Ustazah Kongsi 6 Nasihat Bentuk Peribadi Keluarga Part Mengaji Selepas Subuh Deep Sangat


Pesanan seorang ayah sering menjadi bekalan berharga dalam kehidupan anak-anak, terutama apabila ia disampaikan dengan penuh hikmah dan kasih sayang.
Sebagai dalam coretan ini, dikongsikan oleh Ustazah Aminah Yusof beberapa nasihat mendalam dari Almarhum Ayahanda yang telah membentuk peribadi penulis sejak kecil.

Setiap nasihat bukan sahaja menjadi pedoman untuk kehidupan duniawi, malah juga menjadi panduan menuju akhirat. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada kita semua untuk menghargai dan mengamalkan ajaran yang baik dalam kehidupan seharian.
Pesan Almarhum Ayahanda yang paling “Deep”
Ustazah Aminah Yusof bersama salah seorang muridnya 1. Ngaji selepas subuh
Dari sekolah rendah ayah wajibkan kami adik beradik mengaji selepas subuh. Ayah paksa baca paling sikit satu muka walaupun dah lambat nak ke sekolah.
Ada masa tu panjang juga muncung kami adik beradik, takut pengawas ambil nama sebab lambat datang sekolah. Muka mencuka tanda protes, untungnya kami takut nak membantah dengan kata-kata sebab ayah garang.
Rupanya, kesan baca Al-Qur’an selepas subuh banyak bantu kehidupan harian saya, dalam kelas dapat fokus, rasa tenang dan tidak pernah tertekan walaupun kerja sekolah banyak, perhubungan dengan kawan baik dan yang paling saya bersyukur ialah hubungan dengan guru sangat baik.
Saya setuju jika permulaan hari itu dimulakan dengan solat sunat sebelum subuh, solat subuh yang khusyuk, baca Al-Qur’an dan amalkan ma’thurat. Terlalu banyak perkara yang baik-baik berlaku tanpa diduga dalam hidup kita.
2. Ikut tadah kitab kat masjid setiap kali lepas maghrib
Dari kecil ikut ayah ke masjid-masjid sekitar daerah Pasir Mas untuk tadah kitab tauhid, fekah, usul, kadang-kadang belajar juga tafsir dan tajwid. Allahu rindu sungguh zaman-zaman ini.
Kadang-kadang ikut Mak ayah pergi masjid bukan untuk tadah kitab tapi nak tengok jamaah dekat masjid. Itulah sahaja tempat paling seronok sebab dapat jumpa dengan kawan-kawan.
Hebat kesannya bila selalu bertandang ke rumah Allah. Tempat yang penuh rahmat ini membina sahsiah, akhlak dan membantu saya belajar tentang adab terhadap orang tua. Banyak petua-petua orang lama yang saya dapat. Itulah ilmu yang banyak membentuk peribadi dan kelakuan saya.
Melihat orang tua ibarat melihat diri sendiri pada masa akan datang. Tak berani nak menolak hakikat ini.
3. Makan mesti berjamaah
Ayah selalu keluar sehingga sempadan terengganu untuk berdakwah, dua tiga hari musafir baru pulang semula ke rumah.
Saat paling bahagia ialah bila dapat berkumpul dan makan berjamaah. Sangat tertib, dimulakan dengan doa barulah boleh menjamah makanan kemudian diakhiri juga dengan doa.
Ayah banyak mengajar kami adik beradik berkongsi, makanan yang sedikit bila makan sama-sama pasti mencukupi, kadang-kadang ada lagi lebihan. Rezeki murah dan tidak pernah rasa kesempitan.
4. Hormat ayah sampai tak berani cakap kuat-kuat.
Gambat sekadar hiasan Dulu saya tertanya-tanya ayat Al-Qur’an yang mana ayah bacakan untuk kami adik-beradik sehingga tidak berani melawan, cakap kuat-kuat dan membantah setiap suruhannya.
Nampak bengis tetapi dekat dan mesra. Senyum dan ketawanya sangat mahal tapi sekali ia terukir, padam segala ketakutan.
Rupanya amalan bacaan Asma’ Al-Husna bantu ayah lembutkan hati anak-anak.
5. Ajak orang buat baik, in sha Allah hati kita akan terdidik.
Pesan ayah nak jadi baik mestilah rajin ajak orang buat baik. Mungkin dengan asbab ini, Allah hidupkan hati kita untuk melakukan kebaikan.
Jangan tunggu baik dulu baru nak buat baik, kerana kebaikan tidak datang secara percuma.
Gunakan segala peluang yang ada, melalui tulisan, perbuatan, kata-kata, penampilan dan gaya hidup. Macam-macam cara yang kita boleh lakukan. Hakikatnya nak menyeru kebaikan itu tidak susah kerana Allah sentiasa mendorong kita dengan pelbagai kemudahan dan pertolongan dariNYA.
Satu perkara kita kena ingat, menyampaikan kebaikan tidak semestinya orang terus baik, jangan ada unsur paksaan jika berlaku penolakan kerana hati manusia kepunyaan Allah. Kita ikhlas menyampaikan, selebihnya bertawakkallah kepada Allah.
6. Dunia bukan untuk senang-senang dan berseronok kerana ia hanyalah jambatan yang penuh ujian sebelum sampai ke dunia akhirat.
Perjalanan hidup ayah tidaklah mudah, bermalam disurau berteman angin dingin yang menyucuk hingga ke tulang sum-sum, gigitan nyamuk yang berbintat-bintat, suara unggas yang mengisi hening malam. Semua itu ayah lalui dengan tenang dan sabar kerana seluruh jiwa dan raganya diserahkan untuk agama Allah.
Saya malu nak bersenang-senang, bermewah-mewah bila teringat jerih pengorbanan Almarhum ayahanda dalam hidupnya.
Walaupun saya tidak mampu untuk menjadi sekuat dan sekental ayah, saya selalu berdoa untuk menjadi anak yang mampu menyalurkan amal jariah kepadanya.
Ya Allah..
Andai Engkau menerima semua bingkisan, kerja dan amalanku, aku sedekah untuk Almarhum ayahanda Mat Yusoff Bin Ismail, moga terang kuburnya, tenang kuburnya, nyaman kuburnya, menjadi satu taman dari taman-taman syurgaMU.
Amiiin ya Mujeeb.
Tenangkan juga ibu ayah sahabat2 ku, moga beroleh karamah, rahmat dan kasih sayangMU sehingga ke Syurga.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
The post Ustazah Kongsi 6 Nasihat Bentuk Peribadi Keluarga, Part ‘Mengaji Selepas Subuh’ Deep Sangat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ustazah-kongsi-6-nasihat-bentuk-peribadi-keluarga-part-mengaji-selepas-subuh-deep-sangat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aafiyah Kongsi Cita Cita Nak Jadi Ustazah Baru 6 Tahun Mampu Hafal Banyak Surah Hadis

Aafiyah Kongsi Cita Cita Nak Jadi Ustazah Baru 6 Tahun Mampu Hafal Banyak Surah Hadis

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 144 hits
Si comel kesayangan penyanyi nombor satu negara Dato Sri Siti Nurhaliza Siti Aafiyah rupanya mahu menjadi seorang ustazah apabila besar nanti Hal itu dikongsikan Aafiyah ketika diajukan soalan oleh Pendakwah bebas Ustazah Datuk Dr Norhafiza...
Saiful Nizam Kongsi Gambar Bersama Keluarga Dah Besar Besar Anaknya

Saiful Nizam Kongsi Gambar Bersama Keluarga Dah Besar Besar Anaknya

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 88 hits
Saiful Nizam kongsi gambar bersama keluarga dah besar besar anaknya Saiful Nizam berkongsi gambar gambar bersama isterinya Aida atau lebih dikenali Aida Gadis Melayu serta dua anak mereka Aida Eirdeena 13 dan anak lelakinya Saifeirham 10 ta...
Suami Maut Kemalangan Di Singapura Baru Merasa Timang Bayi Selepas Tujuh Tahun Tunggu Zuriat

Suami Maut Kemalangan Di Singapura Baru Merasa Timang Bayi Selepas Tujuh Tahun Tunggu Zuriat

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 121 hits
Baru sahaja menimang cahaya mata selepas hampir tujuh tahun menanti namun siapa menyangka Allah menjemput lebih awal sebelum sempat membesarkan zuriat yang dinanti sekian lama Pemergian suami Mohammad Isma Azwa Mohd Salleh 33 yang disahkan ...
Individu Yang Mungkin Berdepan Tindakan Selepas Trump Kembali Ke Rumah Putih

Individu Yang Mungkin Berdepan Tindakan Selepas Trump Kembali Ke Rumah Putih

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 179 hits
ReutersWashington Donald Trump yang menang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada Rabu sebelum ini berikrar untuk menyiasat atau mendakwa pesaing politik kakitangan pilihan raya dan rakyat berhaluan kiri jika beliau kembali menjadi pem...
Manusia Berubah Selepas Berkahwin

Manusia Berubah Selepas Berkahwin

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 140 hits
Puluhan tahun yang lampau Sam ni Akak tengok tiap hari asik keluar je Akak takut nanti kalau Sam kawin Sam akan terkejut ujar housemate Waktu itu saya tak terasa hati cuma terfikir juga Mungkin beliau ada pandangan sendiri tentang cara hidu...
Gadis 15 Tahun Di Penang Meninggal Lepas Jatuh Dari Tingkat 16 Pangsapuri Selepas Bergaduh Dengan Bf

Gadis 15 Tahun Di Penang Meninggal Lepas Jatuh Dari Tingkat 16 Pangsapuri Selepas Bergaduh Dengan Bf

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 157 hits
Seorang gadis berusia 15 tahun di Penang terjatuh dari tingkat 16 apartmennya dan meninggal dunia Menurut laporan dari Sin Chew dan Astro Awani dia dilaporkan bertengkar dengan teman lelaki sebelum kejadian kononnya kerana lelaki itu tidak ...
Selepas Tuan Ibrahim Hadi Awang Pula Sindir Ds Awnar Tidak Terima Gaji D

Selepas Tuan Ibrahim Hadi Awang Pula Sindir Ds Awnar Tidak Terima Gaji D

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 149 hits
Abdul Hadi Awang hari ini menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim apabila membayangkan dia ingin dilihat lebih baik berbanding Nabi Muhammad Walaupun tidak menyebut nama Anwar secara khusus presiden PAS itu menghalakan kenyataannya ke atas ...
Culik Budak 12 Tahun Selepas Selisih Faham Dengan Abang Mangsa

Culik Budak 12 Tahun Selepas Selisih Faham Dengan Abang Mangsa

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 134 hits
MOHD YUNUS YAKKUBEmpat sekawan ketika tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Klang hari ini FOTO AFIQ RAZALI KOSMO KLANG Perbuatan jahat empat sekawan menculik seorang kanak kanak perempuan kerana perselisihan faham dengan abang budak tersebu...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang