Van Jenazah Percuma Team Persatuan Amal Dan Jenazah Sabah


Masrul dan sepupunya Soffian mengeluarkan duit simpanan masing-masing untuk mengubah suai van pertama supaya ia sesuai untuk membawa jenazah.



KOTA KINABALU: Meskipun belum sampai setahun beroperasi, perkhidmatan van membawa jenazah secara percuma dikendalikan Persatuan Amal dan Jenazah Sabah atau lebih dikenali Team Amal berjaya membantu keluarga yang kurang berkemampuan.

Pengasasnya Masrul Guding, 31, berkata sehingga kini Team Amal telah membawa 125 jenazah Islam dan lapan bukan Islam, termasuk 18 jenazah pesakit COVID-19.

Beliau yang berasal dari Lahad Datu berkata idea mewujudkan perkhidmatan itu timbul apabila kos penghantaran jenazah dari hospital ke kampung waris terutamanya di luar daerah agak tinggi dianggarkan hampir RM1,000.

Lelaki itu berkata ketika mula beroperasi pada Januari tahun ini hanya sebuah van terpakai milik sepupunya Soffian Jais, 36, dengan kos ubah suai RM20,000 digunakan untuk membawa jenazah pertama dari Hospital Likas ke Sepanggar.

"Ketika itu van berkenaan memang belum bersedia untuk digunakan sebab belum ada keranda, jadi saya bersama Soffian mengeluarkan duit simpanan masing-masing untuk mengubah suai van pertama itu supaya ia sesuai untuk membawa jenazah.

KRU Van Jenazah Percuma Kota Kinabalu membantu menghantar jenazah terus ke tanah perkuburan di seluruh Sabah. "Selepas itu ada individu bermurah hati memberikan van secara percuma selain hasil sumbangan dana daripada orang awam, sekarang kami mempunyai lima buah van dan satu daripada van itu diletakkan di daerah Lahad Datu supaya dapat membantu masyarakat di sana juga," katanya ketika ditemui Bernama.

Malah, bagi melancarkan urusan perkhidmatan itu, beliau berkata Soffian yang juga pengerusi persatuan itu akan membantu mengendalikan sepenuhnya operasi van jenazah.

Berkongsi pengalaman membawa jenazah yang meninggal dunia disebabkan COVID-19, Masrul berkata ia bukanlah mudah kerana memandu dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) amat mencabar apatah lagi ke kawasan kampung yang agak jauh seperti ke daerah Kudat.

Katanya, Team Amal adalah kumpulan keempat di Hospital Queen Elizabeth (HQE) yang mendapat tauliah daripada Kementerian Kesihatan untuk membawa jenazah COVID-19.

"Paling sedih apabila kita dapat tengok jenazah dari dekat walaupun lengkap PPE tetapi waris hanya melihat dari jauh, biarpun bukan ahli keluarga sendiri tetapi perasaan sedih itu tetap ada," katanya yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah pelabuhan di sini.

Katanya beliau yang dibantu 15 sukarelawan bersyukur kerana sejak mengendalikan perkhidmatan itu yang turut membawa jenazah COVID-19, mereka tidak dijangkiti virus berkenaan.

Masrul berkata melalui misi bantuan itu, mereka mengamalkan konsep 'tutup mata' iaitu membantu tanpa mengira bangsa dan agama kepada yang memerlukan.

Dalam pada itu, katanya dalam tempoh jangka masa panjang, Team Amal bercadang menyediakan sebuah lori berkelengkapan yang boleh digunakan untuk memandikan jenazah dengan kos dianggarkan sebanyak RM250,000.

Beliau berkata dengan adanya lori itu akan memudahkan proses memandikan jenazah malah Team Amal juga menjalin kerjasama dengan pihak berkaitan untuk belajar memandikan jenazah sebagai fardu kifayah. "Saya juga mengalu-ngalukan golongan belia yang berminat untuk menyertai kami sebagai sukarelawan sekiranya tiada apa-apa aktiviti terutamanya pada musim COVID-19 ini," katanya. -- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/van-jenazah-percuma-team-persatuan-amal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
741 Kes Dan 4 Kluster Baharu Di Sabah

741 Kes Dan 4 Kluster Baharu Di Sabah

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 237 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun KOTA KINABALU Sebanyak 741 kes COVID 19 bersama empat kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi M...
Sabah Kini Di Landasan Terbaik Capai 60 Peratus Penduduk Divaksin

Sabah Kini Di Landasan Terbaik Capai 60 Peratus Penduduk Divaksin

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 269 hits
Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor KENINGAU Sabah berada dalam landasan yang terbaik untuk mencapai sasaran 60 peratus penduduk divaksin menjelang Oktober ini kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor Beliau berkata ini dapat dilihat berdasarkan an...
Kuantiti Vaksin Dos Tunggal Di Sabah Mesti Dipertingkat Mp Kimanis

Kuantiti Vaksin Dos Tunggal Di Sabah Mesti Dipertingkat Mp Kimanis

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 267 hits
Mohamad juga meminta pemain Industri Kecil Sederhana dan pelancongan di negeri itu diberi suntikan vaksin secepat mungkin bagi merancakkan semula sektor ekonomi Bernama KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains Teknologi dan ...
2 8 Juta Dos Vaksin Pfizer Cansino Diterima Di Sabah Bermula Ogos Ini

2 8 Juta Dos Vaksin Pfizer Cansino Diterima Di Sabah Bermula Ogos Ini

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 418 hits
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan bakul makanan BSP 3 0 kepada salah seorang penerima di Dewan Majlis Daerah Keningau KENINGAU Sebanyak 2 8 juta dos vaksin jenama Pfizer dan dos tunggal vaksin jenama Cansi...
Decentralise Health Matters For Sabah Mps Tell Govt

Decentralise Health Matters For Sabah Mps Tell Govt

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 336 hits
The Covid 19 pandemic has shown the need for decentralisation in health governance says Tuaran MP Wilfred Madius Tangau KUALA LUMPUR Sabah MPs who raised issues at the ongoing special meeting of the Dewan Rakyat today urged the federal gove...
Sabah Perlu Menang Di Stadium Likas Malam Ini

Sabah Perlu Menang Di Stadium Likas Malam Ini

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 304 hits
Pertahanan Pahang Herold Goulon mengekang asakan pemain Sabah pada aksi musim pertama Liga Super di Stadium Darul Makmur KOTA KINABALU Sabah FC perlu menang dalam perlawanan menentang pasukan Sri Pahang di Stadium Likas dalam saingan Liga S...
Hiking Tawai Waterfall Telupid Sabah

Hiking Tawai Waterfall Telupid Sabah

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 888 hits
Hiking Tawai Waterfall Telupid Sabah Assalamualaikum salam sejahtera Hi korang Seperti yang dijanjikan dalam entri hiking sebelum ini Murni akan kongsikan aktiviti membukit di Tawai Telupid Misi utama kami adalah menuju ke kawasan air terju...
9 Menara Komunikasi Baru Membantu Meningkatkan Akses Internet Di Sabah

9 Menara Komunikasi Baru Membantu Meningkatkan Akses Internet Di Sabah

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 416 hits
9 menara komunikasi baru dibina di Sabah membawa jalur lebar yang lebih pantas kepada sekitar 6 520 orang di Pitas dan Kudat KOTA KINABALU 28 Julai Sembilan menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara yang beroperasi seja...
Panas Tetapi Suhu Tidak Cecah 40 Darjah Celcius Jabatan Meteorologi Sabah

Panas Tetapi Suhu Tidak Cecah 40 Darjah Celcius Jabatan Meteorologi Sabah

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 458 hits
Hanya 2 kawasan di Sabah iaitu Beluran dan Paitan mencatat suhu 35 C hingga 36 C selama tiga hari berturut turut KOTA KINABALU Cuaca panas sekarang yang akan berterusan hingga pertengahan September tidak dijangka melampaui 40 darjah Celsius...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Autoimmune Disease

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja