Hp Omen Dengan Spesifikasi Amd Ryzen Diperkenalkan Berkuasa Dari Segala Segi Mampu Milik


HP salah satu nama besar dalam dunia pengkomputeran telah mengeluarkan komputer riba khusus untuk gaming menggunakan cip pemproses dari AMD. Ini merupakan kemunculan pertama buat HP menggunakan cip AMD dalam komputer riba keluaran mereka.
HP OMEN 15 dikuasakan dengan cip pemproses sehingga AMD Ryzen 5000 siri ke-7 dan kad grafik Nvidia Geforce sehingga RTX 3060/3070 untuk kepuasan ketika gaming ataupun untuk kuasa sepenuhnya untuk proses pengeditan video beresolusi tinggi, penghasilan kandungan dan juga untuk penstriman permainan.
Rekabentuk kali ini HP OMEN 15 membawa rekabentuk lebih minimalis berwarna serba hitam dan logo berbentuk permata yang merupakan logo baru untuk siri HP OMEN.
Bahagian papan kekunci ini menggunakan material jenis logam aluminium yang selesa apabila menaip atau ketika gaming. Papan kekunci HP OMEN dikuasai dengan pencahayaan latar belakang RGB untuk setiap kekunci.
HP OMEN 15 yang seberat 2.37kg ini dilengkapi dengan paparan bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan mempunyai kadar segar sehingga 144Hz. Paparan ini juga menggunakan paparan skrin IPS, anti silau, tepi mikro, lampu belakang WLED, berketerangan sehingga 250 nits.

Tanpa penyejukkan yang secukupnya, kuasa yang ada di tangan anda tidak bermakna langsung. HP OMEN 15 dilengkapi dengan OMEN Tempest Cooling Technology. Ciri ini menggunakan 3 bolong sisi dan aliran udara 5 hala menjaminkan stabiliti sistem & tahap optimum suhu ketika sesi gaming.
Dari segi penghasilan audio, HP OMEN 15 menerima talaan dari Bang & Olufsen yang menggunakan pembesar suara dual depan yang akan membuat anda lebih peka pada pergerakan pihak musuh.
Ciri terbina dalam iaitu OMEN Gaming Hub membantu anda memanfaatkan sepenuhnya pengalaman permainan anda dengan lampu latar papan kekunci yang dapat disesuaikan di empat zon. 
HP tidak melupakan peminat PC. Mereka telah melancarkan juga HP OMEN 25L Desktop PC yang dikuasai dengan cip pemproses AMD Ryzen sehingga siri ke-7 dan kad grafik Nvidia GeForce Siri RTX 30 yang membawa permainan dengan kadar hampir nyata dan prestasi yang cukup tinggi yang membolehkan anda bermain permainan yang menuntut spesikasi tinggi untuk dijalankan.
HP OMEN 25L ini dipacukan dengan WD Black PCIe TLC SSD berkapasiti tinggi untuk ruang storan. Tidak dilupakan HyperX DDR4 (dengan DRAM 64 GB HyperX bersertifikasi Intel XMP) menjadi nadi untuk memori capaian rawak.
Dari segi sistem chasis, HP Omen 25L menggunakan khidmat dari CoolerMaster nama yang cukup sinonim. 
Untuk tujuan penyejukan dalaman, radiator udara 92mm yang boleh dikonfigurasi telah dimuatkan dalam HP Omen 25L. Komponen termal boleh dinaiktaraf dengan komponen RGB dari CoolerMaster.
Dengan OMEN Gaming Hub, anda boleh pantau dan kendalikan prestasi PC anda seperti optimumkan tetapan untuk CPU overclocking, memaksimumkan hubungan rangkaian dua hala dengan Network Booster dan tetapan pencahayaan RGB dalaman dan luaran
Dengan panel kaca tempered pilihan dan bingkai logam penuh, HP Omen 25L akan berdiri gah dalam ruang bilik anda dengan pencahayaan RGB yang menghiasi dalaman chasis. Talaan audio pada PC ini menggunakan teknologi DTS® Headphone: X technology yang menjaminkan kualiti audio yang tinggi untuk kepuasan pendengaran pemain.
Permainan anda tidak akan lengkap tanpa aksesori OMEN Vector Essential Mouse dan juga OMEN Blast Headset.

HP OMEN Vector Essential Mouse dengan tanda harga bermula dari RM 159 menampilkan sensor OMEN Radar 1 dan menyokong sehingga 7.200 dpi. OMEN Blast Headset yang bermula dengan tanda harga RM 319 dikuasakan dengan suara sekeliling 7.1 untuk kesedaran spasial 360 darjah. Gunakan OMEN Gaming Hub untuk membuat dan mengurus profil audio unik dan juga talaan untuk semua permainan anda.
Dari maklumat yang kami terima, kami lampirkan harga bagi HP OMEN 15 dan HP OMEN 25L :
HP OMEN 15 – RM 3899  disertakan dengan Perlindungan Kerosakan Tidak Sengaja selama 2 tahun HP OMEN 25L – RM 6899 disertakan dengan waranti On-Site selama 3 tahun Dalam tempoh terhad, anda bakal mendapat :
Dengan setiap pembelian komputer riba OMEN, anda layak menerima e-voucher bernilai RM 100 dari Touch&Go atau Grab Dengan setiap pembelian komputer riba HP Pavilion Gaming, anda layak menerima e-voucher bernilai RM 80 dari Touch&Go atau Grab Tunggu apa lagi? Layari https://store.hp.com/my-en/default/ untuk mendapatkan perkakasan terbaru dari HP selagi stok masih ada.
 
The post HP OMEN Dengan Spesifikasi AMD Ryzen Diperkenalkan : Berkuasa Dari Segala Segi & Mampu Milik appeared first on OMG! Hackers?.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/hp-omen-dengan-spesifikasi-amd-ryzen-diperkenalkan-berkuasa-dari-segala-segi-mampu-milik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Xiaomi Malaysia Melancarkan Mi Vacuum Cleaner G10 Vakum Pintar Nirwayar Xiaomi Yang Mampu Milik

Xiaomi Malaysia Melancarkan Mi Vacuum Cleaner G10 Vakum Pintar Nirwayar Xiaomi Yang Mampu Milik

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 194 hits
Xiaomi Malaysi dan Singapura hari ini mengadakan acara khas pelancaran Mi 11 Tetapi mereka bukan sahaja melancarkan peranti mercu yng ramai nanti nantikan ini Sebaliknya turut melancarkan beberapa peranti berhubung mereka iaitu barangan ele...
Residensi Prihatin Pendaftaran Permohonan Rumah Mampu Milik B40 Wilayah Persekutuan

Residensi Prihatin Pendaftaran Permohonan Rumah Mampu Milik B40 Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 232 hits
RESIDENSI PRIHATIN PENDAFTARAN PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK B40 WILAYAH PERSEKUTUAN Kementerian Wilayah Persekutuan telah melancarkan satu inisiatif baharu bagi membantu golongan B40 di Wilayah Persekutuan memilik rumah iaitu Residensi Prih...
Rumah Mampu Milik 2021 Permohonan Dibuka Untuk Golongan B40

Rumah Mampu Milik 2021 Permohonan Dibuka Untuk Golongan B40

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 337 hits
Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 TEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek projek dan program program perumahan awam dan swasta di Malaysia Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah ...
Qualcomm Mungkin Akan Hadir Dengan Cip Snapdragon 888 Lite Tanpa Modem 5g Untuk Peranti Mercu Lebih Mampu Milik

Qualcomm Mungkin Akan Hadir Dengan Cip Snapdragon 888 Lite Tanpa Modem 5g Untuk Peranti Mercu Lebih Mampu Milik

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 290 hits
Qualcomm Snapdragon 888 adalah cip pemprosesan peranti mercu Android yang dibina berasaskan rekaan 5nm dan bersaing dengan Exynos 2100 dan Apple A14 Cip ini digunakan pada banyak peranti mercu termasuk peranti memfokuskan permua Qualcomm di...
Starlink Internet Berkelajuan Tinggi Milik Elon Musk Bakal Diperkenalkan Di Malaysia

Starlink Internet Berkelajuan Tinggi Milik Elon Musk Bakal Diperkenalkan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 337 hits
Sekiranya anda mengikuti perkembangan Elon Musk beliau menerusi syarikat aeroangkasanya SpaceX memaklumkan mahu menawarkan internet berkelajuan tinggi buat pengguna seluruh dunia menggunakan sambungan daripada satelit Bermula dengan sekadar...
Amd Mengumumkan Kad Grafik Radeon Rx 6700 Xt Dengan Spesifikasi Gaming 1440p Dengan Kadar Segar Semula Tinggi

Amd Mengumumkan Kad Grafik Radeon Rx 6700 Xt Dengan Spesifikasi Gaming 1440p Dengan Kadar Segar Semula Tinggi

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 156 hits
Pada tahun lepas AMD telah melancarkan siri kad grafik terbaru mereka yang terdiri daripada AMD Radeon RX 6800 AMD Radeon RX 6800 XT dan AMD Radeon RX 6900 XT menggunakan teknologi RDNA2 yang menjanjikan kemampuan gaming baik pada resolusi ...
Vacuum Cordless Terbaik Harga Mampu Milik Yang Mana Menjadi Pilihan Aku Gadget Rumah

Vacuum Cordless Terbaik Harga Mampu Milik Yang Mana Menjadi Pilihan Aku Gadget Rumah

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 409 hits
Kena PKPB semula dari awal Oktober sampailah ke bulan Disember 2020 lepas tu sampai bulan Februari 2021 apa nak buat demi kepentingan semua pihak dan keluarga sendiri kenalah ikut perintah Sekarang boleh tarik nafas lega sikit kan pergeraka...
Ssd Nvme Samsung 980 Yang Mampu Milik Dilancarkan

Ssd Nvme Samsung 980 Yang Mampu Milik Dilancarkan

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 208 hits
Dalam dunia SSD Samsung ialah nama yang disegani kerana produk mereka pantas dan boleh diandalkan oleh pembeli Tetapi seperti telefon mercu mereka SSD kelas mercu Samsung ditawarkan pada harga yang tinggi hingga tidak mampu dimiliki semua H...
Tak Mampu Bayar Arisan Rp 300 Juta Mobil Pria Di Badung Dirampas Preman

Tak Mampu Bayar Arisan Rp 300 Juta Mobil Pria Di Badung Dirampas Preman

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 163 hits
Peristiwa itu bermula saat seorang pria berinisial M di Bali tak mampu membayar arisan senilai Rp 300 juta Teman arisannya bernama Ni Kadek Okta Riani membayar preman untuk menagih uang itu
Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Tahukah Anda Fasal Bas Dari London Ke Calcutta

Cheah Liek Hou

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Allah Membuka Aib Kepada Pembuka Aib

Mcmc S Police Report Against Writer Murray Hunter Is High Handed And Has A Chilling Effect On Freedom Of Speech

Keluarga Berang Terima Kiriman Jenazah Individu Lain



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Papagomo Ditahan Aibkan Agong

Tergamak Petik Al Quran Kaki Fitnah Dipanggil Pejuang Rakyat

Normani S Legs And Feet In Tights 5

Jadwal Puasa Sunnah Mei 2024

Wanita Maut Ditikam 30 Kali Di Sepanyol

Tawas Hilangkan Masalah Air Telaga Berbau