Usul Wajibkan Anggota Parlimen Isytihar Harta Dibentang Di Dewan Rakyat Esok


Ipoh : Satu usul bagi mewajibkan semua Anggota Parlimen termasuk pembangkang, mengisytiharkan pendapatan dan harta masing-masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan dibentangkan pada sesi Sidang Dewan Rakyat esok.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming berkata usul itu akan dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong, sebagai usaha dan reformasi dalam membanteras rasuah dalam negara.
Katanya usaha kerajaan Pakatan Harapan menangani rasuah dengan menggalakkan semua Anggota Parlimen mengisytiharkan pendapatan serta harta, tidak mendapat kerjasama daripada pembangkang.
“Kerajaan telah tunggu setahun, tapi masih belum ada pembangkang sama ada UMNO, MCA, MIC atau PAS, yang mengisytiharkan harta dan aset mereka. 
“Jika PM (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dah isytihar, mengapa Anggota Parlimen lain tidak boleh,” katanya kepada sumber selepas menghadiri Konvensyen Biasa Wanita DAP Perak di sini, hari ini yang dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching selaku Timbalan Ketua Wanita DAP Kebangsaan.
Semakan Bernama di dalam Portal Perisytiharan Harta yang dibangunkan SPRM setakat pukul 2 petang ini, mendapati seramai 124 Anggota Parlimen kerajaan atau 89.2 peratus, telah mengisytiharkan harta mereka, manakala 10.8 peratus atau 15 orang belum berbuat demikian.
Sementara itu, tiada nama mana-mana Anggota Parlimen pembangkang, yang telah mengisytiharkan harta mereka ditemukan dalam ruangan carian.
Menjelas lanjut, Nga yang juga Pengerusi DAP Perak serta Anggota Parlimen Teluk Intan berkata sekiranya usul tersebut diluluskan, mana-mana Anggota Parlimen yang gagal mengisytiharkan harta mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Katanya adalah diharapkan usaha menangani rasuah itu juga dapat diperluas dan dilaksanakan di Dewan Negara, dengan melibatkan Senator.
“Dengan langkah ini, kita dapat tingkatkan kedudukan negara yang kini di tangga ke-61 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahunan, pada 2018,” katanya.
Kira-kira 100 perwakilan dari seluruh Perak hadir konvensyen itu, yang menyaksikan enam usul dibentang dan dibahaskan, antaranya menggesa kerajaan menyediakan lebih banyak subsidi kepada pusat asuhan kanak-kanak dan kemudahan pusat jagaan warga emas, bagi membantu mengurangkan beban keluarga.
Turut dibahaskan usul meminta kerajaan menyelesaikan isu melibatkan kanak-kanak tanpa warganegara.
Sumber : Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/06/30/usul-wajibkan-anggota-parlimen-isytihar-harta-dibentang-di-dewan-rakyat-esok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dewan Rakyat Luluskan Usul Wajibkan Ahli Parlimen Isytihar Harta

Dewan Rakyat Luluskan Usul Wajibkan Ahli Parlimen Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 378 hits
Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan usul untuk mewajibkan semua Anggota Parlimen mengisytiharkan harta masing masing Pengisytiharan harta turut melibatkan pihak pembangkang dan keluarga mereka yang perlu mengisytiharkan pendapata...
Semua Anggota Parlimen Wajib Isytihar Harta Kerana Masing Masing Mempunyai Pengaruh Pm

Semua Anggota Parlimen Wajib Isytihar Harta Kerana Masing Masing Mempunyai Pengaruh Pm

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 301 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan kerajaan akan membentangkan usul di Parlimen mewajibkan semua Anggota Parlimen mengisytiharkan pendapatan dan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Dalam jawapan ringkas kepada media Perdana ...
Usul Isytihar Harta Dibawa Ke Parlimen

Usul Isytihar Harta Dibawa Ke Parlimen

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 251 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata usul pengisytiharan harta semua Ahli Parlimen akan dibawa ke Dewan Rakyat JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook h...
Wakil Rakyat Bersara Perlu Isytihar Harta Ku Li

Wakil Rakyat Bersara Perlu Isytihar Harta Ku Li

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 221 hits
Kita amat bersetuju dengan pendapat Ku Li tertutama bagi wakil wakil rakyat yang telah lama berkhidmat dan pernah menjawat jawatan sebagai Exco atau Menteri di peringkat persekutuan Malah seseorang yang pernah menjadi Perdana Menteri selama...
Dewan Rakyat Anggota Dewan Rafak Sembah Atas Kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah

Dewan Rakyat Anggota Dewan Rafak Sembah Atas Kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 429 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Isytihar Harta Pas Nafi Perkuda Agama

Isytihar Harta Pas Nafi Perkuda Agama

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 310 hits
Sinar Harian Tuan Ibrahim berkata Pas mengambil tindakan yang lebih tegas dalam memastikan ketelusan dalam parti dengan menyaring calon calon mereka yang akan bertanding dalam pilihan raya Gambar fail KUALA LUMPUR Pas menafikan tohmahan mem...
Benarkah Hadis Islam Tak Benarkan Isytihar Harta

Benarkah Hadis Islam Tak Benarkan Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 253 hits
Muslim dan bukan Muslim telah bertanya apakah benar dakwaan yang menyatakan Nabi SAW tidak membenarkan orang politik mengistiharkan harta Bagi yang bukan Muslim mereka nampak semacam begitu kecewa jika demikian ajaran Islam Saya rasa saya p...
Tuan Ibrahim Guna Hadis Palsu Tolak Isytihar Harta

Tuan Ibrahim Guna Hadis Palsu Tolak Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 429 hits
Wan Ji Wan Hussin Pada asasnya Islam amat menekankan isu integriti akauntabiliti dan ketelusan dalam berpolitik Apatah lagi salah satu sifat utama Nabi Muhammad SAW ialah al amin Zaman kini ia disebut integriti Tidak bersedia mengisytihar h...
Dulu Tuan Ibrahim Suruh Najib Rosmah Isytihar Harta

Dulu Tuan Ibrahim Suruh Najib Rosmah Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 475 hits
Haspaizi Zain Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengingatkan Tuan Ibrahim Tuan Man berkenaan cabaran timbalan presiden PAS itu agar Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk mengisytiharkan harta beberapa tahun lal...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda