Dipercayai Hadapi Tekanan Melampau Jadi Frontliner Kekang Covid 19 Doktor Ditemui Bunuh Diri
Seorang pengarah perubatan di sebuah jabatan kecemasan hospital di Manhattan, Amerika Syarikat (US) dilaporkan membunuh diri, dipercayai kerana tekanan akibat pandemik COVID-19.
Doktor tersebut yang juga petugas barisan hadapan COVID-19 ditemui mati di Charlottesville, kata jurucakap untuk jabatan polis tempatan, Tyler Hawn kepada Daily News.
“Pihak polis menerima panggilan kecemasan perubatan pada Ahad, dalam masa sama mangsa dikejarkan ke UVA Health System University Hospital namun meninggal dalam perjalanan akibat kecederaan parah,” tambah Hyler.
Ayahnya berkata, kes-kes jangkitan yang dikendalikannya sudah terlalu banyak dan mangsa sendiri sakit menderita kerana virus tersebut.
“Mangsa mula kembali bekerja setelah beberapa minggu dirawat. Sesudah itu, pihak hospital menghantarnya semula kembali ke rumah dan akhirnya pihak keluarga membawanya ke Virginia.
“Dia seorang yang cukup bertenaga, namun saya tidak tahu apa yang terjadi padanya, seolah-olah ada sesuatu yang ‘meletup’ dalam dirinya hingga dia ambil keputusan itu.
“Dia tiada sejarah sebarang penyakit mental seperti kemurungan, namun pada hari terakhir sebelum kematiannya, dia memberitahu bahawa betapa sakitnya melihat seorang demi seorang pesakit COVID-19 terkorban, termasuklah yang beberapa orang daripadanya dibawa dari ambulans.
“Apa-apa pun yang pastinya, dia pergi sebagai hero. Dia telah melakukan tugasnya dengan baik dan akhirya, ia membunuhnya,” katanya lagi.
Sementara itu, tragedi yang sama turut menimpa seorang lagi petugas barisan hadapan di negara itu.
Seorang juruteknik perubatan kecemasan (EMT) di Bronx dilaporkan turut membunuh dirinya sendiri.
Media melaporkan, mangsa bertindak demikian kerana mungkin akibat tekanan yang melanda setelah bertugas di bahagian panggilan kecemasan COVID-19 selama tiga bulan tanpa henti.
US kini menduduki negara jangkitan COVID-19 tertinggi di dunia dengan rekod lebih 1 juta kes dan lebih 50,000 kematian dilaporkan.
Sumber: New York Post, New York Daily News
The post Dipercayai Hadapi Tekanan Melampau Jadi “Frontliner” Kekang COVID-19, Doktor Ditemui Bunuh Diri appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/04/28/dipercayai-hadapi-tekanan-melampau-jadi-frontliner-kekang-covid-19-doktor-ditemui-bunuh-diri/