Calon Sama Sama Yakin Guna Kaedah Tersendiri Rayu Undi



Mohd Shahrim menemui masyarakat setempat pada hari kedua tempoh berkempen semalam.
PEKAN – Ramalan umum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini kini memihak kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohd Shahrim Md Zin yang dijangka menang dengan majoriti besar tetapi bagi calon Bebas, mereka yakin tetap ada sokongan walaupun peluang mereka untuk menang agak tipis.
Atas keyakinan itu, dua calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisyam Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli tampil merancakkan suasana kempen dengan turun padang menemui pengundi di DUN Chini pada hari kedua tempoh berkempen semalam.
“Lawan tetap lawan, kalah menang belakang kira,” tegas Mohd Shukri, 49, pada sidang akhbar Pelancaran Manifesto Bebas Pro Rakyat di Felda Chini 2 di sini.
Begitu juga dengan Tengku Zainul Hisyam yang terus mengulangi keyakinannya terhadap sokongan pengundi kepadanya ketika ditanya wartawan selepas beliau menemui peniaga dan pengunjung Pasar Tani Kekal Chini semalam.
Keyakinan dua calon itu, mungkin bagi sesetengah pihak hanya sekadar retorik, namun pada 4 Julai depan kejutan boleh berlaku.
Mungkin masih terlalu awal lagi untuk membuat sebarang andaian terhadap keyakinan calon Bebas itu kerana proses berkempen baru bermula dan belum pun ‘panas enjin’ lagi.
Setidak-tidaknya, keyakinan calon Bebas tersebut membawa isyarat kepada calon BN untuk tidak leka dalam zon selesa sebaliknya tempoh berkempen yang berbaki 12 hari lagi perlu dimanfaatkan sebaiknya agar pengundi yakin beliau mampu menggantikan Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun.
Isu tidak puas hati terhadap calon dipilih bukan perkara baharu dalam mana-mana PRU atau PRK kerana masing-masing baik dalam kalangan ahli parti mahupun pengundi, mereka ada calon pilihan yang difikirkan paling baik.Justeru, isu tersebut perlu diberi perhatian oleh calon terutama calon BN untuk membuktikan bahawa beliau ialah calon paling tepat dan bukan seperti yang difikirkan mereka yang menolaknya.

Tengku Zainul Hisyam (dua dari kiri) ambil kesempatan berkempen pada hari kedua semalam.
Dalam tinjauan Sinar Harian yang mengumpulkan pandangan para pengundi terhadap calon-calon yang bertanding pada PRK DUN Chini di sini, ia mendapat reaksi yang pelbagai.
Ada yang cukup puas hati, melahirkan keyakinan salah seorang daripada calon itu mampu mewakili mereka dan ada yang berpandangan ada dalam kalangan calon itu langsung tidak meyakinkan. Mereka bebas memberikan pandangan, namun penentunya terpulang kepada suara majoriti yang akan membuang undi pada 4 Julai nanti.
Secara umumnya, melihat kepada proses berkempen pada hari kedua semalam, kehadiran Mohd Shahrim, 41, dan Tengku Zairul Hisyam, 64, diterima baik oleh peniaga dan pengunjung Pasar Tani Kekal Chini ketika mereka melakukan kempen bertemu pengundi di situ.Kedua-dua calon itu sudah tidak asing lagi bagi penduduk di DUN Chini.
Pengamatan pada hari kedua berkempen itu juga mendapati ketiga-tiga calon nampaknya berkempen secara sihat dan sedaya upaya patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mohd Shukri berkempen dengan cara tersendiri.
Bagaimanapun, pada awal proses berkempen dalam normal baharu ketika ini, bahang kehangatannya belum dirasai ditambah pula dengan ketiadaan perang poster atau bendera parti. Untuk menghangatkan suasana berkempen dalam normal baharu itu, calon mungkin ada cara tersendiri tetapi tidak melanggar SOP yang ditetapkan pihak SPR.
Yang jelasnya aktiviti seharian penduduk tetap berjalan seperti biasa.
SH
The post Calon sama-sama yakin, guna kaedah tersendiri rayu undi appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/22/calon-sama-sama-yakin-guna-kaedah-tersendiri-rayu-undi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=calon-sama-sama-yakin-guna-kaedah-tersendiri-rayu-undi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Percaya Sama Macam Usul Undi Tidak Percaya Apa Guna Pas Bawa Usul Ini

Usul Percaya Sama Macam Usul Undi Tidak Percaya Apa Guna Pas Bawa Usul Ini

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 375 hits
Usul percaya adalah sama dari segi hasil atau keputusannya dengan usul undi tidak percaya Sebelum ini Tun Mahathir Mohamad telah memohon untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan ia telah pun d...
Calon Bebas Pro Rakyat Prk Dun Chini Yakin Tak Hilang Deposit

Calon Bebas Pro Rakyat Prk Dun Chini Yakin Tak Hilang Deposit

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 573 hits
PEKAN Calon bebas pro rakyat DUN Chini Mohd Shukri Mohd Ramli atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau sedia berhadapan pertembungan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil DUN Chini 4 Julai ini Beliau yang ditemui ketika mengadakan kunj...
10 Dalil Kenapa Perlu Undi Calon Bebas Cmk Shukri Ramli

10 Dalil Kenapa Perlu Undi Calon Bebas Cmk Shukri Ramli

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 524 hits
Pilihanraya kecil DUN Chini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Barisan Nasional Mohd Sharim Md Zain dan dua orang calon bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli Justeru pengundi Chini d...
Gibran Yakin Megawati Bakal Pilih Calon Wali Kota Yang Elektabilitasnya Tinggi

Gibran Yakin Megawati Bakal Pilih Calon Wali Kota Yang Elektabilitasnya Tinggi

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 277 hits
Ditanya kabar beredarnya yang menyebutkan bahwa Megawati sudah menandatangani surat rekomendasi untuk dirinya Gibran mengaku belum mengetahuinya Kata siapa Kita tunggu saja berita resmi dari Ibu Ketua Umum Saya nggak berani mendahului kata ...
Guna Resepi Yang Sama Kita Buat Mille Crepe

Guna Resepi Yang Sama Kita Buat Mille Crepe

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 588 hits
Guna Resepi Yang Sama Kita Buat MILLE CREPEMasa durian masih ada musim ni bolehlah pakat cuba belajar buat Durian Crepe ni Makan sejuk sejuk memang layan Mak saya pun memang hantu dengan durian crepe ni Tak pernah makan katanya sekali dia r...
Semua Jelapang Padi Negara Dijangka Guna Kaedah Pemprofilan Tanah Menjelang 2022 Ronald Kiande

Semua Jelapang Padi Negara Dijangka Guna Kaedah Pemprofilan Tanah Menjelang 2022 Ronald Kiande

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 372 hits
Semua jelapang padi negara seluas 214 281 hektar dijangka menggunakan kaedah pemprofilan tanah dalam usaha meningkatkan pengeluaran padi menjelang 2022 Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata kaedah itu a...
Cara Basuh Toto Comforter Guna Mesin Basuh Jangan Campak Aje Guna Kaedah Ini

Cara Basuh Toto Comforter Guna Mesin Basuh Jangan Campak Aje Guna Kaedah Ini

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 408 hits
Selalunya bila nak basuh toto selimut besar atau comforter di dalam mesin basuh agak sukar Susah nak dimuatkan dam tab mesin basuh bila siap dibasuh tengok tengok rosak Span jadi nipis atau hancur Sebenarnya kalau anda berniat untuk mencuci...
Tak Payah Masak Lama Lama Stok Bubur Nasi Guna Kaedah Pantas Superb

Tak Payah Masak Lama Lama Stok Bubur Nasi Guna Kaedah Pantas Superb

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 399 hits
Ibu yang kembali bekerja pastinya berdepan dengan pengurusan masa terutama dalam menyiapkan stok makanan anak di rumah pengasuh atau taska Tak perlulah masa yang lama untuk masak nasi langkah demi langkah yang dikongsikan oleh ini pastinya ...
Wanita Didakwa Tikam Anak Tiri Berusia 4 Tahun Guna Pen Gara Gara Cemburu

Wanita Didakwa Tikam Anak Tiri Berusia 4 Tahun Guna Pen Gara Gara Cemburu

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 425 hits
Seorang wanita di Pinrang Indonesia didakwa telah membunuh anak tirinya yang berusia empat tahun dengan memukul dan menikamnya menggunakan sebatang pen gara gara cemburu lapor Mirror Menurut pihak polis wanita yang berusia 27 tahun itu tela...
The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Terculik Sana Tertukar Sini

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Menara Kl Masih Milik Kerajaan

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day