Utusan Kena Berubah Untuk Teruskan Hidup Pengarang
Utusan kena berubah untuk teruskan hidup – PengarangPosted By: Pentadbiron: November 09, 2018 Print EmailAkhbar Utusan Malaysia kena insaf dan menilai semula peranannya demi kelangsungannya, kata seorang pegawai kanan syarikat itu.Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan Melayu Berhad (Utusan Malaysia) Datuk Zaini Hassan mengakui mereka sudah buat silap selama ini, kerana sebagai sebuah akhbar ia harus berkecuali walaupun ia dimiliki sebuah parti politik.“Masih ramai lagi yang hidup merempat, makan nasi dengan garam,” katanya di kolum Cuit hari ini. “Utusan harus berubah daripada terus menjadi mata telinga parti kepada suara bangsa dan rakyat jelata.”Beliau berkata Utusan mesti mengembalikan asas kewartawanan yang diperjuangkan akhbar itu sejak awal-awal kelahirannya pada 1938.Zaini berkata Utusan harus berani mengkritik pemiliknya dan kerajaan sekarang yang “harapannya masih tidak berapa jelas”.“Ingatkan cogan kata akhbar ini; Penyebar Fikiran Rakyat. Bukannya penyebar fikiran sang politikus rakus dan parti siyasah sehinggakan yang hitam menjadi putih dan putih menjadi hitam,” katanya.Zaini yang akan meninggalkan akhbar itu pada 30 November ini, selepas 30 tahun dan 6 bulan berkhidmat, memberi amaran akhbar itu akan hancur jika ia tidak berubah.“Yang haq tetap haq, yang salah tetap salah. Yang kotor tetap kotor, yang bersih tetap bersih. Jika satu dunia kata kotor, tetapi kamu menyonsang berkata bersih maka hancurlah Utusan,” katanya.Pada Ahad, Utusan mencetuskan gempar apabila editorialnya menuduh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak seorang pembohong dan mendesaknya meminta maaf berhubung isu dana yang ditemui dalam akaun peribadinya.Syarikat itu dilaporkan tidak lagi mampu menahan kerugian dan kos operasi yang tinggi selepas kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 9 Mei lalu, dan menawarkan skim pemberhentian sukarela keapda separuh daripada lebih 1,400 kakitanganya.Zaini menggesa Utusan memikirkan kepentingan orang Melayu, termasuk menyeru mereka “bertaut di dahan yang mantap dan bukan di ranting rapuh yang sedang dimamah anai-anai” jika perlu.“Jika Utusan merasakan Umno perlu diterajui oleh pemimpin yang lebih mantap demi kelangsungan parti tua Melayu itu, ayuh gerakkan semangat ke arah perubahan itu.“Ayuh, insaflah Utusan. Masih ada cahaya di hujung terowong, walaupun ada yang berkata ‘dah lambat bro’, nasi dah jadi bubur.“Itu pun kalau Utusan mahu berubah lah,” katanya mengakhiri artikel berkenaan. –
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2018/11/utusan-kena-berubah-untuk-teruskan.html