Usul Pm Sepenggal Perlu Di Bawa Ke Majlis Presiden Ph


Wartawan Malaysiakini Diterbitkan Hari ini 3:21 petang

AGM Bersatu | Cadangan untuk membolehkan Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri selama sepenggal perlu dibawa ke Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk dibincangkan.

Menurut Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, cadangan tersebut datang daripada akar umbi parti, namun Bersatu mengambil pendekatan untuk menyokong sepenuhnya keputusan Dr Mahathir.

“Pemuda Bersatu akan beri sokongan penuh kepada Tun mengikut cita rasa Tun. Kita kena dengar (pandangan) Tun dan kita akan sokong Tun,” katanya kepada pemberita di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Beliau merujuk kepada cadangan daripada bahagian Bersatuan Setiawangsa sebelum ini agar Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga penggal berikutnya.
Kata Syed Saddiq, perkara itu bukanlah pertama kali dibangkitkan.

Bagaimanapun, pada 3 Nov lalu, Mahathir berjanji akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar selepas dua tahun.

Berkongsi pendapat senada, Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir merasakan Mahathir perlu diberi ruang dan peluang seluas-luasnya untuk memperbetul keadaan negara yang teruk sebelum menyerahkan jawatannya kepada pengganti.

“Ya saya sendiri secara peribadi memanglah rasa ia satu cadangan yang baik kerana sepertimana yang pernah saya nyatakan sebelum ini kita mewarisi satu kerajaan yang teruk, hendak memulihkannya bukan satu perkara yang mudah,” katanya.

Seperti Syed Saddiq, anak lelaki Mahathir itu bersetuju agar perkara tersebut dibawa untuk dibincangkan di peringkat Majlis Presiden PH.

Tak bercanggah rancangan lantik Anwar

Disoal sama ada usul itu bercanggah dengan rancangan bagi melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas dua tahun PH membentuk kerajaan, Mukhriz menafikannya.

“Setakat apa yang saya tahu ia tidak kontradik kerana kita masih merancang untuk Anwar menjadi perdana menteri selepas Mahathir, isunya adalah waktu.

“Kita pastikan semua apa yang kerajaan perlu selesaikan dahulu, dan kemudian baru kita rasa selesa dengan situasi itu (untuk menyerahkan jawatan perdana menteri),” katanya lagi.

Terdahulu, salah seorang perwakilan dari Kelantan Bersatu mencadangkan agar jawatan perdana menteri yang disandang Dr Mahathir Mohamad dikekalkan sehingga PRU-15.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, salah seorang anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi Bersatu mengulangi pendirian Bersatu untuk menyokong peralihan kuasa yang telah dipersetujui sejak penubuhan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu.

'Perasaan Anwar, isteri perlu ditinjau'

Sementara itu, bagi Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Dr Rais Yatim, biarpun cadangan tersebut dilihat sebagai satu pandangan yang baik, namun harus mengambil kira perasaan parti komponen PH yang lain.

“Penerimaan terhadap Tun adalah sangat munasabah. Dan personaliti beliau dapat menaungi banyak hal dan membaiki prestasi kenegaraan.

“Namun apa yang disuarakan mungkin tidak dapat diterima oleh parti komponen PH.

“Saya kira pandangan ini pandangan baik, namun perasaan Anwar Ibrahim dan isterinya dan juga kumpulan beliau perlu ditinjau dari sudut lebih munasabah dan praktikal,” katanya lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/usul-pm-sepenggal-perlu-di-bawa-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inayah Wahid Kita Mau Milih Presiden Bukan Pilih Nabi Jangan Bawa Agama

Inayah Wahid Kita Mau Milih Presiden Bukan Pilih Nabi Jangan Bawa Agama

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 343 hits
Putri bungsu Presiden keempat Abdurrahman Wahid atau yang akrab disapa Gus Dur Inayah Wulandari Wahid berharap Pemilu 2019 tidak lagi memainkan isu agama Dia menilai tidak seharusnya agama disangkutpautkan dengan politik
Ucapan Penuh Presiden Bersatu Di Majlis Perasmian Persidangan Tahunan Srikandi Armada 2018

Ucapan Penuh Presiden Bersatu Di Majlis Perasmian Persidangan Tahunan Srikandi Armada 2018

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 504 hits
YB TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSINPRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA ERA BAHARU PERJUANGAN MELAYU DI MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN TAHUNANSRIKANDI DAN ARMADAPARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA 2018PADA 28 DISEMBER 2018 PUKUL 9 00 MA...
Jk Usul Pelaksanaan Pemilu Legislatif Dan Presiden Kembali Dipisah

Jk Usul Pelaksanaan Pemilu Legislatif Dan Presiden Kembali Dipisah

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 174 hits
Wakil Presiden Jusuf Kalla mengusulkan kepada Ketua DPR Bambang Soesatyo agar memisahkan antara pemilihan legislatif dan pemilihan presiden Sebab kata JK saat ini Pemilu sangat sulit dan rumit
Tidak Bolehkah Majlis Presiden Putuskan Segera Masa Sebenar Peralihan Kuasa

Tidak Bolehkah Majlis Presiden Putuskan Segera Masa Sebenar Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 349 hits
Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Saifuddin Abdullah mengesahkan wujud perjanjian berkaitan penyerahan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim Katanya perjanjian bertulis itu juga merupakan persetujuan Maj...
Usul Dr Mahathir Kekal Perdana Menteri Sepenggal

Usul Dr Mahathir Kekal Perdana Menteri Sepenggal

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 238 hits
Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia membentang usul supaya Dr Mahathir dikekalkan sebagai Perdana Menteri sehingga PRU yang akan datang pada 2023 Satu usul bagi meminta supaya Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perda...
Fahri Tuding Kpu Tak Profesional Usul Presiden Kembali Dipilih Mpr

Fahri Tuding Kpu Tak Profesional Usul Presiden Kembali Dipilih Mpr

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 222 hits
Fahri Tuding KPU Tak Profesional Usul Presiden Kembali Dipilih MPR Menurutnya debat kandidat harusnya digelar di setiap provinsi agar masyarakat tahu apa gagasan pasangan calon di daerah Bukannya malah mempersempit ruang gerak karena dinila...
Percayakah Majlis Presiden Tidak Pernah Bincang Tempoh Masa Tun M Menjadi Pm

Percayakah Majlis Presiden Tidak Pernah Bincang Tempoh Masa Tun M Menjadi Pm

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 263 hits
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan tidak pernah membincangkan berhubung tempoh masa bagi jawatan Perdana Menteri yang kini disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata paka...
Gesa Tindakan Tatatertib Buat Ahli Pertikai Leputusan Presiden

Gesa Tindakan Tatatertib Buat Ahli Pertikai Leputusan Presiden

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 201 hits
KUALA TERENGGANU PKR Terengganu menggesa tindakan tatatertib tanpa pilih kasih dikenakan terhadap mana mana ahli mahupun pemimpin yang mempertikai atau mengkritik kepemimpinan tertinggi pusatPengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Terengganu A...
Trump Ngaku Bicara Dengan Presiden Xi Soal Perang Dagang As Dan China

Trump Ngaku Bicara Dengan Presiden Xi Soal Perang Dagang As Dan China

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 311 hits
Masing masing pemimpin Amerika Serikat dan China menyatakan ada kemajuan komunikasi kedua negara pada Sabtu 29 Desember Setelah dilakukan pembicaraan via telepon tentang upaya penyelesaian perang dagang yang mengguncang pasar global
Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Labour Group Urges Govt To Intervene In Suhakam S Salary Increment Woes


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

Advertise Up To 200 Million Emails

Sibuk Mencari Barang Dekat Nilai 3

Toha Arifin Selamatkan Palestin Chord

Dual Language Programme Malaysia Maksud Senarai Sekolah

Stay Strapped How To Transport A Motorcycle The Right Way