Usul Singkir Pm Tindakan Pentingkan Diri Ketika Krisis Covid 19


Mohd Hisham Malek



Ketika perang menentang pandemik Covid-19 masih berterusan, muncul kembali terma “usul percaya” dan “usul tidak percaya” menjelang persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei ini.

Satu usul sudah dikemukakan Ahli Parlimen Semporna, Shafie Apdal yang juga presiden Warisan mendakwa Dr Mahathir Mohamad mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menjadi perdana menteri.

Namun, usul itu dilaporkan ditolak Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof atas alasan tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam urusan melantik perdana menteri.

Bagi penulis, isu usul percaya atau tidak percaya bukan persoalan ketika ini.

Persoalannya adalah adakah tindakan itu wajar dilakukan semasa negara masih dibelenggu masalah dan krisis lebih besar berbanding siapa yang lebih layak menjadi perdana menteri.

Adakah perang melawan Covid-19 yang sudah meragut lebih 100 nyawa di Malaysia dilihat sebagai perkara enteng?

Adakah terdesak benar negara kita mahukan seorang pemimpin baru ketika Muhyiddin Yassin dilihat berjaya melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan dalam memimpin kerajaan dan mengetuai “perang” melawan virus maut ini?

Penulis tertanya-tanya kenapa isu usul percaya atau tidak percaya berkaitan kepemimpinan negara tidak ditangguhkan seketika, tunggulah sehingga krisis Covid-19 reda.

Ketika jentera kerajaan bergerak lancar di “medan perang”, kenapa tumpuan mereka mahu diganggu isu politik yang tidak berkesudahan sejak perubahan kerajaan 2 tahun lalu.

Adakah rakyat peduli siapa yang menjadi perdana menteri, andai ancaman Covid-19 menjadi-jadi semula nanti akibat ketamakan kuasa orang politik yang lebih mementingkan diri sendiri?

Bagaimana pula nanti dengan dasar ekonomi andai kerajaan tidak stabil akibat gangguan-gangguan tidak perlu, sedangkan usaha terbaik perlu digerakkan bagi memulihkan ekonomi yang terjejas akibat Covid-19.

Dalam menghadapi krisis, keputusan penting berkaitan dasar atau apa saja yang perlu harus dibuat secepat mungkin, tidak boleh dibebankan kepada pegawai kerajaan atau bertawakal mengharapkan keajaiban.

Sebab itu, penulis melihat cubaan pihak-pihak, sama ada Pakatan Harapan atau blok tertentu yang mahu menyingkirkan perdana menteri melalui usul di Dewan Rakyat sebagai tindakan mementingkan diri sendiri.

Sekali lagi, penulis mahu bertanya, tidak bolehkah kita semua tunggu sehingga perang menentang Covid-19 dimenangi atau sekurang-kurangnya sehingga krisis pandemik ini berjaya dikawal?

Selepas itu, pihak terbabit boleh mengusulkan apa pun yang mahu di Dewan Rakyat.

Apa yang perlu ditakutkan jika mereka mempunyai cukup sokongan untuk mengubah kerajaan?

Apa yang dikhuatirkan adalah tindakan sebegini boleh menyebabkan Parlimen tergantung dan mungkin memaksa pilihan raya umum diadakan lagi, walaupun baru 2 tahun rakyat mengundi.
Andai itu berlaku, apa akan terjadi kepada rakyat?

Andai ia berlaku ketika perang menentang Covid-19 masih berlanjutan, bagaimana dengan kos rawatan perubatan, pembelian peralatan serta lain-lain keperluan.

Buat masa ini, cubalah bermuafakat, kasihanilah rakyat.

*Mohd Hisham Malek ialah pembaca FMT.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/usul-singkir-pm-tindakan-pentingkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Bijak Cuba Singkirkan Muhyiddin Ketika Krisis Covid 19

Tak Bijak Cuba Singkirkan Muhyiddin Ketika Krisis Covid 19

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 310 hits
PETALING JAYA Pakar sains politik dan aktivis sosial Chandra Muzaffar mempersoalkan kebijaksanaan dalam tindakan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika negara berdepan penularan Covid 19 Katanya nega...
Dipercayai Hadapi Tekanan Melampau Jadi Frontliner Kekang Covid 19 Doktor Ditemui Bunuh Diri

Dipercayai Hadapi Tekanan Melampau Jadi Frontliner Kekang Covid 19 Doktor Ditemui Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 346 hits
Seorang pengarah perubatan di sebuah jabatan kecemasan hospital di Manhattan Amerika Syarikat dilaporkan membunuh diri dipercayai kerana tekanan akibat pandemik COVID 19 Doktor tersebut yang juga petugas barisan hadapan COVID 19 ditemui mat...
Hipokrasi Politik Ketika Covid

Hipokrasi Politik Ketika Covid

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 224 hits
1 Semalam saya menulis mengenai keperluan mendahului Rakyat dan Negara Undi tidak percaya kepada Kerajaan perlu ditunda Kita taknak Kerajaan ada vacuum takut kalau bubar parlimen atau tukar kerajaan berapa lama pula rakyat kena tunggu Pada ...
Doktor Frontliner New York Bunuh Diri Stress Tangani Pesakit Covid 19

Doktor Frontliner New York Bunuh Diri Stress Tangani Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 455 hits
Doktor Frontliner New York Bunuh Diri Stress Tangani Pesakit COVID 19Dr Lorna M Breen bekerja sebagai pengarah perubatan di jabatan kecemasan Hospital NewYork Presbyterian Allen tinggal bersama keluarganya di Charlottesville Virginia ditemu...
Covid 19 11 Warga Asing Larikan Diri Selepas Jalani Ujian Saringan Ditahan Bukit Aman

Covid 19 11 Warga Asing Larikan Diri Selepas Jalani Ujian Saringan Ditahan Bukit Aman

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 390 hits
KUALA LUMPUR 6 Mei Seramai 11 individu daripada 145 warga asing yang melarikan diri selepas menjalani ujian saringan wabak COVID 19 di tapak pembinaan Pavilion Embassy Jalan Ampang di sini kelmarin ditahan polis Pengarah Jabatan Siasatan Je...
20 000 Sukarelawan Menawarkan Diri Dijangkiti Covid 19 Bagi Mempercepatkan Proses Pencarian Vaksin

20 000 Sukarelawan Menawarkan Diri Dijangkiti Covid 19 Bagi Mempercepatkan Proses Pencarian Vaksin

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 259 hits
Pakar perubatan meramalkan vaksin pertama Covid 19 akan hanya berjaya dihasilkan menjelang awal 2021 Proses mencari vaksin bagi mencegah virus ini mengambil masa yang lama kerana saintis masih lagi mengkajinya dan ujian ke atas manusia perl...
Hiburan I M Okay Now Hafreez Adam Dedah Pernah Cederakan Diri Sendiri Ketika Alami Tekanan Hidup

Hiburan I M Okay Now Hafreez Adam Dedah Pernah Cederakan Diri Sendiri Ketika Alami Tekanan Hidup

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 346 hits
Walaupun macam mana minat pun anda terhadap mana mana artis anda belum pasti benar benar mengenalinya Sama juga dengan Hafreez Adam yang membuat pengakuan mengejut mengatakan bahawa dia pernah menoreh tangan suatu ketika dahulu dek masalah ...
145 Pekerja Binaan Larikan Diri Selepas Ujian Covid 19

145 Pekerja Binaan Larikan Diri Selepas Ujian Covid 19

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 365 hits
Minderjeet Kaur Lebih 100 pekerja asing menyembunyikan diri selepas menjalani ujian saringan Covid 19 PETALING JAYA Sekumpulan pekerja asing menghilangkan diri selepas ujian saringan dilakukan ke atas mereka yang menjadi kontak kepada peker...
Profesor Ditemui Mati Ketika Hampir Membuat Penemuan Besar Berkaitan Covid 19

Profesor Ditemui Mati Ketika Hampir Membuat Penemuan Besar Berkaitan Covid 19

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 246 hits
Dr Bing Liu bakal membuat penemuan besar mengenai Covid 19 namun ditemui ditembak mati Seorang penyelidik yang mendapat pendidikan di Singapura ditemui mati dibunuh di saat dia hampir menyiapkan hasil kajiannya dan bakal membuat penemuan be...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba