Vacuum Cordless Terbaik Harga Mampu Milik Yang Mana Menjadi Pilihan Aku Gadget Rumah
Dibea D18 Cordless Vacuum CleanerKena PKPB semula dari awal Oktober sampailah ke bulan Disember 2020, lepas tu sampai bulan Februari 2021 apa nak buat demi kepentingan semua pihak dan keluarga sendiri kenalah ikut perintah. Sekarang boleh tarik nafas lega sikit kan, pergerakan sesama daerah dah boleh rentas.
Teringat masa PKP lepas-lepas, juju ada kongsikan di media sosial pembelian gadget rumah yang lain tau. Antaranya...
(1) Philips Pressure Cooker,
(2) Portable Induction Tefal, dan
(3) Kuali So Chef Tefal.
Banyak kan? Yang ini semua nanti aku review satu persatu bersama link dimana aku beli tau. Aku suka guna dulu beberapa bulan baru aku kongsikan di blog.
Baru korang tau aku punya review jujur. Kalau tak okey aku jawab tak okey ya. Tunggu!
Seronok, hunting gadget rumah sebab ia memang keperluan zaman kini. Semua berguna dan menyenangkan juju. Lagi-lagi kita jenis bekerja, mestilah kena kumpul orang gaji baru macam gadget rumah. Haha. 😊
Paling teruja! Gadget yang paling di tunggu, sampai dah alhamdulilah!
Tadaaaaa, aku beli Dibea D18 Cordless Vaccum Cleaner link klik 👉 SINI
Terkejut aku, masa datang sekotak je, sekali unboxing wah dua kotak rupanya.
Masa ini Tuhan je yang tau perasaan kami, teruja sangat!
Tegap sungguh ruas cordless Dibea ni, warna gold ni memang cantik. Cat metallic.
Ikut duit poket, ikut wishlist dan ikut peredaran zaman.
Almaklumlah zaman sekarang isu gadget di rumah sudah menjadi satu trend yang juju sendiri suka ikuti dan pelajari.
Semua nak keselesaan, nak cepat dan jimat masa. Lagi satu, alasan kukuh juju sendiri memang nak beli cordless vacuum sebab sendiri ada alami alahan kulit di tangan dan kaki. Jadi nak elak masalah habuk beterbangan semasa menyapu memang kena beli vacuum.
Alasan kukuh kedua bila rumah atas, nak vakum bukan setakat lantai dan sofa di rumah tau, kami ada beberapa kereta yang diparking di bawah rumah.
Menjimatkan !
Jadi bila beli Dibea cordless vacuum (vakum tanpa wayar) lagi menjimatkan duit belanja menjaga kebersihan dalaman kereta. Hanya perlu bayar upah orang basuh kereta sahaja.
Belah dalaman kereta kita sendiri dengan pasangan malahan anak pun boleh tolong vakum di parking bawah rumah.
Hanya perlu caj full dan jangka masa guna lebih kurang 45 min, itu kalau non stop la kan. Takkan nak vakum dalam kereta dan dalam bilik tidur terus 45 min betul tak.
Kadang kita sapu pakai penyapu biasa kat rumah tu je pun dalam 10 min siap.
Antara alatan dia.
Ceraian alat gantian dia pun agak murah dan tak keterlaluan mahal.
Itu sebab juju beli brand ni, sebenarnya perkara ini lah paling utama kalau nak beli sesebuah cordless vacuum, alat ganti mesti kena duit poket kalau tak bye bye haha.
Alahhh macam beli kereta, spare part kena la restu duit poket kalau tak pengsan !
Kata juju?Model lain aku tak pasti, tapi tak kisah jenama apa pun yang pastinya semak duit poket dan tabungan sendiri. Paling penting cara penjagaan tu memungkinkan tahap mana lamanya ia bertahan pun salah satu poin aku rasa patut kita percaya.
Tapi kalau baru sekejap guna tiba-tiba rosak pastikan barang kita beli tu dalam tempoh warranty, macam model di atas juju ada warranty 12 bulan bermaksud satu tahun dari tarikh pembelian.
Kalau nak rosak lepas pada waktu tempoh itu aku rasa okey kot sebab harga beli pun tak ada lah mahal yang amat main ribu-ribu, ni harga ratus-ratus je hehe.
Sporty weh!Tapi kan, aku suka lah model ni, rupa dia ada ala-ala fake jenama terkenal tu...alahhh yang selalu iklan kat TV dan mana-mana media massa yang mahal cecah ribuan ringgit tu.
Jadi bila guna yang ini rasa macam tengah pakai brand tu sebab warna dia dan aksesori dia sangat sporty di mata juju...nama plak Dibea, kelas nama dia ala-ala bergaya hahaha.
Abg Qi umur 9 tahun, tinggi dia dah boleh urus Dibea vaccum cordless tau. Jadi senang lah juju lepas ni boleh bagi kerja hakiki mengemas rumah pada dia hehe.
💗Jangka masa kegunaanAku dah guna dekat 5 bulan lebih dah. Jadi aku dah tahu tahap keupayaan bateri vacuum Dibea.Bateri dia kalau keluasan rumah bawah 1000 kaki persegi, maka dalam 5 ke 6 kali vacuum baru caj semula.Suction ada dua laras. Aku selalu guna laras pertama je sebab kuat dah.Suction kedua lebih kuat khas untuk habuk degil yang susah nak masuk.Senang nak jaga sebab barang dia tak renyah, tak banyak, senang nak buka penapis halus dalam enjin vacuum dia. Ada lampu, senang nak vacuum kawasan gelap terutama bawah sofa.Ehhh ada banyak lagi aku nak cerita.Jadi kita sambung review lagi okey.
So aku tau ramai kawan-kawan juju sendiri ada yang dah beli cordless vacuum dan ada yang tengah mencari sesuai dengan duit poket.
Jadinya selamat sambung wishlist korang dan selamat memenuhi tabungan.
Hasil pertama, fuhhh. Bayangkanlah betapa banyak partikel habuk halus tu di kumpul dalam satu rumah. Banyak gila. Kalau sapu sampah dalam rumah pasti melayang-layang habuk ke perabot lain.
Debu-debu melekat, cuma tepuk-tepuk sikit je dalam tong sampah. Keluar semua.
Tabung juju dah penuh, jadinya inilah masanya untuk menikmati gadget idaman setiap isi rumah. Yihaaaaaaa !
Nampak ada lampu? Kalau tiga bar maksudnya full charge. Jadi boleh buka plug. Alah senang je, caj macam hp tu je. Dah full boleh simpan, nanti bebila nak guna tekan je.
Mana nak beli juju?Tak sabar nak juga macam juju...Ya, ya juju memahami sangat.
Sekarang harga dia makin lagi murah tau, adoiii. Juju dah guna dekat 6 bulan. So far so good. Nanti juju cerita lagi tau detail pasal cordless vaccum ini okey.
Nah link klik dan terus masuk bakul beli terus laju-laju👉 SINI
Selamat bershopping.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.juliajohari.com/2021/03/vacuum-cordless-terbaik-harga-mampu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29