Ustazah Basikal Siri 2 Berbasikal Merentasi 7 Negara Hingga Ke Arab Saudi



Judul : USTAZAH BASIKAL - YAKIN KERANA DIA (SIRI-2)Penulis : Ahmad Isa & Nora AdilaPenerbit : KMH ArtventureTahun terbit : 2020Jumlah muka surat : 1,018Harga : RM99
Saya selesai membaca buku Ustazah Basikal Siri-1 pada bulan Februari tahun lalu, dan kini pada bulan Februari 2021 saya selesai membaca buku Siri-2 pula. Biar pun hampir setahun menunggu untuk membaca sambungan kisah pasangan suami isteri ini, rasa keterujaan saya tak pernah padam

Buku Siri-2 yang lebih tebal berbanding buku Siri-1 ini membawa kita pembaca mengikuti kembara berbasikal mereka merentasi China, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan, Afghanistan, Iran dan UAE, sehinggalah tiba ke destinasi akhir iaitu Arab Saudi. Tapi di Arab Saudi mereka tidaklah berbasikal sebab tak boleh buat begitu. Oh ya, buku Siri-2 ini mereka tulis secara bersama. Hampir keseluruhan cerita oleh Ahmad Isa, manakala untuk cerita di Arab Saudi ditulis oleh ustazah Adilah (Nora Adila)

Setiap negara dengan pelbagai cerita tersendiri. Memang leka membacanya

Ni antara cerita yang mendebarkan

Buku menggunakan kertas glossy, tulisan besar dan jelas. Siap ada gambar berwarna dan keterangan gambar, tu yang jadi lebih leka membelek gambar pulak. Pendek kata, saya puas hati dengan kualiti buku ni yang setanding dengan harganya


Ok, di sini saya senaraikan 9 perkara/cerita yang menarik perhatian saya (daripada sekian banyak cerita menarik di dalam buku ini) :
1. Mengetahui keadaan masyarakat Islam di Kyrgyzstan yang tidak mengamalkan al Quran. Mereka masih berada dalam era Post-Communism. Dijajah Rusia sejak tahun 1876, merdeka pada tahun 1991. Masyarakat Islam di sana masih bertatih mengamalkan ajaran Islam kembali. Contoh tidak mengamalkan Islam : selepas membaca doa makan, mereka boleh minum minuman keras. Pengajaran - jangan cepat menilai orang tanpa mengetahui kisah hidup mereka.
2. Sewaktu kayuhan Ahmad dan Adilah menuju ke sempadan Kazakhstan - Uzbekistan, mereka mengalami kesejukan melampau sehingga menggigil (pada masa tersebut musim salji). Di saat mereka hampir tak mampu nak teruskan kayuhan (sehinggakan Adilah turun dari basikal dan hanya mampu menolak basikal je), ketika itulah mereka dipertemukan dengan sekumpulan pekerja di jalanan yang menghulurkan bungkusan nasi, sup panas dan teh panas. AllahuAkbar. Pertolongan Allah datang melalui insan yang tak pernah mereka kenali.
3. Kisah penemuan makam Imam Bukhari di Uzbekistan adalah atas jasa presiden Indonesia - Sukarno.
4. Uzbekistan menyimpan banyak kesan sejarah - makam Imam Bukhari, makam Gur-e-Amir (Amir Timur atau Tamerlane), muzium Ulugh Beg, telaga Nabi Ayub AS, Citadel Ark, menara Kalyan. Ya, sesekali kita perlu ‘menoleh’ ke belakang untuk memahami apa yang berlaku pada hari ini.
5. Di Afghanistan, Ahmad & Adilah dijamu chai (teh) dan karayi (sejenis masakan berasaskan telur) oleh penduduk tempatan. Walaupun kelihatan hidupnya serba kekurangan - tinggal dalam bangunan yang sudah tidak gunakan, hanya beralaskan karpet (ia adalah keperluan untuk negara dengan cuaca sejuk) dan peralatan memasak yang minima, namun masih tetap mahu meraikan tetamu. Siap menolak pemberian wang. Pengajaran - kita tak perlu menjadi kaya untuk memberi dan membahagiakan orang lain.
6. Taliban yang kita tahu menerusi media massa, bukanlah Taliban sebenar. Penduduk Afghanistan menceritakan Taliban yang sebenar adalah kumpulan orang baik, tetapi penjenayah yang melakukan kekejaman itu mengaku sebagai Taliban. Lebih menarik, Ahmad & Adilah juga pernah bermalam di tempat kumpulan Taliban. Pengajaran - jangan cepat menerima dan menilai sesuatu hanya dengan mendengar dari sebelah pihak saja.
7. Tiada permusuhan mahu pun pembunuhan orang Sunni oleh orang Syiah di Iran. Sekali lagi, media massa membawa cerita yang tidak benar (mungkin ada agenda tertentu oleh pihak yang memburuk-burukkan Iran). Malah, Ahmad & Adilah dijemput makan oleh satu keluarga yang mana suaminya Syiah dan isterinya Sunni. Ini bukti kukuh Syiah dan Sunni di Iran hidup sejahtera, tiada penindasan terhadap orang Sunni. (Peringatan : Ini bukan satu promosi untuk Syiah, tetapi sekadar menyatakan kebenaran apa yang berlaku di Iran.)
8. Hebatnya kuasa naluri seorang ibu. Sewaktu di Iran, Ahmad mengalami kemalangan dan tak memberitahu ibunya (tak mahu ibu susah hati). Tetapi naluri ibu dapat mengesan perkara buruk terjadi kepada anaknya dan segera menghubungi Ahmad.
9. Terasa sebak sewaktu Adilah menceritakan detik tawaf pertamanya. Saya selaku orang yang belum pernah ke tanah suci, mampu membayangkan dan terasa seakan turut berada di sana melalui penceritaan yang terperinci oleh Adilah. Keinginan ke sana jadi melonjak tinggi. Semoga ada rezeki saya dan semua yang bercita-cita sama untuk segera mendapat jemputan Allah.

Suami, Isteri Hebat dan Sebuah Kembara HebatAlhamdulillah...selesai ‘pengembaraan’ saya bersama Ustazah Basikal. Saya cukup kagum dengan semangat Ahmad dan Adilah. Ahmad, seorang suami yang selalu meraikan isterinya (termasuklah perancangan berbasikal ke Mekah adalah kerana memenuhi impian Adilah nak menjejakkan kaki ke Mekah). Adilah, seorang isteri yang taat (mematuhi suaminya selaku ketua kembara) dan berjiwa kental. Adilah juga membuktikan kepada kita bahawa berpakaian patuh syariat tidak membataskan seorang perempuan untuk melakukan kayuhan

Banyak teladan baik yang boleh kita ambil daripada mereka, antaranya amalan membaca surah Yasin dan membetulkan niat pada setiap pagi, juga meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada kuasa Allah dengan cara mengingati Allah dan bermohon kepada-Nya

Ustazah Basikal...bahan bacaan yang baik dan sesuai untuk seisi keluarga. Sebuah kisah kembara yang membangun jiwa. Kisah mereka juga boleh kita ikuti di YouTube : Ahmad Isa


*bagi yang nak mendapatkan buku ini, boleh klik DI SINI ya




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2021/02/ustazah-basikal-siri-2-berbasikal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menaker Lapor Kesiapan Program Spsk Pmi Ke Arab Saudi Ke Dpr

Menaker Lapor Kesiapan Program Spsk Pmi Ke Arab Saudi Ke Dpr

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 184 hits
Menaker Lapor Kesiapan Program SPSK PMI ke Arab Saudi ke DPR Rapat kerja tersebut membahas kesiapan penyelenggaraan program Sistem Penempatan Satu Kanal Pekerja Migran Indonesia ke Arab Saudi
Wni Dilarang Ke Arab Saudi Segini Biaya Umroh Yang Sudah Dibayar Jamaah

Wni Dilarang Ke Arab Saudi Segini Biaya Umroh Yang Sudah Dibayar Jamaah

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 168 hits
Arab Saudi mengumumkan daftar 20 negara yang tidak diperkenankan masuk Saudi termasuk Indonesia Namun ada beberapa pengecualian yaitu warga Saudi yang akan kembali ke Saudi Diplomat tenaga kesehatan dan keluarganya Peraturan baru ini berlak...
Arab Saudi Akan Membina Roller Coaster Terpantas Terpanjang Dan Tertinggi Dunia

Arab Saudi Akan Membina Roller Coaster Terpantas Terpanjang Dan Tertinggi Dunia

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 210 hits
Bila bercakap tentang taman tema kita kerap akan mengaitkannya dengan tarikan roller coaster Biasanya taman tema ini ditemui di negara barat tetapi dengan pemerintahnya kini semakin terbuka Arab Saudi juga mula berjinak jinak untuk menjadi ...
Najib Arah Kabinet Rahsiakan Sumbangan Putera Arab Saudi Kata Saksi Perbicaraan 1mdb

Najib Arah Kabinet Rahsiakan Sumbangan Putera Arab Saudi Kata Saksi Perbicaraan 1mdb

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 267 hits
bebasnews myBy 10 02 2021MAHKAMAH Tinggi diberitahu bekas perdana menteri Najib Razak memaklumkan menteri Kabinet supaya tidak mendedahkan kepada umum mengenai sumbangan didakwa diberikan putera Arab Saudi kepada cabang kebajikan 1MDB Bekas...
Projek Giga Laut Merah Coral Bloom Pulau Shurayrah Arab Saudi Pusat Peranginan Terbesar Dan Termewah Di Dunia

Projek Giga Laut Merah Coral Bloom Pulau Shurayrah Arab Saudi Pusat Peranginan Terbesar Dan Termewah Di Dunia

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 340 hits
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman telah melancarkan projek giga Pusat Peranginan Laut Merah yang mewah dan tercanggih di dunia Pembangunan Coral Bloom telah dirancang oleh firma seni bina Britain yang terkenal di dunia Foster Pa...
Arab Saudi Meminta Agar Berwaspada

Arab Saudi Meminta Agar Berwaspada

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 169 hits
Arab Saudi meminta anggota OPEC lain untuk tetap berwaspada terhadap keinginan untuk meningkatkan pengeluaran terutama sebelum pertemuan bulan Mac Harga minyak sudah melonjak ke paras harga AS 60 dan lebih tinggi kerana permintaan sedikit p...
Arab Saudi Perketat Syarat Tunai Haji Dan Umrah Tahun Ini

Arab Saudi Perketat Syarat Tunai Haji Dan Umrah Tahun Ini

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 195 hits
PAPUH mencadangkan supaya kerajaan Malaysia mewajibkan jemaah umrah melakukan ujian saringan sekurang kurangnya tiga hari sebelum berlepas ke tanah suci PUTRAJAYA Kerajaan Arab Saudi menetapkan syarat bahawa semua jemaah yang ingin menunaik...
Sop Haji Sudah Dikemas Kini Harap Arab Saudi Terima Kata Menteri Agama

Sop Haji Sudah Dikemas Kini Harap Arab Saudi Terima Kata Menteri Agama

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 229 hits
Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata SOP ibadat haji Malaysia yang sudah dikemas kini akan diserahkan kepada kerajaan Arab Saudi untuk diteliti PUTRAJAYA Kerajaan mengemas kini prosedur operasi standard ibadat haji Malaysia dan akan membuat pi...
Tki Asal Sragen Meninggal Di Arab Saudi Diduga Bunuh Diri

Tki Asal Sragen Meninggal Di Arab Saudi Diduga Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 205 hits
Karni Tenaga Kerja Indonesia asal Desa Kecamatan Tanon Kabupaten Sragen Jawa Tengah meninggal di Arab Saudi Beredar kabar wanita yang bekerja asisten rumah tangga sejak 2005 itu meninggal pada Jumat lalu karena bunuh diri
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Gloomy Tanjung Tembeling

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings

Indonesia Issues Aviation Warning As Mount Lewotobi In East Nusa Tenggara Erupts And Ashes Goes Above 2km

Bigwinauto

Ubat Tambah Darah Maltofer