Tidak Bolehkah Majlis Presiden Putuskan Segera Masa Sebenar Peralihan Kuasa




Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Saifuddin Abdullah mengesahkan wujud perjanjian berkaitan penyerahan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim.


Katanya, perjanjian bertulis itu juga merupakan persetujuan Majlis Presiden Pakatan Harapan.


Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Luar Negeri berkata, perjanjian itu tidak menyebut penyerahan jawatan itu mesti dilakukan oleh Tun Mahathir kepada Anwar dalam tempoh masa dua tahun sebagaimana yang banyak diperkatakan ramai.


"Pakatan Harapan cuma mempunyai keputusan dan perjanjian bahawa selepas Tun Mahathir, Anwar adalah Perdana Menteri seterusnya.


"Kita tidak bincang tempoh masa kerana mereka adalah tokoh besar yang saling memahami perkara tersebut, ujar beliau lagi.


Kenyataan Saifuddin ini dengan sendirinya selari dengan kenyataan Anwar pada 12 Ogos lalu yang menyebut wujud perjanjian bertulis berhubung peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepadanya.


Anwar turut mengesahkan perkara tersebut adalah kesepakatan parti-parti dalam Pakatan Harapan.


Maka, daripada mana timbulnya isu dua tahun itu?


Sebetulnya, jika kita masih ingat, tempoh masa dua tahun itu mula-mula disebut sendiri oleh Tun Mahathir sebagai menjelaskan pertanyaan orangramai tentang berapa lama beliau harus menjadi Perdana Menteri.


Berdasarkan usianya, tempoh masa dua tahun itu dianggap Tun Mahathir bersesuaian untuk beliau memulihkan ekonomi negara, menunaikan sebahagian janji manifesto dan melakukan beberapa perubahan dalam negara sebelum menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya, Anwar.


Bagaimanapun, dalam beberapa kenyataan media atau dalam perjumpaan lainnya, Tun Mahathir juga selalu berkata, "mungkin dua tahun, mungkin lebih dan mungkin kurang".


Sehubungan itu, bila sebenarnya peralihan kuasa itu akan dilakukan oleh Tun Mahathir kepada Anwar terus menjadi misteri sehinggalah sekarang.


Orang ramai pula tidak henti-henti bercakap dan membuat pelbagai tafsiran mengenainya.


Dalam hal ini, bagi meredakan kemelut tersebut daripada terus berpanjangan dan menimbulkan pelbagai polemik yang akhirnya meretakkan Pakatan Harapan, adalah lebih baik soal tempoh masa peralihan kuasa ini dibincangkan semula dalam mesyuarat Majlis Presiden.


Malah, untuk membuktikan kejujurannya mahu menyerahkan kuasa, Tun Mahathir sendiri sebaiknya membawa soal peralihan kuasa itu dalam mesyuarat Majlis Presiden agar dapat diputuskan satu tarikh yang tetap untuk perlaksanaan penyerahan kuasa kepada Anwar sebagaimana yang sudah dijanjikan itu.


Membiarkan ia tergantung tanpa kepastian, selain lebih banyak buruknya, bahkan semakin lama  semakin mencetuskan elemen perpecahan dalam Pakatan Harapan sendiri.


Tun, ada masalahkah untuk Tun berbuat demikian? (ShahbudinHusin 02/01/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/tidak-bolehkah-majlis-presiden-putuskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percayakah Majlis Presiden Tidak Pernah Bincang Tempoh Masa Tun M Menjadi Pm

Percayakah Majlis Presiden Tidak Pernah Bincang Tempoh Masa Tun M Menjadi Pm

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 263 hits
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan tidak pernah membincangkan berhubung tempoh masa bagi jawatan Perdana Menteri yang kini disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata paka...
Biar Tun M Dan Anwar Putuskan Tempoh Peralihan Kuasa

Biar Tun M Dan Anwar Putuskan Tempoh Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 251 hits
KUANTAN Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan belum memutuskan tempoh peralihan kuasa antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdull...
Pelan Peralihan Kuasa Sudah Dipersetujui

Pelan Peralihan Kuasa Sudah Dipersetujui

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 367 hits
Saya menyedari terdapat berbagai bagai andaian terkait soal peralihan kuasa yang dipetik oleh media perdana dan media sosial dengan mengandaikan wujudnya pertembungan dalam kalangan pimpinan Saya ingin mengulangi bahawa tidak wujud sebarang...
Usul Pm Sepenggal Perlu Di Bawa Ke Majlis Presiden Ph

Usul Pm Sepenggal Perlu Di Bawa Ke Majlis Presiden Ph

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 279 hits
Diterbitkan Hari ini 3 21 petangAGM Bersatu Cadangan untuk membolehkan Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri selama sepenggal perlu dibawa ke Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk dibincangkan Menurut Ketua Pemuda Parti Pribumi ...
Sedar Kuasa Rakyat Pm Belum Putuskan Nasib Waytha

Sedar Kuasa Rakyat Pm Belum Putuskan Nasib Waytha

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 253 hits
20 December 2018Tun Dr Mahathir Mohamad berkata apabila sebuah kerajaan mengalami ketidakpercayaan ia akan ditolak rakyat Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 20 Dis Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad belum memutuskan sama ada Menteri di...
Salah Tanggapan Baca Surah Yusuf Masa Hamil Anak Boleh Jadi Comel Ibu Ini Kongsi Manfaatnya Yang Sebenar

Salah Tanggapan Baca Surah Yusuf Masa Hamil Anak Boleh Jadi Comel Ibu Ini Kongsi Manfaatnya Yang Sebenar

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 671 hits
Ada yang beranggapan membaca surah Yusuf masa hamil bukan untuk dapat anak rupa paras comel cantik Tapi ibu ini kongsi manfaat yang sebenar dan amalan yang patut dilakukan bakal ibu dan ayah supaya proses kehamilan kelahiran dipermudahkan A...
Ucapan Penuh Presiden Bersatu Di Majlis Perasmian Persidangan Tahunan Srikandi Armada 2018

Ucapan Penuh Presiden Bersatu Di Majlis Perasmian Persidangan Tahunan Srikandi Armada 2018

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 504 hits
YB TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSINPRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA ERA BAHARU PERJUANGAN MELAYU DI MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN TAHUNANSRIKANDI DAN ARMADAPARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA 2018PADA 28 DISEMBER 2018 PUKUL 9 00 MA...
Anwar Ulangi Dr M Saya Dah Setuju Peralihan Kuasa

Anwar Ulangi Dr M Saya Dah Setuju Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 429 hits
Malaysiakini 7 Januari 2019 Presiden PKR Anwar Ibrahim mengulangi kenyataan beliau dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju mengenai pelan peralihan kuasa Dalam suatu kenyataan hari ini Anwar berkata spekulasi pertelingkahann...
Anwar Ulang Isu Peralihan Kuasa Tiada Konflik Dengan Dr Mahathir

Anwar Ulang Isu Peralihan Kuasa Tiada Konflik Dengan Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 259 hits
Foto Astro AwaniKUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa tidak ada isu timbul antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau berhubung soal peralihan jawatan nombor satu negara Dalam satu k...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities