Van Jenazah Abam Botak Buta Agama Bantu Perjalanan Akhir Golongan Daif


 
Pasukan van jenazah Abam Botak membantu menyediakan perkhidmatan jenazah secara percuma walaupun berlainan agama. (Gambar Facebook Abam Botak)
PETALING JAYA: Bila berbicara soal kemanusiaan, jangan pernah berkira. Bantu dahulu tanpa kira agama dan bangsa.
Itu pegangan Yunizam Yusop, pengasas van jenazah Abam Botak berpangkalan di Sandakan, Sabah, yang membantu mempermudahkan waris kepada insan meninggal dunia dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma.
Biarpun semuanya beragama Islam, pasukan itu tidak pernah menolak permintaan bantuan daripada waris agama lain memerlukan bantuan menguruskan penghantaran jenazah insan tersayang mereka meskipun melalui perjalanan beratus kilometer.
Mula mencurah bakti sejak enam tahun lalu, Yunizam masih ingat perjalanan menghantar jenazah individu beragama Kristian dari Sandakan ke Kampung Sinaron Tengah terletak di pekan kecil Sook, Keningau, Mei lalu yang disifatkannya mencabar.

Jalan berbukit tidak berturap dilalui pasukan van jenazah Abam Botak ketika menghantar jenazah individu beragam Kristian dari Sandakan ke Sook, Keningau, Mei lalu. (Gambar Facebook)Bukan hanya jarak jauh, van itu juga terpaksa melalui jalan berbukit tidak berturap selain meredah arus sungai. Ketiadaan rangkaian telekomunikasi yang baik juga menyebabkan perasaan bimbang sentiasa menyelubungi mereka jika sesuatu berlaku.
Yunizam Yusop.“Banyak juga kenderaan besar beri isyarat kepada kami supaya berpatah balik. Mungkin sebab kesukaran itu tiada yang sanggup menghantar jenazah, tetapi itu bukan alasan kerana selagi van wakaf (sumbangan) ini boleh berjalan…kami bantu.
“Melihat wajah waris sedih, kami teruskan perjalanan…urusan itu berjaya diselesaikan selepas 17 jam mengharungi cabaran,” kongsi Yunizam, 36, kepada FMT sambil mengakui pernah ditegur kerana menghantar jenazah bukan Islam.
“Kami terima dengan baik dan jelaskan niat hanya mahu orang susah tanpa mengira agama dan bangsa, jadi supaya tidak terlalu sensitif kami tidak letak ayat suci al-Quran pada van.
“Rata-rata waris kami bantu datang daripada keluarga miskin, jadi kami kurangkan beban mereka dengan sumbangan insan prihatin…bukan sahaja kewangan tetapi ada beri set kelengkapan pengurusan jenazah,” katanya memaklumkan mereka kini mempunyai enam kenderaan.
Beri makan gelandangan
Sebelum menyediakan penghantaran jenazah secara percuma, Yunizam sebenarnya sudah memulakan kerja amal pada 2013 dengan memberi makan kepada gelandangan dan ‘sekolah’ pondok untuk mengajar golongan kurang bernasib baik seperti individu tanpa warganegara.
“Saya guna duit gaji beli makanan dan tampung bayaran untuk sukarelawan jadi ‘cikgu’,” katanya bekerja sebagai penyelia di syarikat perladangan.
Beliau kemudian menyediakan perkhidmatan percuma menghantar pesakit daripada keluarga kurang berkemampuan ke hospital di Sandakan yang menjadi titik-tolak dalam menyediakan van jenazah.
“Ketika itu seorang daripada pesakit selalu dihantar meninggal dunia dan sukar mencari van jenazah, lantas saya terfikir alangkah baik jika ada disediakan untuk membantu golongan kurang memerlukan,” katanya.
Kepuasan kerja amal
Yunizam mengakui kerja amal itu memenatkan tetapi kepuasan melihat wajah lega mereka yang dibantu, segala kepenatan hilang kerana usaha pasukannya diperakui ramai sehingga segala urusan menjadi mudah.
“Rezeki datang pelbagai bentuk dan balasan, contoh ada orang bayarkan isi minyak van jenazah…ada juga belanja makan secara diam-diam.
“Mungkin inilah rezeki kami,” katanya.
Segala aktiviti pasukan van jenazah Abam Botak boleh dilihat di Facebooknya yang turut menyertakan cara membantunya meneruskan kerja amal itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/12/van-jenazah-abam-botak-buta-agama-bantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 165 hits
KUANTAN Penyerang Sri Pahang FC Manuel Hidalgo teruja selepas jaringan hatrik membantu skuad itu layak ke separuh akhir Piala Malaysia Pemain kelahiran Argentina itu berkata kejayaan itu hasil daripada kerjasama rakan sepasukan untuk mengis...
Gadis Persoal Kenapa Van Jenazah Selalu Guna Lampu Kecemasan

Gadis Persoal Kenapa Van Jenazah Selalu Guna Lampu Kecemasan

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 137 hits
Kecoh di media sosial sejak Sabtu lalu apabila satu ciapan di Twitter menjadi perhatian ramai Seorang gadis bertanya 8220 Kenapa van jenazah nak guna lampu kecemasan tengah tengah traffic jam ni Dah jadi jenazah dah kan 8221 Kenyataan itu m...
Video Urus Jenazah Bayi Menteri Agama Tegur Pengendali Pengurusan Jenazah

Video Urus Jenazah Bayi Menteri Agama Tegur Pengendali Pengurusan Jenazah

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 170 hits
Video urus menteri agama tegur pengendali pengurusan jenazah Semua pihak yang terbabit dalam proses pengurusan jenazah diingatkan supaya tidak sewenang wenangnya menyiarkan video sensitif termasuk urusan memandikan jenazah menerusi media so...
Menteri Besar Lepaskan 400 Orang Sukarelawan Pahang Bantu Kawasan Terkesan Banjir Di Negeri Kelantan

Menteri Besar Lepaskan 400 Orang Sukarelawan Pahang Bantu Kawasan Terkesan Banjir Di Negeri Kelantan

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 150 hits
KUANTAN Seramai 400 sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan jabatan negeri badan berkanun dan Majlis Tindakan Sosial Pahang ditugaskan untuk membantu kawasan terkesan akibat banjir di Kelantan Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Zulk...
Kerajaan Akan Bantu Sektor Agromakanan Akibat Banjir

Kerajaan Akan Bantu Sektor Agromakanan Akibat Banjir

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 101 hits
Anggaran kerugian sektor agromakanan akibat banjir setakat ini bernilai lebih RM177 juta Laporan awal kerugian mengikut negeri menunjukkan Kedah rugi sebanyak RM97 juta Kelantan lebih RM33 juta manakala Terengganu lebih RM13 juta Kita akan ...
Pelanggan Insurans Perjalanan Airasia Boleh Nikmati Delay Lounge Pass

Pelanggan Insurans Perjalanan Airasia Boleh Nikmati Delay Lounge Pass

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 129 hits
Tune Protect Group Berhad telah melancarkan Delay Lounge Pass manfaat eksklusif untuk pelanggan AirAsia Travel Insurance Dengan ciri ini pelanggan boleh menikmati akses ke lebih 1 500 lounge lapangan terbang di seluruh dunia jika penerbanga...
Perjalanan Penuh Dugaan Kata Dr M Menuju Usia 100 Tahun

Perjalanan Penuh Dugaan Kata Dr M Menuju Usia 100 Tahun

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 194 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad mengimbau perjalanan hidupnya yang akan menjangkau usia 100 tahun pada pertengahan tahun depan Negarawan itu mengakui ia penuh dugaan namun bersyukur diberi peluang bekerja untuk kesejahteraan ...
Pelawak Terkenal Ditahan Di Jeddah Ketika Dalam Perjalanan Tunai Umrah Disyaki Bawa Bahan Terlarang

Pelawak Terkenal Ditahan Di Jeddah Ketika Dalam Perjalanan Tunai Umrah Disyaki Bawa Bahan Terlarang

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 161 hits
Seorang pelawak terkenal dilaporkan telah ditahan di Jeddah selepas dipercayai memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah baru baru ini Menurut laporan pelawak terbabit dikatakan ditahan dua bulan yang lalu di Lapan...
Startups Vs Established Industries

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Puasa Sebagai Terapi Jiwa Menghadapi Stres Dan Cabaran Hidup

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Turun Berat Badan Di Bulan Puasa Dengan Mengelakkan 4p

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Amalan Dan Hukum Seputar Ramadhan

Mengelaskan Haiwan