Vaksin Percuma Kita Tidak Selamat Sehinggalah Semua Orang Selamat Khairy


BH ONLINE
KUALA LUMPUR: Malaysia hanya akan selamat daripada pandemik COVID-19 jika penduduk termasuk bukan warganegara yang menetap di negara ini menerima vaksin, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, walaupun rakyat negara ini sudah menerima vaksin kelak, namun ia tidak bermakna mereka selamat kerana Malaysia mempunyai kira-kira tiga juta warga asing yang berkemungkinan menyebabkan virus itu merebak dan menjangkiti penduduk Malaysia.
"Kerana itulah ini (pemberian vaksin percuma kepada bukan warganegara) perlu dilakukan kerana kita tidak selamat sehinggalah semua orang selamat.
"Dalam sains vaksin, jika dapat lebih ramai penerima vaksin, barulah kita selamat dan virus tidak menjangkiti orang lain. Oleh kerana itu, kita sasar 80 peratus penduduk untuk wujudkan imuniti kelompok dan membentuk antibodi yang cukup ramai sehingga virus tidak menjangkiti orang di negara ini.
"Kalau kita (warga tempatan) saja yang terima, kita sendiri tidak selamat kerana mungkin mereka (bukan warganegara) boleh menjangkiti kita atau virus masih boleh merebak dalam kalangan warga asing. Kerana itu pentingnya kita lindungi semua orang. Ini adalah keputusan tepat demi kemanusiaan," katanya.
Khairy, yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata demikian dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel malam tadi bertajuk 'Vaksin: Kendurkan Ketegangan dan Kerisauan terhadap COVID-19.'
Kerajaan dilaporkan bersetuju Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, yang akan bermula pada akhir bulan Februari, bakal membabitkan pemberian vaksin secara percuma kepada bukan warganegara yang menetap di Malaysia.
Ini akan membabitkan semua golongan bukan warganegara yang menetap di Malaysia, namun keutamaan pemberian vaksin COVID-19 adalah kepada warganegara terlebih dulu, selain maklumat dan jadual pemberian vaksin untuk warga asing akan diumumkan kelak.
Keputusan itu selepas mengambil kira persekitaran selamat serta bebas COVID-19 dalam negara hanya boleh dicapai apabila seramai mungkin penduduk diberikan vaksin dan pemberian vaksin dalam tempoh pandemik seperti mana sekarang adalah langkah berperikemanusiaan.
Khairy, yang ditemubual dalam program itu menerusi Skype, turut menjelaskan pemberian vaksin percuma kepada bukan warganegara adalah pendirian kerajaan yang mengharapkan negara lain akan membuat keputusan timbal balik dan membantu rakyat Malaysia di negara mereka.
Beliau juga memperjelas dakwaan kononnya Malaysia menerima vaksin COVID-19 agak lewat berbanding negara maju lain serta negara jiran.
Menurutnya, ini kerana Malaysia lebih fokus kepada perancangan program imunisasi vaksinasi yang lebih cekap dan berkesan untuk dijalankan sepanjang tahun sebaik saja vaksin diterima akhir bulan ini.
"Kita tidaklah lambat sangat seperti Australia, Korea Selatan dan Jepun yang masih mengkaji (vaksin yang sesuai). Saya suka mempercepatkan proses pembelian dan penghantaran dan selama ini mengikut perjanjian termeterai, kita akan terima pada Februari.
"Indonesia dapat awal iaitu vaksin Sinovac kerana mereka adalah tempat ujian, sudah tentu mereka didahulukan (pengeluar). Singapura membuat pelaburan dengan pengeluar vaksin Pfizer-BioNTech dan kerana itu, mereka mendapat keutamaan.
"Saya rasa Malaysia tidaklah lewat sangat kerana kita tepati perjanjian. Apabila kita menerimanya (vaksin), kita akan dapat membuat program vaksinasi. Tidak guna ada vaksin yang banyak tetapi tidak dapat membuat suntikan berkesan.
"Ada negara yang program imunisasi agak lambat dan kita pula merancang untuk selesaikan semuanya dalam tempoh 12 bulan," katanya.
Dalam program kira-kira sejam itu, Khairy turut berkongsi rutin harian beliau yang sentiasa berhubung dengan pengeluar vaksin supaya mematuhi jadual seperti dalam kontrak bagi memastikan tiada sekatan dan penghantaran akan sampai tepat pada masanya.
Pada 8 Januari lalu, Khairy mengumumkan vaksin Pfizer-BioNTech berjaya didaftar oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sekali gus memberi kelulusan bersyarat untuk penggunaan vaksin itu di negara ini.
Selain Malaysia, 49 negara turut memberi kelulusan terhadap vaksin itu, malah sudah ada sebahagian daripada negara terbabit mula menggunakannya.
Untuk rekod, vaksin Pfizer juga vaksin COVID-19 yang pertama mendapat perakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan kecemasan.
Dalam pada itu, Khairy turut menasihati rakyat agar tidak ragu-ragu dan bimbang mengenai tahap keselamatan vaksin yang dibeli kerana ia disahkan bebas daripada sebarang bahan berkaitan haiwan.
Pada 4 Februari lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini, dengan kerajaan menyasar sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin yang akan diberikan secara percuma dalam tiga fasa.
Fasa pertama dari Februari hingga April adalah untuk sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terbabit secara langsung dalam memerangi wabak itu.
Fasa kedua dari April hingga Ogos adalah bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi, selain golongan orang kurang upaya (OKU).
Fasa ketiga pula golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari tahun depan. - BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/vaksin-percuma-kita-tidak-selamat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Tak Selamat Sehingga Semua Orang Selamat Khairy Jawab Isu Pemberian Vaksin Percuma Kepada Bukan Warganegara

Kita Tak Selamat Sehingga Semua Orang Selamat Khairy Jawab Isu Pemberian Vaksin Percuma Kepada Bukan Warganegara

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 219 hits
23 total views 23 views today Malaysia hanya akan selamat daripada wabak Covid 19 jika penduduk termasuk bukan warganegara yang menetap di negara ini telah menerima vaksin kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Khairy be...
Pharmaniaga Jamin Vaksin Coronavac Selamat Berkesan Dan Halal

Pharmaniaga Jamin Vaksin Coronavac Selamat Berkesan Dan Halal

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 216 hits
PHARMANIAGA Bhd memberi jaminan vaksin Covid 19 CoronaVac keluaran syarikat farmaseutikal China Sinovac Life Sciences Co Ltd yang akan diterima rakyat negara ini adalah selamat berkesan dan halal Ketua Bahagian Penyelidikan d
Kerajaan Setuju Beri Vaksin Covid 19 Secara Percuma Kepada Warga Asing

Kerajaan Setuju Beri Vaksin Covid 19 Secara Percuma Kepada Warga Asing

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 231 hits
106 total views 106 views today KUALA LUMPUR 11 Feb Kerajaan setuju Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan yang akan bermula penghujung bulan ini akan turut membabitkan pemberian vaksin secara percuma kepada bukan warganegara yang menetap di...
Terus Doakannya Sihat Berkat Doa Semua Danish Selamat Jalani Pembedahan Di Otak

Terus Doakannya Sihat Berkat Doa Semua Danish Selamat Jalani Pembedahan Di Otak

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 236 hits
Syukur alhamdulillah Ini perkataan pertama yang keluar dari mulut seorang ibu saat diberitahu oleh doktor pembedahan membuang ketumbuhan di otak anak telah selamat dilakukan pada 11 Januari lalu Danish Raykarl Kuat Tiada seorang ibu atau ay...
Muhyiddin Tiada Sebab Lagi Tangguh Parlimen Selepas Semua Mp Menerima Vaksin Covid 19

Muhyiddin Tiada Sebab Lagi Tangguh Parlimen Selepas Semua Mp Menerima Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 303 hits
KOTA KINABALU Tiada lagi sebab untuk Dewan Rakyat tidak bersidang selepas ahli Parlimen menerima vaksin nanti menurut Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin Chan berkata demikian susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yass...
Grab Sasar Beri Vaksin Covid 19 Kepada Semua Pemandu Rakan Penghantaran Jelang Hujung 2022

Grab Sasar Beri Vaksin Covid 19 Kepada Semua Pemandu Rakan Penghantaran Jelang Hujung 2022

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 232 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Grab hari ini mengumumkan pelancaran program vaksinasi COVID 19 di seluruh rantau ini dan menyasarkan semua pekerja pemandu dan rakan rakan kongsi penghantarannyamendapatkan suntikan vaksin itu menjelang akhir
Tiada Alasan Tutup Parlimen Jika Semua Mp Dapat Suntikan Vaksin

Tiada Alasan Tutup Parlimen Jika Semua Mp Dapat Suntikan Vaksin

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 180 hits
Pada 17 Februari 2021Oleh Zamzani HusinTiada lagi alasan untuk menghalang persidangan Parlimen jika semua wakil rakyat diberikan suntikan vaksin Covid 19 kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin Ini selepas Menteri Sains Teknologi da...
50 Rakyat Malaysia Bakal Dapat Vaksin Covid 19 Secara Percuma Perutusan Khas Perdana Menteri

50 Rakyat Malaysia Bakal Dapat Vaksin Covid 19 Secara Percuma Perutusan Khas Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 255 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan perutusan khas berkenaan situasi semasa negara dalam melawan penyakit berjangkit Covid 19 Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa kerajaan berjaya menempah vaksin penghat...
Rakyat Usah Khuatir Npra Luluskan Vaksin Covid 19 Yang Selamat

Rakyat Usah Khuatir Npra Luluskan Vaksin Covid 19 Yang Selamat

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 214 hits
BernamaProf Madya Dr Mohd Ghows Mohd Azzam menegaskan apa sahaja vaksin yang diluluskan oleh NPRA adalah selamat digunakan di negara ini Foto fail REUTERS KUALA LUMPUR Menganalisis data untuk memilih vaksin COVID 19 yang terbaik dan tepat b...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025