Video Urus Jenazah Bayi Menteri Agama Tegur Pengendali Pengurusan Jenazah


Video urus jenazah bayi, menteri agama tegur pengendali pengurusan jenazah. Semua pihak yang terbabit dalam proses pengurusan jenazah diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya menyiarkan video sensitif, termasuk urusan memandikan jenazah menerusi media sosial.
Video Urus Jenazah Bayi  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menegaskan tindakan itu tidak wajar dilakukan kerana ia boleh menyebabkan keaiban kepada si mati atau keluarganya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. – Foto BERNAMA. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. – Foto BERNAMA.
“SEMUA PIHAK DISERU SUPAYA TIDAK SEWENANG-WENANGNYA MENYIARKAN VIDEO PROSES URUSAN MANDI DAN PENGURUSAN JENAZAH KERANA IA MEMBABITKAN KEMULIAAN INSAN (KARAMAH INSANIAH) YANG PERLU DIJAGA SEBAIK-BAIKNYA.
“Bahkan Baginda Rasulullah SAW memberikan peringatan supaya sentiasa berlaku ehsan serta tidak mematahkan tulang jenazah. Dalam satu hadis Riwayat Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya mematahkan tulang orang beriman yang mati seperti mematahkan tulang orang beriman yang masih hidup,” katanya.
Menteri Agama Tegur Pengendali Pengurusan Jenazah Mohd Naím turut berkongsi firman Allah SWT: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan” (Al-Isra’:70)
BELIAU MENGULAS KECAMAN RAMAI PIHAK TERHADAP SEBUAH BADAN PENGURUSAN JENAZAH YANG BERKONGSI SIARAN LANGSUNG DI FACEBOOK PROSES MEMANDIKAN JENAZAH SEORANG BAYI LELAKI DINAMAKAN ADHAM YANG DIKEBUMIKAN SELEPAS 16 HARI ‘DITAHAN’ DI SEBUAH HOSPITAL SWASTA.
Susulan perkongsian itu, ramai netizen yang memberi respons antaranya meminta video terbabit dipadamkan kerana boleh menimbulkan salah faham, kekeliruan dan keaiban kepada ahli keluarga bayi itu.
Difahamkan, bayi terbabit dilahirkan tidak sempurna tanpa sebelah mata, hidung dan lubang dubur sebelum meninggal dunia beberapa minit selepas kelahiran.
Bagaimanapun, kontroversi timbul susulan pendedahan pihak yang menguruskan jenazah bayi berkenaan yang mendakwa pihak hospital tidak membenarkan jenazah bayi itu dituntut memandangkan terdapat tunggakan bil rawatan.
Kredit foto: Facebook Mr Wan Cai Official  Mengulas lanjut, Na’im turut meminta semua pihak berkaitan supaya merujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri dalam hal pengurusan jenazah.
“Secara umumnya, pihak berkuasa agama Islam negeri iaitu Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri sudah mempunyai panduan pengurusan jenazah.
“Semua pihak adalah dimohon untuk sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa agama Islam dalam hal pengurusan jenazah agar semuanya dilaksanakan dengan baik dan sempurna,” katanya.
Facebook Mr Wan Cai Official  Mengenai kes bayi berkenaan, beliau meminta semua pihak bertenang memandangkan ketika ini ia masih di bawah siasatan polis, Kementerian Kesihatan (KKM) dan pihak berkuasa agama Islam negeri.
“Saya ingin menasihatkan semua pihak untuk tidak lagi menyiarkan video tular pengurusan jenazah bayi yang sudah mengeras kerana disimpan lama dalam peti sejuk beku sebuah hospital.
“Kita perlu menjaga aib si mati serta tidak mengguris hati mana-mana pihak yang sedang berada dalam kesedihan. Ini adalah akhlak yang diajar dalam Islam,” katanya.
Sumber: Berita Harian Online Facebook Mr Wan Cai Official 
Baca artikel lain juga: Tahan, Beku Jenazah Bayi Menyalahi Hukum Syarak, Perbuatan Penganiayaan
Jenazah Bayi Tak Cukup Sifat Dibekukan Hampir 2 Minggu, Bapa Tak Mampu Bayar Bil Hospital!
 
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
 
 
The post Video Urus Jenazah Bayi, Menteri Agama Tegur Pengendali Pengurusan Jenazah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/video-urus-jenazah-bayi-menteri-agama-tegur-pengendali-pengurusan-jenazah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jenazah Bayi Tak Cukup Sifat Dibekukan Hampir 2 Minggu Bapa Tak Mampu Bayar Bil Hospital

Jenazah Bayi Tak Cukup Sifat Dibekukan Hampir 2 Minggu Bapa Tak Mampu Bayar Bil Hospital

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 191 hits
Seorang bayi lelaki yang tidak sempurna sifatnya terpaksa diuruskan jenazahnya dengan agak sukar selepas kerana dibekukan lebih dua minggu kerana gagal dituntut oleh bapanya Hal ini dikongsikan oleh pengasas Unit Khas Van Jenazah yang diken...
Tahan Beku Jenazah Bayi Disifatkan Penganiayaan Menyalahi Hukum Syarak

Tahan Beku Jenazah Bayi Disifatkan Penganiayaan Menyalahi Hukum Syarak

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 98 hits
Ruwaida Md Zainam hmetro com myShah Alam Tindakan sebuah hospital swasta yang didakwa menahan jenazah bayi selama dua minggu disifatkan sebagai suatu penganiayaan yang menyalahi hukum syarak Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontempor...
Polis Siasat Status Ibu Bapa Jenazah Bayi Beku

Polis Siasat Status Ibu Bapa Jenazah Bayi Beku

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 243 hits
AZMI NORDINPETALING JAYA Polis sedang menjalankan siasatan berhubung status perkahwinan ibu bapa bayi lelaki yang disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang Selangor Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata sia...
Pihak Hospital Enggan Urus Jenayah Sebab Bil Belum Langsai Bapa Bayi Dibekukan Tampil Cerita Kisah Benar

Pihak Hospital Enggan Urus Jenayah Sebab Bil Belum Langsai Bapa Bayi Dibekukan Tampil Cerita Kisah Benar

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 236 hits
Bapa kepada bayi yang disimpan di dalam peti sejuk selama 16 hari oleh sebuah hospital swasta Safwan Roshdy tampil menceritakan kisah sebenar yang berlaku Pihak hospital mahu Safwan langsaikan bil dulu Difahamkan melalui laporan Harian Metr...
Buntu Urus Jenazah Adik Seberat 420kg Wanita Lega Bomba Amp Ngo Tampil Beri Bantuan

Buntu Urus Jenazah Adik Seberat 420kg Wanita Lega Bomba Amp Ngo Tampil Beri Bantuan

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 196 hits
Seorang wanita berkerusi roda buntu urus jenazah adik yang meninggal dunia tengah hari tadi susulan berat badan allahyarham menjangkau 420 kilogram Menerusi laporan dari Harian Metro Hanoraziah Hassan 60 menyatakan dirinya buntu selepas pih...
Bapa Tak Mampu Bayar Bil Hospital Jenazah Bayi Dibekukan Dua Minggu

Bapa Tak Mampu Bayar Bil Hospital Jenazah Bayi Dibekukan Dua Minggu

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 147 hits
Pengasas Unit Khas Van Jenazah yang dikenali sebagai Mr Wan Cai meluahkan rasa sebak apabila seorang bayi lelaki Muhammad Adham Mikail yang meninggal dunia selepas 30 minit dilahirkan terpaksa dibekukan oleh sebuah hospital swasta selama du...
Pakej Nikah Thailand Kahwin Dulu Bayar Nanti Apa Kata Menteri Agama

Pakej Nikah Thailand Kahwin Dulu Bayar Nanti Apa Kata Menteri Agama

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 249 hits
SITI NUR ZAWANIPakej perkahwinan di Thailand yang menawarkan nikah dahulu bayar kemudian khusus untuk rakyat Malaysia yang ingin menikah di negara seberang mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Na im Mokhtar Ma...
The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Kes Tuntutan Palsu Rm450 Juta Datuk Dicekup Lagi

Continuous Learning In Business

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Suplemen Pesakit Ckd Dan Ihd

Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang Undang Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan

Anaheim Car Owners Are Turning To This Hassle Free Option


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sbdj Siri 225 Penunggu Bilik

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Ada Tak Orang Menyesal Lepas Berdoa

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze