eyewear

LANGKAH 2:
Tinggalkan jejak dengan tulis komen macam kat bawah ni

" I would like to sign up for LOHAS Malaysia SS15 branch Grand Opening from December 14th (Saturday) to December 16th (Monday) FREE prescription eyewear experience activity."
Jangan lupa tag 3 orang kesayangan yang specky macam korang jugak tau. Sama-sama cuba nasib yang mungkin bertuah jadi 150 yang terawal


LANGKAH 3 :
Print screen komen yang korang dah tulis kat Facebook atau Instagram LOHAS tadi tu. Hantar kat kat messenger Facebook @ Instagram depa. Sertakan sekali nama dan nombor telefon yang mudah untuk dihubungi ok


Haaa, itu je 3 langkah mudah yang korang kena buat kalau berhajat nak dapatkan cermin mata baru special dari LOHAS Eyewear. InsyaAllah rezeki tu ada boleh jadi 150 yang terawal, nanti LOHAS akan hubungi korang. Grab tau peluang keemasan ni. Rugi kot kalau tak cuba. Siapa nak bagi cermin mata PERCUMA sesuka hati. Eksklusif pulak tu. Kan kan?




Lighting tak berapa nak terang. Hihi.
Jom serbu LOHAS Eyewear!
Kalau ikut hati CikSha yang nak sangat cermin mata baru ni, memang ku terjah LOHAS Eyewear ni masa Grand Opening depa nanti 14hb-16hb Disember ni. Tapi tarikh tu nak kena balik kampung ku yang tercinta Pulau Pinang. Ada kenduri kesyukuran family buat. Jadi CikSha kongsi rezeki ni dengan korang je la eh. Cepat tau rebut peluang jadi 150 yang terawal.

Nak info lanjut, korang boleh skodeng kat link ni ok
WEBSITE : https://www.LOHASglasses.com/FACEBOOK : https://www.facebook.com/LOHAS.MASINSTAGRAM : https://www.instagram.com/LOHAS_eyewear
Nak terjah masa grand opening walaupun tak terpilih jadi 150 terawal pun boleh je. Atau nak pergi bila ada masa terluang anytime, lagi la boleh sangat. CikSha gerenti korang mesti suka masuk kat situ nanti. Alamat kedai yang ni tau: A13, Jalan SS 15/4D, 47500 Subang Jaya, Selangor


Bisik-bisik :: Sebenarnya orang yang pakai cermin mata ni gorjes tau! Hihi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2019/12/lohas-eyewear-kedai-cermin-mata-handmade.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedai Cermin Mata Lohas Kini Dibuka Di Ss15 Subang Jaya

Kedai Cermin Mata Lohas Kini Dibuka Di Ss15 Subang Jaya

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 1355 hits
Salam to all readers Selain makan makanan kabohidrat kita juga digalakkan makan buah buahan Ada setengah orang kata kalau makan nenas mampu mengurangkan berat badan Kata oranglah Kalau nak mata sihat dan cantik perbanyakkan makan buah tomat...
Kedai Konsep Taiwan Excellence Dan The Pantheon Esport Club Pertama Di Malaysia Dibuka Di Mesamall

Kedai Konsep Taiwan Excellence Dan The Pantheon Esport Club Pertama Di Malaysia Dibuka Di Mesamall

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 396 hits
Kedai Konsep Taiwan Excellence Dan The Pantheon Esport Club Pertama Di Malaysia Dibuka Di MesaMall Assalammualaikum semua Wah ada berita gembira buat peminat barangan PC
Lohas Eyewear Malaysia Grand Opening 14 16th December 2019

Lohas Eyewear Malaysia Grand Opening 14 16th December 2019

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 1467 hits
Hai Pernah dengar brand LOHAS Lohas ni actually salah satu brand optometry dari Taiwan tau LOHAS ni singkatan daripada Lifestyles of Health and Sustainability Lohas sangat mementingkan kesihatan dan keseimbangan lifestyle kita melalui mata ...
Lohas Eyewear Menawarkan Hadiah Percuma Bernilai Rm298

Lohas Eyewear Menawarkan Hadiah Percuma Bernilai Rm298

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 424 hits
LOHAS Eyewear Menawarkan Hadiah Percuma Bernilai RM298 Assalamualaikum Baru baru ini Cik Ash ada terbaca satu laman sesawang mengenai sebuah kedai cermin mata yang akan membuat pembukaan di Selangor Malaysia Kedai cermin mata itu bernama Ba...
Ubat Gigi Premium Mismis Pudina Koko Yang Pertama Di Malaysia

Ubat Gigi Premium Mismis Pudina Koko Yang Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 440 hits
Hi Korang Ubat gigi MISMIS berperisa pudina koko Mesti kali pertama korang dengar kan ermm kak lily pun sama gak Tup tup terjadi jakun plak heehhe MISMIS Comey nau bunyinya kan Menurut Puan Wanie perkataan MISMIS adalah kata singkatan darip...
Tayar Model Baru Jenama Goodyear Malaysia Eagle F1 Supersport

Tayar Model Baru Jenama Goodyear Malaysia Eagle F1 Supersport

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 519 hits
Tayar Model Baru Jenama Goodyear Malaysia Eagle F1 Supersport kini di Malaysia Goodyear Malaysia baru sahaja melancarkan tambahan terbaru kepada keluarga tayar Eagle F1 SuperSport RS SuperSport R SuperSport Asymmetric 5 dan 3 SUV Asimetri y...
Balai Bomba Atas Air Pertama Di Malaysia Mula Beroperasi

Balai Bomba Atas Air Pertama Di Malaysia Mula Beroperasi

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 1039 hits
Balai bomba atas air yang pertama di negara ini dilengkapi tiga bot Foto ihsan Facebook Apiri ApSEMPORNA 12 Dis Balai Bomba dan Penyelamat atas air pertama Malaysia yang terletak di daerah ini beroperasi mulai hari ini Pengarah Jabatan Bomb...
Alibaba Menawarkan Teknologi New Retail Pada Kedai Taobao Terbesar Di Malaysia

Alibaba Menawarkan Teknologi New Retail Pada Kedai Taobao Terbesar Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 309 hits
Alibaba Group baru baru ini telah merasmikan pelancaran sebuah kedai Taobao yang terbesar di Malaysia Taobao Store by Lumahgo itu telah pun dibuka di MyTOWN Shopping Centre Kuala Lumpur yang akan menawarkan pengalaman membeli belah yang dip...
Pembukaan Kirindo Bubble Tea Eksklusif Yang Pertama Di Malaysia

Pembukaan Kirindo Bubble Tea Eksklusif Yang Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 1231 hits
Teh susu boba sememangnya sedang hype dikalangan rakyat Malaysia Minuman dan juga trend yang dipercayai berasal dari negara Taiwan ini berjaya menambat hati ramai dengan kekenyalan boba tapioca dalam gabungan pelbagai perisa minuman Demi me...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda