Usul Percaya Sama Macam Usul Undi Tidak Percaya Apa Guna Pas Bawa Usul Ini




Usul percaya adalah sama dari segi hasil atau keputusannya dengan usul undi tidak percaya.Sebelum ini, Tun Mahathir Mohamad telah memohon untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan ia telah pun diterima oleh Speaker Dewan Rakyat untuk dibentangkan di Parlimen.Oleh kerana Sidang Parlimen pada 18 Mei lalu tiada sessi perbahasan, kemungkinan besar usul itu akan diberi laluan untuk dibentangkan dalam sessi yang akan bermula 13 Julai depan.Usul undi tidak percaya itu adalah untuk menguji dan menentukan sama ada Muhyiddin benar-benar ada sokongan majoriti daripada 222 Ahli Parlimen seluruh negara.Berdasarkan sususan tempat duduk pada Sidang Parlimen 18 Mei lalu, penyokong kerajaan didapati hanya mempunyai kelebihan dua Ahli Parlimen saja.Kemudian, Ahli Parlimen Seri Aman, Sarawak, Masir Kujat mengisytiharkan dirinya adalah bersama pembangkang, meskipun tempat duduknya diletakkan di barisan kerajaan.Kata beliau, kedudukannya telah ditentukan dan oleh itu beliau tiada pilihan melainkan duduk saja di tempat yang telah disediakan untuknya pada Sidang Parlimen 18 Mei lalu.Selepas itu, Ahli Parlimen Sri Gading, Dr. Shahruddin Salleh membuat kejutan dengan meletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerjaraya, satu lagi tamparan terhadap kepimpinan Muhyiddin.Seterusnya, Ahli Parlimen Lubuk Antu di Sarawak, Tambat @Jugah anak Mayang daripada PKR mengumumkan keluar parti dan menyokong Muhyiddin serta PN.Dengan rentetan realiti itu, hakikatnya kedudukan Muhyiddin adalah goyang dan rapuh dalam berhadapan usul undi tidak percaya yang bakal dibawa oleh Tun Mahathir nanti di mana majoritinya hanya sekitar satu atau dua undi saja.Sekarang, dalam perkembangan terbaru, Pas yang bersama dalam kerajaan PN pimpinan Muhyiddin telah mengesahkan bahawa mereka akan membentangkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri pada Sidang Parlimen bermula 13 Julai depan.Menurut Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, usul percaya itu dibentangkan untuk menzahirkan sokongan terhadap kepimpinan Muhyiddin yang telah menerajui negara sejak 1 Mac, baru-baru ini.Sebagaimana disebut pada awal, dari segi keputusan akhir, hasil daripada usul undi tidak percaya dengan usul percaya adalah sama saja.Dalam usul undi tidak percaya, oleh kerana tujuannya ialah untuk menunjukkan Muhyiddin tiada sokongan, jika undi menyokong adalah lebih tinggi berbanding undi menentang, kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri akan tergugur melaluinya.Di sini, pihak yang membawa usul harus berusaha, selain memastikan sokongan pembangkang kekal tidak berubah, juga menambah undi daripada pihak kerajaan yang mungkin ada Ahli Parlimen tertentu mempunyai sebab-sebab tersendiri tidak setuju dengan kepimpinan Perdana Menteri.Sokongan daripada Ahli Parlimen tertentu kerajaan terhadap usul undi tidak percaya boleh juga dizahirkan dengan cara mereka berkecuali atau tidak hadir Sidang Parlimen yang akan menyebabkan undi pihak kerajaan berkurangan.Dalam usul undi percaya pula, sesuai dengan tujuannya untuk mengekalkan kedudukan Muhyiddin selaku Perdana Menteri, Pas yang membawa usul tersebut juga mesti berusaha memperolehi sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen.Sebaliknya, kalau sokongan majoriti gagal diperolehi, undi percaya itu dikira gagal dan kedudukan Muhyiddin dikira jatuh.Dalam usul undi percaya, selain pembangkang sudah pasti tidak memberi sokongan, undi daripada pihak kerajaan sendiri boleh berkurangan daripada yang dijangkakan.Ia misalnya, jika ada Ahli Parlimen kerajaan menunjukkan sikap tidak menyokong dengan cara tidak hadir Sidang Parlimen atas pelbagai alasan yang boleh direka atau dicipta, tetapi sebenarnya ada perasaan tidak puas hati yang telah lama terpendam atau kerana tidak diberikan sebarang jawatan.Dalam keadaan sokongan terhadap Muhyiddin hanya berkelebihan satu atau dua undi, ketidakhadiran dua atau tiga Ahli Parlimen kerajaan tentu saja boleh menggugat kedudukan Muhyiddin, baik dalam usul undi tidak percaya atau usul percaya.Dengan yang demikian, sementara tujuan Tun Mahathir mengemukakan usul undi tidak percaya adalah jelas untuk menumbangkan Muhyiddin, tetapi apakah niat Pas mengemukakan usul percaya itu?Ini kerana, di sebalik niatnya mahu menunjukkan bahawa Muhyiddin memiliki sokongan, ia boleh juga memperlihatkan Perdana Menteri sudah tiada sokongan.Tentulah sebenarnya lebih lurus jika Pas hanya berdiam diri saja dan tidak gatal tangan mengemukakan usul percaya yang dalam masa sama boleh menjejaskan kedudukan Muhyiddin dalam kedudukan sokongan yang dimilikinya begitu kabur dan tidak menentu.Apakah dalam hal ini, Pas sedang ada perancangan bersama UMNO agar pilihanraya mengejut segera diadakan dan Muafakat Nasional boleh meletakkan calonnya sendiri sebagai Perdana Menteri? (Shahbudindotcom 27/06/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/usul-percaya-sama-macam-usul-undi-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Undi Percaya Pas Buat Muhyiddin Ada Maksud Tersirat

Usul Undi Percaya Pas Buat Muhyiddin Ada Maksud Tersirat

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 331 hits
Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail berkata usul undi percaya PAS terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai maksud tersirat Azan menyorot bahawa PAS sebelum ini juga pernah ingi membuat usul percaya terhadap Dr Mahathir Mohamad y...
Pas Kemuka Usul Undi Percaya Terhadap Pm Di Parlimen Julai Ini Takiyuddin

Pas Kemuka Usul Undi Percaya Terhadap Pm Di Parlimen Julai Ini Takiyuddin

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 370 hits
PAS telah mengemukakan Usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dibentang serta dibahaskan dalam persidangan Parlimen yang akan bermula pada 13 Julai ini Loading Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan ...
Pas Pun Meragui Muhyiddin Mengapa Perlu Undi Percaya Kalau Pas Percaya Kepada Muhyiddin

Pas Pun Meragui Muhyiddin Mengapa Perlu Undi Percaya Kalau Pas Percaya Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 348 hits
Mengapa Pas mahu bawa usul tersebut Adakah Pas pun yakin bahawa sememangnya Muhyiddin diangkat menjadi PM dan membentuk kerajaan pintu belakang ini bukan saja tidak mendapat mandat rakyat bahkan tidak mempunyai jumlah sokongan MP yang mencu...
Usul Undi Percaya Pm Muhyiddin Boleh Bubarkan Parlimen

Usul Undi Percaya Pm Muhyiddin Boleh Bubarkan Parlimen

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 314 hits
Kredit Sayuti Omar Cadangan Pas untuk membawa usul percaya terhadap Muhyiddin Yassin sebagai PM di sidang parlimen dipersoalkan mengenai kewajarannya oleh Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub Katanya apakah cadangan itu Pas sudah bincan...
Usul Percaya Pas Rahmat Atau Bala Buat Muhyiddin

Usul Percaya Pas Rahmat Atau Bala Buat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 432 hits
Malaysiakini Keputusan PAS untuk mengemukakan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menimbulkan spekulasi dalam dunia politik tanah air Pemimpin PAS memberikan jawapan berlapik apabila ditanyakan tentang usul itu dan h...
Pkr Dijangka Tolak Usul Undi Tak Percaya Terhadap Muhyiddin

Pkr Dijangka Tolak Usul Undi Tak Percaya Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 1164 hits
PKR dijangka akan memberi tumpuan untuk menghadapi pilihan raya dan bukannya menyokong undi tidak percaya di Parlimen menurut sumber ekoran kecelaruan antara Pakatan Harapan dan sekutu kerana isu calon perdana menteri Sumber sumber di dalam...
Usul Pm Singkir Speaker Untuk Elak Undi Tak Percaya Bekas Menteri

Usul Pm Singkir Speaker Untuk Elak Undi Tak Percaya Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 366 hits
BERITA1KSHARESMALAYSIAKINIBekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong menyifatkan usaha Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menyingkirkan speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat bagi mengelak usul undi tidak percaya terhada...
Calon Sama Sama Yakin Guna Kaedah Tersendiri Rayu Undi

Calon Sama Sama Yakin Guna Kaedah Tersendiri Rayu Undi

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 241 hits
Mohd Shahrim menemui masyarakat setempat pada hari kedua tempoh berkempen semalam PEKAN Ramalan umum Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini kini memihak kepada calon Barisan Nasional Mohd Shahrim Md Zin yang dijangka menang dengan m...
Cuma Guna 3 Bahan Mop Karpet Sampai Bersih Bau Wangi Berkilat Macam Yang Baru

Cuma Guna 3 Bahan Mop Karpet Sampai Bersih Bau Wangi Berkilat Macam Yang Baru

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 358 hits
Karpet yang kotor akan memerangkap debu dan bakteria padanya Keadaan ini boleh memberi kesan kepada kesihatan seisi keluarga Lebih merisaukan jika anak anak berbaring di atas karpet dan menyedut debu tersembunyi yang ada di atas karpet Mene...
Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi