Arab Saudi Perketat Syarat Tunai Haji Dan Umrah Tahun Ini


 
PAPUH mencadangkan supaya kerajaan Malaysia mewajibkan jemaah umrah melakukan ujian saringan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum berlepas ke tanah suci. (Gambar AP)PUTRAJAYA: Kerajaan Arab Saudi menetapkan syarat bahawa semua jemaah yang ingin menunaikan haji dan umrah pada tahun ini mestilah berusia di bawah 60 tahun, sihat tubuh badan dan tidak menghidapi sebarang penyakit berjangkit.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) Razali Mohd Sham, berkata semua jemaah haji juga diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan sihat tubuh badan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sekurang-kurang tiga hari sebelum penerbangan mereka ke tanah suci Makkah atau Madinah.
Sebagai tambahan, PAPUH juga mencadangkan kepada kerajaan Malaysia supaya mewajibkan jemaah umrah melakukan ujian saringan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum berlepas ke tanah suci untuk langkah pencegahan Covid-19.
“Sebenarnya masalah sekarang ini bukan di pihak berkuasa Arab Saudi tetapi kerajaan Malaysia yang tidak membenarkan rakyat keluar masuk negara ini.
“Kerajaan Arab Saudi memang sudah membuka pintu negara mereka kepada rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah umrah dan haji pada tahun ini dengan syarat jemaah memenuhi kriteria ditetapkan mereka.
“Saya juga difahamkan Arab Saudi sedia memberikan kelonggaran dan mempertimbangkan untuk membenarkan jemaah berusia lebih 60 tahun menunaikan haji tahun ini, dengan syarat mereka sihat tubuh badan (tidak mempunyai penyakit kronik) dan melepasi ujian saringan Covid-19 dibuat tiga hari sebelum penerbangan ke Makkah atau Madinah,” katanya ketika dihubungi FMT di sini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri, bahawa kerajaan telah mengemas kini SOP ibadah haji Malaysia dan akan membuat pindaan dari semasa ke semasa bagi memastikan ia memenuhi syarat kerajaan Arab Saudi.
Terdahulu, Zulkifli berkata, SOP berkenaan perlu diserahkan kepada kerajaan Arab Saudi untuk diteliti dan mendapat pengesahan supaya jemaah Malaysia tidak dihalang daripada mengerjakan haji tahun ini.
Setakat ini Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR) bersama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan serta Kementerian Kesihatan sudah selesai menyediakan SOP ibadah haji Malaysia.
Zulkifli berkata, SOP itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa supaya selaras dengan SOP Arab Saudi sebelum ini kepada jemaah haji dari seluruh dunia, dan menambah, beliau berharap ia akan diterima kerajaan Arab Saudi.
Untuk rekod, Razali berkata Malaysia adalah antara negara yang diberikan kelonggaran awal untuk menghantar jemaah umrah ke Arab Saudi berikutan disiplin tinggi ditunjukkan umat Islam di negara ini.
Sementara itu, Razali berkata tindakan kerajaan Malaysia melarang rakyat Malaysia bercuti ke luar negara dan menunaikan umrah serta ziarah juga menyebabkan kira-kira 5,000 agensi pelancongan, haji dan umrah termasuk ahli PAPUH kini ibarat ‘nyawa-nyawa ikan’ dan terpaksa menutup sementara operasi syarikat dan memberi cuti tanpa gaji kepada kakitangan masing-masing kerana tiada pendapatan.
Berikutan itu, Razali berkata pihaknya berharap kerajaan akan membenarkan rakyat Malaysia kembali menunaikan ibadah umrah dalam norma baharu dengan kebenaran Arab Saudi mulai Mac ini bagi memberi ‘nyawa’ kepada penggiat dan agensi pelancongan di negara ini yang sedang ‘nazak’.
Pada tahun lalu, kerajaan Arab Saudi mengumumkan pelbagai syarat ketat dikenakan kepada jemaah untuk menunaikan haji tahun lalu termasuk bilangan jemaahnya tidak lebih 10,000 orang selain semua jemaah perlu disaring sebelum tiba di Tanah Suci Makkah dan Madinah.
Kapsyen: PAPUH mencadangkan supaya kerajaan Malaysia mewajibkan jemaah umrah melakukan ujian saringan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum berlepas ke tanah suci. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/02/arab-saudi-perketat-syarat-tunai-haji.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buka Layanan Haji 2021 Arab Saudi Mulai Rekrutmen Petugas

Buka Layanan Haji 2021 Arab Saudi Mulai Rekrutmen Petugas

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 235 hits
Di tengah pemberhentian umrah dari 20 negara Arab Saudi sudah mulai menyiapkan musim haji 2021 Dimulai perekrutan petugas Kementerian Kesehatan telah meminta pembentukan komite di direktorat urusan kesehatan setempat untuk memilih pekerja y...
Indonesia Dilarang Masuk Arab Saudi Umrah 2021 Ditunda Lagi

Indonesia Dilarang Masuk Arab Saudi Umrah 2021 Ditunda Lagi

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 240 hits
Pemerintah Arab Saudi mengeluarkan aturan terbaru soal larangan penerbangan internasional di tengah pandemi Covid 19 Indonesia masuk dalam daftar 20 negara yang tidak diperkenankan masuk Saudi Peraturan tersebut diumumkan oleh Kementerian D...
Arab Saudi Sejak Pandemi Dimulai Tidak Ada Kasus Covid 19 Di Antara Jamaah Haji

Arab Saudi Sejak Pandemi Dimulai Tidak Ada Kasus Covid 19 Di Antara Jamaah Haji

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 221 hits
Pemerintah Arab Saudi menyebutkan sejak pandemi dimulai tidak ada kasus Covid 19 yang tercatat di antara jamaah di di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Sheikh Abdulrahman As Sudais selaku kepala Presidensi Umum Urusan Dua Masjid Suci mengata...
Sop Haji Sudah Dikemas Kini Harap Arab Saudi Terima Kata Menteri Agama

Sop Haji Sudah Dikemas Kini Harap Arab Saudi Terima Kata Menteri Agama

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 250 hits
Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata SOP ibadat haji Malaysia yang sudah dikemas kini akan diserahkan kepada kerajaan Arab Saudi untuk diteliti PUTRAJAYA Kerajaan mengemas kini prosedur operasi standard ibadat haji Malaysia dan akan membuat pi...
Tki Asal Sragen Meninggal Di Arab Saudi Diduga Bunuh Diri

Tki Asal Sragen Meninggal Di Arab Saudi Diduga Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 223 hits
Karni Tenaga Kerja Indonesia asal Desa Kecamatan Tanon Kabupaten Sragen Jawa Tengah meninggal di Arab Saudi Beredar kabar wanita yang bekerja asisten rumah tangga sejak 2005 itu meninggal pada Jumat lalu karena bunuh diri
Tmj Salur Bantuan Rm200k Untuk Golongan Asnaf Mahu Taja Team Ebit Lew Tunai Umrah

Tmj Salur Bantuan Rm200k Untuk Golongan Asnaf Mahu Taja Team Ebit Lew Tunai Umrah

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 263 hits
324 total views 324 views today Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa kagum dengan usaha pendakwah popular Ustaz Ebit Lew dalam menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan dari seluruh negara Tunku Ismail dala...
Syarat I Sinar Di Mansuh Ahli Kwsp Kurang 55 Tahun Di Benar Keluar Simpanan Akaun 1

Syarat I Sinar Di Mansuh Ahli Kwsp Kurang 55 Tahun Di Benar Keluar Simpanan Akaun 1

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 315 hits
PUTRAJAYA Mana mana ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang berumur kurang daripada 55 tahun kini dibenarkan membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki sedia ada Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku ...
Perbincangan Kuota Haji Umrah Tidak Lama Lagi

Perbincangan Kuota Haji Umrah Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 221 hits
KUALA LUMPUR Malaysia dan Arab Saudi dijangka mengadakan perbincangan berkenaan kuota haji dan umrah dalam masa terdekat Atase Agama Arab Saudi ke Malaysia Sheikh Abdul Rahman Al Rubaian berkata kerajaan Penjaga Dua Masjid Suci itu dijangka...
When Politicians Choose Ego Over People

Hengjing168 Hengjing168 Top 30 By Maddison Hengjing168 Wiki 6 2025

Raya Bergaya Dengan Huawei

The Case Against European Rearmament

Anugerah Kesenian Boh Cameronian Ke 20 Sambutan Masa Lalu Insipirasi Masa Depan

Kalau Ada Jarum Yang Patah

Salam Ramadan 1446h

Failed Startups To Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zul2by2 Maya The Girls Nanad Nayla Ruzzara Hary Ray Zahari Miss En Raya Dah Tiba Chord

Pengertian Simpati Dan Empati

Apakah Terdapat Doa Berbuka Puasa Daripada Hadith

Cara Mudah Dan Cepat Cek Tekanan Angin Tayar Kereta

Portal Simpeni Jakim Semakan Keputusan Upkk 2024 2025

Is The 2008 Bmw 6 Series Reliable Pros And Cons