Ustazah Asma Kongsi 4 Waktu Terbaik Menasihati Anak Berkesan Mudah Lembut Hati


Kita sama-sama seorang ibu. Ada orang lebih mengutamakan pandangan orang luar kerana rasa diri lebih dihormati dan dikagumi hingga lupa untuk menjadi yang terbaik pada pandangan insan terdekat, iaitu pasangan dan anak-anak.

Menurut Ustazah Asma’ Harun yang juga ibu kepada 7 cahaya mata, dia juga tidak terlepas daripada amanah sebagai seorang ibu tambahan pula dalam kesibukan bekerja, namun tetap usaha carikan masa untuk mereka. Sebenarnya anak-anak tidak minta banyak selain masa bersama dan kasih sayang.

Kadang sebagai ibu yang sibuk menguruskan rumah, emosi kita mudah terjejas dengan kelakuan anak-anak hingga meninggikan suara kepada mereka. Ramai yang menyesal kerana melukakan hati insan tersayang.
Namun kita tetap perlu usaha untuk memohon maaf atas kesalahan kita dan menasihati anak jika mereka melakukan kesilapan. Terdapat beberapa waktu yang sangat baik untuk dimanfaatkan bagi menyampaikan nasihat buat ahli keluarga:

1. DI DALAM KENDERAAN
Sebenarnya, waktu bersama anak di dalam kenderaan adalah waktu yang terbaik untuk berbicara dari hati ke hati. Hal ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas r.a. yang masih kecil ketika itu, daripada Ibnu Abbas r.a., beliau berkata:
أُهْدِيَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَغْلَةٌ أَهْدَاهَا لَهُ كِسْرَى ، فَرَكِبَهَا بِحَبْلٍ مِنْ شَعَرٍ، ثُمَّ أَرْدَفَنِي خَلْفَهُ، ثُمَّ سَارَ بِي مِيلًا، ثُمَّ الْتَفَتَ إِلَيَّ فَقَالَ: يَا غُلَامُ فَقُلْتُ: لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَقَالَ: احْفَظِ اللَّهَ يَحْفَظْكَ
Maksudnya: “Nabi SAW diberi hadiah seekor baghal (sejenis haiwan hasil kacukan antara kuda dan keldai) oleh Kisra. Baginda menungganginya dengan tali kekang dari serabut. Baginda memboncengkanku di belakangnya. Kemudian Baginda berjalan. Tidak lama, Baginda menoleh dan memanggil, “Hai anak kecil.” Aku jawab “Labbaika, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda, “Jagalah agama Allah nescaya Dia menjagamu…”
(HR Hakim, hadis gharib)
Situasi seperti ini tetap relevan dan boleh diaplikasi oleh kita sebagai Ibu Bapa terhadap anak-anak di zaman sekarang. Di dalam kenderaan, Ibu Bapa boleh perlahankan radio dan mula bercerita kisah-kisah yang mengandungi teladan kepada anak-anak.
Jika anak sudah remaja, banyakkan buka ruang untuk mereka berkongsi cerita atau perasaan, kerana pada usia ini mereka sangat teruja mempelajari tentang kehidupan, perasaan sedih, kecewa, kagum, bercita-cita, dan lain-lain.
Pemandangan mereka hanya tertumpu ke hadapan dan fokus mereka hanya terhad kepada suasana tertutup di dalam kereta. Hal ini memudahkan mereka fokus kepada apa yang diperkatakan oleh Ibu Bapa.

2. KETIKA DI MEJA MAKAN
Sewaktu di meja makan, kebiasaannya ahli keluarga akan mengambil peluang untuk bergilir berkongsi cerita masing-masing dengan teruja. Sebenarnya Ibu Bapa boleh manfaatkan peluang untuk sampaikan nasihat dalam nada yang lebih santai. Namun, harus diingati agar tidak menegur sampai menjatuhkan air muka mereka.

3. SELEPAS SOLAT
Suasana selepas solat berjemaah bersama keluarga terasa sangat hening. Ibu Bapa boleh gunakan saat bersalaman untuk berbicara dengan anak-anak tentang nasihat, teguran atau apa sahaja perkongsian untuk kehidupan anak-anak.
Sesekali pujilah anak-anak atas apa jua pencapaian mereka. Beritahu mereka bahawa kita bangga mempunyai anak yang baik, soleh, lemah lembut dan mendengar kata seperti mereka. Pujian yang diberikan oleh Ibu Bapa antara motivasi terbaik buat anak-anak. SubhanAllah.

4. SEBELUM TIDUR
Waktu sebelum tidur adalah waktu yang sangat tenang. Ketika itu otak anak sudah bersedia untuk rehat dan berada dalam keadaan separa sedar. Ibu Bapa boleh berbisik lembut ke telinga anak tentang nasihat-nasihat baik yang mereka ingin sampaikan.
Ketika ini juga merupakan waktu yang sangat istimewa buat Ibu Bapa yang sibuk bekerja seharian kerana mereka dapat benar-benar menatap wajah anak tersayang.
Biasanya si anak sudah letih apabila memasuki waktu tidur, maka mereka secara sukarela akan menadah apa sahaja yang disampaikan oleh Ibu Bapa. Peluang ini sangat baik dimanfaatkan untuk apa jua nasihat buat si anak.
Tuan Puan,
Jika kita sering mengeluh tentang anak-anak, sama ada kelakuan, bakat, pencapaian atau apa sahaja kekurangan mereka, ingatlah bahawa di luar sana…
Ada yang dah nikah lama belum ada anak.
Ada yang sampai tua tak ada anak.
Ada yang nak sangat nikah belum bertemu jodohnya, apatah lagi ada anak.
Ada yang ada anak semuanya sakit kronik.
Ada yang ada satu sahaja anak dan anak itu meninggal dunia.
Ada yang meninggal kerana melahirkan anak.
Dan pelbagai lagi kisah dengan “anak” yang merupakan AMANAH penting buat kita sebagai Ibu Bapa. SubhanAllah, Allahu Akbar.
Pesanan ini sebagai peringatan buat diri sendiri juga yang merupakan seorang ibu. Semoga bermanfaat untuk semua.
Kredit: Ustazah Asma’ binti Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post Ustazah Asma’ Kongsi 4 Waktu Terbaik Menasihati Anak. Berkesan & Mudah Lembut Hati! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ustazah-asma-kongsi-4-waktu-terbaik-menasihati-anak-berkesan-mudah-lembut-hati/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Waktu Efektif Menasihati Anak Yang Ibu Ayah Kena Praktis Insyaallah Menjadi

4 Waktu Efektif Menasihati Anak Yang Ibu Ayah Kena Praktis Insyaallah Menjadi

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 136 hits
Memberi nasihat adalah proses pengajaran yang berpanjangan dan tiada limitasi usia Apabila bergelar ibu bapa memberi nasihat adalah salah satu tugas rutin yang menjadi kewajipan utama pada anak anak Setiap ibu bapa sudah tentu mahu membesar...
Macam Perlumbaan Berjuang Uruskan Anak Dr Fatin Liyana Kongsi Kisah Mak Mak Waktu Pagi

Macam Perlumbaan Berjuang Uruskan Anak Dr Fatin Liyana Kongsi Kisah Mak Mak Waktu Pagi

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 217 hits
Setiap pagi diibaratkan seperti berlumba pada mak mak Mana taknya berlumba untuk menyiapkan anak ke sekolah dan segala persiapan lain sebelum masuk kerja Memang mencabar Personaliti media sosial Dr Fatin Liyana turut berdepan hal sama mengu...
Lembutkan Hati Anak Ibu Ini Kongsi Semasa Anak Hampir Tidur Amalkan Doa Ini

Lembutkan Hati Anak Ibu Ini Kongsi Semasa Anak Hampir Tidur Amalkan Doa Ini

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 200 hits
Apakah doa yang boleh diamalkan untuk lembutkan hati anak anak Ini antara soalan popular dalam kalangan ibu bapa Setiap ibu bapa sentiasa nak yang terbaik buat anak mereka Tambah lagi setelah seharian kita sibuk dengan tugasan dan mengurusk...
Pakar Kongsi Tip Cerai Hisap Jari Anak 2 Tahun Ke Atas Lagi Mudah Anak Faham

Pakar Kongsi Tip Cerai Hisap Jari Anak 2 Tahun Ke Atas Lagi Mudah Anak Faham

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 165 hits
Normal bagi bayi atau anak kecil yang menghisap jari Tapi bila tabiat ini berterusan lebih dari usia dua tahun ia boleh menyebabkan perubahan pada gigi susu atau gigi kekal yang boleh menggangu fungsi perkembangan rahang dan estetik wajah K...
Kuatkan Imuniti Anak Tak Semestinya Suplemen Paling Mudah Makan Kacang Peas

Kuatkan Imuniti Anak Tak Semestinya Suplemen Paling Mudah Makan Kacang Peas

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 182 hits
Kesihatan anak anak biasanya bergantung pada corak pemakanan Jika dari awal anak anak diberikan makanan yang sihat dan tinggi nutrisi secara tak langsung daya tahan tubuh anak boleh kuat Menerusi perkongsian Dr Mazliana Mazlan salah satu ma...
Pengusaha Restoran Ini Kongsi 6 Resipi Menu Makan Tengahari Mudah Masak Setiap Hari

Pengusaha Restoran Ini Kongsi 6 Resipi Menu Makan Tengahari Mudah Masak Setiap Hari

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 214 hits
Bila tiba waktu makan tengahari pasti ada ibu ibu yang pening memikirkan menu lauk yang mahu dimasak Walaupun memang setiap hari menyediakan sajian di dapur pasti akan ada harinya dimana tiba tiba jadi buntu Jangan risau saudari pemilik Sha...
Pakar Kongsi Cara Nak Elak Anak Speech Delay Mula Lagi Awal Nampak Hasilnya

Pakar Kongsi Cara Nak Elak Anak Speech Delay Mula Lagi Awal Nampak Hasilnya

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 273 hits
Bila kita tengok anak orang dua tahun lebih dah petah bercakap kita sebagai ibu bapa dah mula risau Tambah pula jika saudara mara yang anaknya setahun lebih dah boleh buat ayat tiga empat perkataan walaupun pelat Tapi bila pandang anak send...
Kalau Ada Rezeki Kami Terima Puteri Aishah Bercakap Soal Anak Dedah Sebab Jarang Kongsi Fasal Suami Di Medsos

Kalau Ada Rezeki Kami Terima Puteri Aishah Bercakap Soal Anak Dedah Sebab Jarang Kongsi Fasal Suami Di Medsos

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 270 hits
Pelakon Puteri Aishah mended4hkan dia dan suami sebolehnya mahu mempersiapkan diri dalam segala aspek terlebih dahulu sebelum menimang cahaya mata pertama Menurut Puteri Aishah dia dan suami tiada membuat sebarang perancangan sebaliknya mer...
Bestlah Czer Ni Tiga Anak Bersalin Normal Mua Bellaz Kongsi Pengalaman Bersalin Czer

Bestlah Czer Ni Tiga Anak Bersalin Normal Mua Bellaz Kongsi Pengalaman Bersalin Czer

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 237 hits
Dua dua dah merasa Begitu kongsi Mua Bellaz menjawab pertanyaan pengikutnya di Insta Story mengenai kelahiran anak keempatnya kali ini Bellaz yang melahirkan tiga orang cahaya mata terdahulunya secara normal memilih untuk bersalin melalui k...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii